4 Tanda Pasti Hamil Wajib Mendapat Kepastian Dari Doktor

3 min bacaan

Anda bingung tentang pelbagai gejala yang dialami adalah tanda pasti hamil atau PMS? Walaupun simptom itu menyamai di antara satu sama lain, namun jika anda mengalami tanda-tanda pasti hamil berikut, anda dinasihati mendapat pengenalpastian melalui ujian kehamilan.

Berikut adalah antara gejala-gejala yang akan dilalui oleh wanita hamil. Apakah tanda-tanda pasti hamil yang akan anda alami?

Hilang haid

Hilang haid tanda pasti hamil

Apabila anda tidak mengalami haid seperti biasa, jelaslah bahawa anda mungkin hamil. Jika ini berlaku, lakukan ujian kehamilan sendiri atau mengesahkan kehamilan dengan pemeriksaan di hospital.

Namun perhatikan juga kehadiran darah ringan yang berwarna coklat, kerana ia bukanlah haid tetapi spotting – satu lagi gejala yang dialami semasa kehamilan. Jenis-jenis pendarahan lain seperti kehamilan ektopik, pendarahan implantasi yang diiringi dengan rasa sakit di perut juga antara beberapa gejala yang mungkin boleh membahayakan anda dan bayi.

Jika ini berlaku, segera hubungi doktor anda untuk rawatan selanjutnya. Selain itu, hilang haid mungkin juga boleh menjadi gejala sindrom ovarium polikistik, di mana ia boleh berlaku selama berbulan-bulan.

Sakit payudara

Peningkatan hormon progesteron dan estrogen menyebabkan peningkatan aliran darah ke payudara seterusnya menyebabkan ia menjadi lebih sensitif dan sakit. Memakai pakaian yang sesuai juga bra yang selesa adalah antara cara untuk mengurangkan ketidakselesaan pembengkakan payudara anda.

Rasa yang tajam dan menusuk adalah beberapa perkara yang mungkin anda akan alami semasa hamil. Penukaran warna yang lebih gelap di puting atau areola juga mungkin akan anda alami semasa hamil. Ini adalah perkara biasa dan akan hilang selepas beberapa bulan selepas kelahiran bayi.

Yang Berkaitan:  Ini Sebab Anda Letih Ketika Mengandung

Mual atau morning sickness

Mual kerana bau

Selain itu, kebanyakan wanita hamil akan berasa mual atau mengalami ‘morning sickness’ pada trimester pertama kehamilan mereka, mulai minggu ke 5 atau 6. Gejala ini biasa akan semasa awal kehamilan tetapi ada juga terpaksa bertahan dengan ‘morning sickness’ sehingga tamat tempoh kehamilan mereka.

Keadaan ini akan menyebabkan anda berasa sangat tidak selesa, namun terdapat beberapa cara untuk melegakannya yang boleh anda cuba. Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap, minum air dengan banyak dan kurangkan makanan pedas adalah antara tips yang boleh anda amalkan.

Kekerapan ke tandas

tanda pasti hamil kerap ke tandas

Kekerapan ke tandas ialah satu lagi tanda pasti hamil yang sering dialami semasa hamil. Gejala ini berlaku kerana tekanan dari rahim yang mula berkembang ke atas pundi kencing. Seseorang wanita hamil juga akan sering berasa keletihan pada awal kehamilan mereka. Peningkatan aliran darah ke otak dan rahim akan menyebabkan anda berasa pening kepala dan mual sepanjang kehamilan.

Gejala-gejala ini adalah tanda pasti hamil bagi seseorang wanita, namun adalah lebih baik untuk mendapatkan kepastian dari doktor dan jalani pemeriksaan di hospital.

  • Ujian kehamilan sendiri juga boleh dilakukan di rumah dengan mengesan hcG dalam air kencing dan jika hasilnya positif, tahniah untuk anda.
  • Ujian darah juga boleh dibuat tetapi di hospital bersama doktor anda.
  • Pemeriksaan fizikal dengan pakar obstetrik akan mengenalpasti tahap penebalan tisu faraj serta keadaan rahim yang lembut yang menunjukkan bahawa anda hamil.

Membaca dan membuat kajian tentang isu-isu tertentu berkaitan kehamilan adalah bonus bagi setiap wanita. Mendapatkan nasihat doktor serta rawatan di hospital adalah perkara pertama yang perlu anda lakukan jika anda mengalami sebarang tanda-tanda pasti hamil di atas.

Yang Berkaitan:  Kolostrum: Vaksin Bermanfaat Untuk Bayi Anda