Baby Bump: Tanda Kehamilan Yang Ketara

3 min bacaan

Setiap wanita akan mempunyai naluri yang memberitahunya tentang sebarang perubahan yang berlaku pada tubuhnya, seperti apabila kehamilan mula berlaku. Pastinya berita gembira ini ingin dikongsi dengan semua ahli keluarga terdekat, rakan-rakan dan tentunya pasangan masing-masing. Bukti seperti tanda-tanda kehamilan atau ‘baby bump’ yang mula kelihatan, merupakan tanda kehamilan yang paling ketara bagi bakal-bakal ibu tentang kehamilan yang akan mereka lalui selama 9 bulan yang akan datang.

Perbezaan dari segi ketinggian, berat badan, ukuran rahim atau perut,tanda kehamilan berbeza bagi setiap wanita hamil. Namun satu persamaan yang dialami oleh hampir semua wanita hamil ialah penampakan perut yang membesar seawal minggu 14 hingga 17. Jika anda belum nampak sebarang tanda kehamilan sekitar bulan ke 4 kehamilan, jangan risau kerana kebanyakan ibu akan merasai pergerakan bayi dalam kandungan mulai bulan ke 5 atau 6.

Tanda kehamilan yang perlu anda perhatikan

Tanda kehamilan yang perlu anda perhatikan

Wanita hamil akan mengalami pelbagai jenis perubahan, sama ada emosi dan fizikal sepanjang tempoh kehamilan. Tempoh kehamilan (40 minggu) seseorang wanita dan bayinya itu terbahagi kepada tiga fasa. Perubahan pada saiz badan serta koordinasi akan mula dirasai oleh wanita hamil, selain perubahan fesyen semasa hamil di mana pemilihan pakaian yang longgar dan yang selesa dibuat sepanjang fasa kehamilan.

Perbezaan ukuran tubuh

Wanita yang mempunyai tubuh yang tinggi akan mudah dikenalpasti sedang hamil berbanding dengan wanita yang lebih rendah. Perutnya akan mudah kelihatan, seperti wanita yang bertubuh kurus. Manakala wanita yang mempunyai tubuh yang berisi, perut mereka yang membesar tidak begitu kelihatan kerana ‘tersorok’ oleh lemak tubuh.

Yang Berkaitan:  Fahami Sakit Belakang Ketika Hamil (PUNCA & RAWATAN)

Kehamilan yang ke…

Bagi wanita yang sedang hamil anak pertama, perut mereka tidak akan begitu kelihatan hingga memasuki trimester ketiga. Bagi ibu-ibu yang telah hamil sebelum ini, perut mereka akan mula membesar lebih awal kerana rahim mereka mengembang dengan mudah dan cepat berbanding dengan bakal ibu baharu.

Bagi ibu-ibu yang telah hamil sebelum ini, perut mereka akan mula membesar lebih awal tanda kehamilan baby bump

Peningkatan berat badan

Adalah normal bagi wanita hamil yang teringin makan macam-macam jenis makanan. Berat badan mereka akan bertambah sekitar 2.3kg semasa awal kehamilan, dan terus bertambah sehingga 4.5kg atau lebih sepanjang kehamilan. Ini akan menyebabkan perut mereka membesar dengan lebih cepat.

Pakaian semasa hamil

Bagi wanita hamil yang biasa memakai pakaian dalam yang ketat sebelum hamil, akan memerlukan pakaian hamil dengan lebih cepat.

Fasa kehamilan

Fasa kehamilan tanda kehamilan baby bump

Trimester pertama

Kebanyakan wanita hamil bersetuju bahawa trimester pertama merupakan tempoh yang memenatkan kerana terpaksa berhadapan dengan mual atau ‘morning sickness‘, peningkatan berat badan, sembelit, gangguan otot perut serta kembung perut atau ‘gassy’. Pemeriksaan oleh doktor akan dijalankan untuk mendapatkan kepastian tentang tahap kehamilan anda. Ujian ultrasound juga akan dilakukan untuk menentukan usia janin, mengenalpasti sebarang komplikasi serta menentukan tarikh kelahiran bayi.

Trimester kedua

Kebanyakan wanita hamil akan berasa panas apabila memasuki trimester kedua. Rasa mual akan mula berkurangan seterusnya menambah selera anda, namun anda perlu berhati-hati dan mengawal kadar gula dalam darah apabila mengambil makanan yang diingini. Pada waktu ini, perut anda mungkin akan mula kelihatan.

Trimester ketiga

Jika perut anda masih belum kelihatan, jangan risau. Terdapat beberapa punca mengapa ia berlaku seperti berat badan yang tidak seimbang, jenis atau saiz badan dll. Jalani ujian ultrasound untuk mengenalpasti masalah yang dihadapi.

Yang Berkaitan:  4 Punca Kulit Kering Ketika Hamil Dan Tips Lega Gatal Kulit

Akhir Kata

Adalah penting supaya bakal-bakal ibu tidak panik atau risau tentang perut anda yang belum kelihatan. Pembesaran bayi anda adalah keutamaan dan jika pemeriksaan doktor menyatakan bahawa bayi anda sihat dan membesar dengan baik, itu sudah mencukupi. Amalkan diet yang seimbang, senaman ringan yang selamat serta jerap hubungi doktor jika ada sebarang tanda kehamilan yang terlalu teruk. Laluilah tempoh kehamilan anda dengan gembira dan tenang kerana bayi anda akan turut berasa tenang di dalam kandungan.