5 Tanda tanda Bersalin Yang Benar Anda Mesti Tahu Bezakan

3 min bacaan

Setiap wanita hamil perlu tahu atau mempunyai pengetahuan untuk membezakan tanda tanda bersalin yang palsu dengan yang benar. Kontraksi atau kekejangan sering menjadi tanda tanda bersalin utama yang akan membuatkan wanita hamil mula panik dan segera ingin ke hospital.

Setiap wanita hamil akan menghitung setiap bulan, minggu dan hari menjelang kelahiran baik yang di nanti-nanti. Ketika ini sistem pembiakan wanita yang direka untuk melalui fasa kehamilan sedang bersedia untuk fasa seterusnya, iaitu kelahiran. Kehamilan seseorang wanita itu terbahagi kepada tiga trimester, di mana janin akan berkembang dan membesar dengan sihat.

tanda tanda bersalin yang palsu dengan yang benar.

Tempoh perkembangan janin adalah sekitar 40 minggu dari hari terakhir menstruasi. Perhitungan jangka waktu ini adalah anggaran yang dikira dari kitaran haid biasa iaitu setiap 28 hari.

Pelakuran ovum dan sperma di dalam rahim wanita akan seterusnya memberikan berita gembira kepada seseorang wanita itu bahawa ‘anda hamil!’ Istilah embrio biasanya digunakan untuk menggambarkan perkembangan telur selama lapan minggu pertama setelah pembenihan, dan janin merujuk kepada anak yang berusia 2 bulan selepas kelahirannya. Fasa kehamilan seseorang wanita itu dibahagikan kepada tiga tempoh yang menggambarkan tahap perkembangan pranatal yang berbeza.

Trimester pertama dianggap sebagai fasa yang berisiko kerana keguguran atau kematian semulajadi embrio mungkin berlaku pada tempoh ini. Trimester kedua pula fasa kehamilan yang hampir berjaya kerana janin sedang membesar dan berkembang. Manakala trimester ketiga ialah tempoh yang juga penting kerana semakin menghampiri titik daya maju iaitu peluang janin selamat dan hidup di bawah rahim.

Trimester

Kehamilan seseorang wanita itu terbahagi kepada tiga trimester

Tempoh bermula kehamilan dikira oleh doktor berdasarkan tarikh terakhir haid, ovulasi, persenyawaan serta melalui ujian kimia atau klinikal. Pengiraan trimester kehamilan akan bermula apabila embrio berjaya ditanam di dalam tiub fallopia atau leher rahim yang memerlukan lapisan endometrium rahim.

  • Mual, ‘morning sickness’ dan kekejangan adalah antara tanda tanda bersalin yang akan dihadapi oleh wanita hamil pada 12 minggu pertama atau dikenali juga sebagai trimester pertama.
  • Trimester kedua kehamilan pula ialah tempoh sebelum bulan keempat hingga bulan keenam. Sewaktu fasa ini rahim akan mengembang sehingga 20 kali dari ukurannya yang biasa. Janin juga akan bergerak dan mula berkembang menjadi bentuk yang dapat dikenali.
  • Trimester ketiga akan mula dikira pada bulan keenam kehamilan. Wanita hamil akan mengalami kenaikan berat badan, penurunan rahim, pergerakan janin yang biasa, pusat terkeluar atau pusat timbul, kawalan pundi kencing yang lemah serta sakit belakang yang teruk semasa trimester terakhir ini. Selain itu janin juga akan menjadi lebih kuat dan bersedia untuk fasa seterusnya, iaitu kelahiran.

5 tanda tanda bersalin

tanda tanda bersalin

  1. Posisi janin yang menurun ke kawasan pelvis
  2. Keluar cecair / darah berwarna merah jambu dan plug mukus
  3. Kontraksi biasa yang diiringi dengan kekejangan
  4. Pecah air ketuban
  5. Serviks yang melebar atau mengembang

Tanda tanda bersalin yang palsu:

Berikut adalah tanda tanda bersalin yang benar:

tanda tanda bersalin benar

  • Kontraksi yang sebenar bermula apabila wanita hamil berasa sakit bersalin semakin kerap serta berlaku dalam tempoh yang tetap.
  • Rasa sakit ini tidak berhenti walaupun anda mengubah posisi ketika itu.
  • Selain itu tanda tanda bersalin yang paling jelas ialah pergerakan pelebaran servik atau rasa sakit kontraksi yang bermula dari bawah perut ke hadapan perut.
  • Ketika ini anda perlu memerhatikan jurang waktu kontraksi yang berlaku. Sekiranya ia berlaku selang 5 minit atau menjadi lebih kerap, inilah masanya untuk segera ke hospital atau mendapatkan bantuan perubatan secepat yang mungkin.