Menerokai Tempoh Kehamilan Mengikut Bulan

3 min bacaan

Tempoh kehamilan ialah pengalaman yang dinanti-nantikan oleh setiap wanita. Tahukah anda bilakah anda dianggap sedang hamil? Tempoh yang melibatkan perkembangan janin atau embrio di dalam rahim merupakan tanda ketara yang membuktikan anda sedang hamil! Ada juga dianggap hamil selepas terlepas tarikh haid biasa.

Kenangan yang indah yang dinikmati bersama pasangan anda akhirnya akan bertambah dengan kehadiran ahli keluarga ketiga. Setiap wanita akan melalui keadaan atau pengalaman yang berbeza semasa kehamilan mereka. Fasa kehamilan akan dialami oleh setiap wanita hamil dengan pengalaman yang berbeza-beza.

Tahap kehamilan

Tempoh kehamilan (40 minggu) seseorang wanita dan bayinya itu terbahagi kepada tiga fasa. Setiap fasa akan menyaksikan perbezaan perubahan dari segi fizikal dan emosi yang akan dialami oleh kebanyakan wanita hamil. Tempoh kehamilan anda dikira sebanyak 280 hari, namun kehamilan yang sebenar ialah sebanyak 267 hari. Tempoh kehamilan yang normal ialah sekitar 259 hingga 294 hari. Anda akan lebih faham tentang perkembangan kehamilan mengikut trimester di bahagian seterusnya.

Trimester pertama – tiga bulan pertama

Tempoh kehamilan bermula pada minggu 1 hingga minggu ke-14 di mana anda akan mengalami beberapa gejala awal yang mungkin akan membuatkan anda berasa tidak selesa. Kebanyakan wanita hamil akan mengalami beberapa gejala seperti loya, muntah, kehilangan selera makan, pening, letih dan pembengkakan payudara di awal kehamilan mereka. Ketika ini bayi masih dalam proses membesar namun anda mungkin akan dapat merasai pergerakan bayi di dalam perut anda.

Manakala perkembangan bayi mulai minggu 1 hingga ke 7 akan dimulakan dengan pertambahan saiz janin sebanyak beberapa inci. Organ-organ utama seperti paru-paru, usus serta organ dalaman bayi mula berkembang pada minggu kelima. Sebenarnya, minggu ini sangat penting, kerana kepala, dada, perut, bahu, siku, lutut dan pinggul bayi mulai membesar dan membentuk tubuh bayi yang hampir lengkap. Anda kan dapat mendengar degupan jantung bayi seawal minggu ke 6 atau 7.

Trimester pertama tempoh kehamilan

Pada minggu ke 9, anda sudah boleh ketahui jantina bayi anda di mana ia akan berubah saiz dan bentuk menjadi bayi kecil yang hampir sempurna pada minggu ke 10. Sekitar minggu ini juga, bayi anda akan membesar sehingga dua dan setengah inci panjang dan beratnya sekitar 0.09 kg.

Atau anda boleh menganggar jantina bayi anda dengan menggunakan Kalkulator jantina bayi.

Trimester kedua – tiga bulan kedua

Semasa trimester kedua, deria penglihatan serta pendengaran bayi sedang membentuk oleh itu mereka dapat mendengar suara ibu serta sensitif terhadap cahaya melalui rahim. Pada masa yang sama tulang, organ dan saraf tunjang bayi telah membentuk sepenuhnya. Sebarang komplikasi atau kecacatan pada struktur bayi boleh dilihat melalui pemeriksaan ultrasound.

Bayi anda akan mulai tidur dan bangun secara berkala pada minggu ke 20 dan anda akan dapat mendengar degupan jantung bayi anda dengan lebih jelas pada minggu ke 24. Kegiatan gelombang otak bayi anda juga akan bermula dari mata ke telinga pada minggu terakhir trimester kedua. Dalam tempoh ini juga, bayi anda akan mulai melakukan beberapa aktiviti seperti membuang air kecil, menelan, dan mengembangkan jari.

Apabila tempoh kehamilan anda memasuki minggu ke 28, rahim anda akan berada dengan tulang rusuk anda. Jadi apabila bayi anda bergerak atau menjadi ninja dalam perut, anda akan berasa gerakan yang agak menyakitkan di tulang rusuk anda. Bersabarlah ya. Saiz bayi anda juga semakin berkembang hingga 14 inci dan seberat 0.9 hingga 1.4 kg.

Trimester kedua tempoh kehamilan

Trimester ketiga – tiga bulan terakhir

Ketika ini bayi telah berkembang sepenuhnya, termasuk otak dan paru-paru mereka. Bayi juga akan mula berlatih bernafas pada waktu ini. Deria pendengaran dan bau bayi juga bertambah pada tempoh kehamilan terakhir ini. Pada akhir trimester ketiga ini, berat bayi anda mungkin akan mencecah 2.3 kg hingga 4 kg. Manakala panjang bayi anda mungkin sekitar 18 dan 22 inci. Sekitar 90% bayi tidak dilahirkan mengikut tarikh yang dijangka oleh doktor.

Oleh itu keutamaan anda pada waktu ini ialah memberi perhatian yang penuh pada kesihatan diri anda kerana anda kini sedang menjaga dua nyawa. Melihat perkembangannya serta memantau kesihatan bayi adalah pengalaman yang luar biasa bagi setiap wanita. Amalkan diet yang seimbang, senaman ringan yang selamat serta kerap hubungi doktor jika ada sebarang gejala yang terlalu teruk.