Trimester kedua apa yang berlaku

Trimester Kedua Kehamilan: Apa Yang Harus Dijangkakan?

2 min bacaan

Trimester kedua ialah bulan keempat, kelima dan keenam fasa kehamilan anda. Tempoh ini adalah tempoh selamat yang setiap wanita harapkan kerana kandungan anda boleh dikatakan semakin kuat.

Pemeriksaan doktor secara berkala

Pemeriksaan doktor secara berkala Trimester Kedua

Pemeriksaan bulanan akan anda lalui supaya anda boleh suarakan apa-apa pertanyaan atau isu berkaitan kehamilan anda. Apa sahaja yang anda fikirkan yang mungkin mengganggu anda, tanyakan sahaja pada doktor anda. Bagi mereka, tiada soalan yang bodoh.

  • Doktor akan mengambil ukuran perut anda dalam ukuran sentimeter, bermula dari atas rahim anda ke tulang kemaluan anda. Bilangan sentimeter biasanya akan sama dengan jumlah minggu kehamilan anda.
  • Mendengar denyutan jantung bayi menggunakan alat ‘Doppler’
  • Anda akan mula perasan bayi anda mula menendang atau bergerak sekitar 20 minggu. Jika ini berlaku, maklumkan doktor anda tentang pergerakan bayi anda.
  • Anda akan menjalani ujian air kencing untuk mengenalpasti tahap gula dan protein. Ujian diabetes kehamilan juga perlu anda lakukan kerana ia mungkin boleh berlaku semasa kehamilan. Ia bersifat sementara tetapi boleh membahayakan anda dan bayi.
  • Biasanya anda tidak perlu menjalani ujian pinggul semasa trimester kedua, kecuali dengan arahan dari doktor anda sekiranya timbul kebimbangan tentang keadaan kehamilan anda.

Ujian lain yang mungkin akan dilakukan

Perubahan fizikal semasa trimester kedua

perubahan fizikal trimester kedua

  • Payudara lebih besar kerana kelenjar yang menghasilkan susu kolostrum menjadi lebih besar.
  • Perut menjadi lebih besar kerana rahim mengembang untuk memberi ruang kepada bayi. Pertambahan sekitar 4 paun sebulan.
  • Kekejangan perut.
  • Warna kulit yang berubah kerana peningkatan peredaran darah, di mana kulit di sekitar puting, wajah dan pada garis yang bermula dari pusat anda ke tulang kemaluan anda akan menjadi gelap.
  • Peningkatan peredaran darah pada selaput lendir akan menyebabkan lapisan hidung dan saluran udara membengkak, seterusnya mengakibatkan berdengkur, berasa susah bernafas dan hidung berdarah. Ia juga menyebabkan pendarahan pada gusi semasa anda menggosok gigi dan berkumur.
  • Saluran darah yang mengembang akan membuatkan anda berasa pening pada sesetengah waktu, dan mungkin akan menurunkan tekanan darah. Jangan berdiri terlalu lama atau berdiri dengan cepat setelah duduk atau berbaring.
  • Kaki berasa kejang, berpunca dari tekanan dari rahim anda ke urat yang mengalirkan darah dari kaki anda.
  • Pedih ulu hati dan sembelit, disebabkan proses penghadaman yang lebih perlahan yang menyalurkan makanan kepada bayi anda.
  • Sesak nafas
  • Keputihan normal, berwarna putih dan jernih
  • Jangkitan pundi kencing dan buah pinggan boleh berlaku kerana aliran air kencing yang lebih perlahan dari biasa serta peningkatan ukuran rahim anda. Segera hubungi doktor anda jika terasa dijangkiti mana-mana perkara ini.

Semasa trimester kedua kehamilan anda, pelbagai rasa tidak selesa akan timbul. Anda perlu banyak membaca tentang perkara yang normal dan yang tidak sepatutnya berlaku. Doktor anda sentiasa ada untuk membantu anda menjawab segala persoalan yang berkaitan.