8 Tanda Tanda Mengandung Perosak Waktu Bahagia Anda

8 Tanda Tanda Mengandung Perosak Waktu Bahagia Anda

3 min bacaan

Fasa kehamilan adalah waktu yang paling menggembirakan bagi seseorang wanita. Ini kerana anda akan dilayan seperti permaisuri setiap hari oleh pasangan serta keluarga anda. Namun, perhatian yang anda akan terima tidak sama dengan ‘penderitaan’ akan anda hadapi sepanjang sembilan bulan kehamilan. Komplikasi dan tanda tanda mengandung yang dihadapi oleh kebanyakan wanita hamil, memberikan ketidakselesaan sepanjang tempoh yang sepatutnya menjadi waktu bahagia anda.

Berikut ialah 8 tanda tanda mengandung yang biasa dihadapi oleh wanita sepanjang tempoh kehamilan mereka.

Mual atau ‘morning sickness’

Morning sickness tanda tanda mengandung perosak waktu bahagia

Kebanyakan wanita hamil akan berasa mual atau mengalami ‘morning sickness’ pada trimester pertama kehamilan mereka. Tahukah anda mengapa ia dipanggil ‘morning sickness’? Kerana kebanyakan wanita hamil akan berasa mual pada waktu pagi semasa kehamilan mereka. Gejala ini biasa akan semasa awal kehamilan tetapi ada juga terpaksa bertahan dengan ‘morning sickness’ sehingga tamat tempoh kehamilan mereka.

Cubalah tips mengatasi morning sickness ini jika teruk berterusan.

Keletihan dan pening

Seseorang wanita hamil akan sering berasa keletihan pada awal kehamilan mereka. Peningkatan aliran darah ke otak dan rahim akan menyebabkan anda berasa pening dan mual sepanjang kehamilan.

Sembelit

Ketidakseimbangan hormon serta pengeluaran hormon progesteron yang berlebihan, akan melemahkan otot usus seterusnya membuatkan seseorang wanita hamil itu mengalami sembelit. Kesukaran membuang air besar serta najis yang menjadi keras dan kering akan menjadi pengalaman menyakitkan untuk seseorang wanita hamil.

Kekejangan

Kekejangan tanda tanda mengandung perosak waktu bahagia

Antara tanda tanda mengandung yang sering dialami oleh wanita hamil ialah kekejangan pada kaki, betis dan peha. Kebanyakan wanita mengadu kekejangan akan kerap berlaku pada trimester ketiga kehamilan. Punca kekejangan semasa tempoh kehamilan ialah kekurangan kalsium dalam diet wanita hamil.

Edema atau peningkatan cecair dalam badan

Wanita hamil akan mengalami peningkatan jumlah cecair di dalam badan mereka. Ia disebabkan oleh pengekalan natrium oleh ginjal yang mengakibatkan cecair dikekalkan di dalam tubuh. Keadaan ini mengakibatkan seorang wanita hamil mengalami pembengkakan pada kaki, muka dan tangan. Edema atau pembengkakan adalah salah satu tanda tanda mengandung atau kesan sampingan yang biasa dialami oleh wanita hamil.

Sakit belakang

sakit belakang tanda tanda mengandung perosak waktu bahagia

Ketidakseimbangan hormon yang menyebabkan peningkatan progesteron dalam tubuh wanita hamil, ligamen di sekitar pelvis akan menjadi tulang belakang meregang dan menjadi lembut. Selain itu ia akan meregangkan payudara dan pinggul wanita hamil seterusnya menyebabkan sakit celah kelangkang, sakit punggung dan sakit belakang. Proses ini adalah untuk mempersiapkan badan anda menjelang kelahiran bayi.

Hipertensi

Seseorang wanita hamil mungkin akan mengalami hipertensi atau tekanan darah tinggi walaupun dia tidak mengalaminya sebelum ini. Tekanan darah seseorang wanita hamil akan meningkat ke tahap yang tidak normal yang mungkin akan membahayakan dirinya serta bayi. Antara kesan hipertensi yang akan dialami oleh wanita hamil ialah sakit kepala, muntah, terasa sakit di tulang dada serta gangguan penglihatan. Gejala ini biasanya akan dialami oleh wanita hamil yang berumur lebih dari 35 tahun.

Perubahan emosi atau ‘mood swing’

Perubahan hormon yang berlaku pada tubuh wanita semasa hamil mempengaruhi tahap serotonin otak. Keadaan ini menyerupai sindrom pra-haid di mana ia akan menyebabkan perubahan mood atau ‘mood swing’ kepada seseorang wanita hamil. Sebarang rasa tidak selesa atau rasa sakit badan akan menjadi punca seseorang wanita hamil itu berasa gelisah dan dilanda kerisauan melampau.

Antara tanda tanda mengandung lain yang mungkin dialami oleh wanita hamil ialah pra-eklampsia, anemia, buasir, insomnia, seriawan, payudara lembut, ‘stretch mark’, urat varikos, kehilangan kalsium tulang dan gigi, kalsium gastroesofagus, penyakit perut dan vagina, kelemahan otot perut dan kulit kering serta vagina.

Baca lebih lanjut: Tanda Hamil: 48 simptom Mengandung Anda Tidak Ketahui.

Walau bagaimanapun, tanda tanda mengandung seperti perubahan emosi, ‘morning sickness’ dan sakit belakang adalah perkara normal. Manakala gejala seperti anemia, buasir, seriawan dan hipertensi boleh membahayakan wanita hamil dan bayinya. Oleh itu rujuklah doktor serta pegawai perubatan segera sekiranya anda mengalami mana-mana simptom tersebut.