Kenali Tanda Gugur Demi Keselamatan Ibu Hamil

3 min bacaan

Kenali Tanda Gugur Demi Keselamatan Ibu Hamil

Sama ada anda percaya atau tidak, keguguran pada trimester pertama adalah perkara yang biasa terjadi. Namun ia tetap merupakan pengalaman dihadapi oleh mana-mana wanita hamil. Dalam sesetengah keadaan, seseorang wanita itu tidak menjangkakan dia sedang mengalami keguguran kerana tanda gugur yang dialami kurang spesifik dan pendarahan yang berlaku dianggap sebagai tempoh haidnya.

Apabila seseorang wanita hamil itu mendengar bunyi denyutan jantung baiknya dengan alat doppler, kadar keguguran menurun sebanyak 50%.

Apabila tempoh kehamilan mencecah 20 minggu, kadar keguguran turun sebanyak 95%. Click To Tweet

Keguguran dianggarkan berlaku pada 10 – 15% daripada jumlah kehamilan.

Kajian menunjukkan bahawa keguguran berlaku atas beberapa sebab. Antaranya adalah ketidakseimbangan hormon, serangan virus, faktor genetik pada bayi, faktor sistemik pada ibu (seperti lupus atau radang tisu), jangkitan atau imunologi seperti diabetes.

Tanda gugur

Tempoh kehamilan orang wanita itu juga akan menentukan tanda-tanda gugur yang berlaku. Terdapat beberapa perkara yang boleh anda perhatikan. Setiap wanita perlu tahu tentang perubahan yang berlaku pada tubuh mereka dan adakah mereka sedang hamil pada waktu itu.

Gejala kehamilan mempunyai hubungan dengan tanda-tanda gugur. Gejala-gejala seperti pembengkakan payudara, kembung perut atau gassy, kerap ke tandas untuk buang air, mual dan pening biasanya disebabkan oleh peningkatan kadar hormon di dalam tubuh.

Gejala-gejala ini merupakan tanda kepada wanita tentang kehamilan mereka. Sekiranya anda merasakan gejala yang dialami ini hilang secara tiba-tiba, ia mungkin tanda-tanda gugur.

Keguguran terancam boleh berlaku apabila seseorang wanita hamil mengalami pendarahan ringan atau spotting. Darah yang dikesan mungkin sangat sedikit jika ia diiringi oleh kekejangan, ia boleh membahayakan bayi.

Yang Berkaitan:  Amniosentesis Test: Prosedur, Faktor dan Risiko Ujian Genetik Ini

Walau bagaimanapun, kebanyakan wanita hamil meneruskan kehamilan mereka hingga ke proses kelahiran bayi.

Bagi wanita yang hamil enam (6) minggu, satu tanda-tanda gugur awal adalah mengalami pendarahan yang banyak seperti sedang mengalami haid. Sekiranya anda berada di rumah, anda perlu memakai pad bagi memantau pendarahan yang berlaku.

Perhatikan juga sebarang ketulan darah yang keluar yang kelihatan seperti tisu yang berwarna merah atau kelabu. Masukkan ia ke dalam bekas serahkan kepada doktor anda dengan segera.

Tanda-tanda gugur pada trimester pertama iaitu antara minggu ke 6 hingga minggu ke 12 adalah kesakitan yang teruk di bahagian perut, kekejangan dan pendarahan.

Sekiranya anda mengalami keguguran selepas 12 minggu kehamilan, anda mungkin akan mengalami pendarahan dan kesakitan yang terasa seperti anda sedang bersalin.

Keguguran Lengkap dan Tidak Lengkap

Tanda-tanda seperti kekejangan, dan pendarahan boleh menyebabkan keguguran yang lengkap atau tidak lengkap. Keguguran yang lengkap bermaksud kesemua tisu telah dikeluarkan dari badan wanita tersebut.

Keguguran semasa trimester pertama mungkin dianggap lengkap sementara kebanyakan keguguran semasa trimester kedua pula dianggap tidak lengkap. Keguguran tidak lengkap terjadi apabila tisu kekal di dalam badan wanita dan proses D&C (cuci rahim) perlu dilakukan untuk mencegah jangkitan.

Sekiranya anda rasa anda pernah mengalami keguguran, segeralah hubungi doktor anda. Mereka akan dapat mengesahkan sama ada keguguran telah berlaku ke atas anda dengan menggunakan ujian ultrasound.

Dalam sesetengah kes apabila seseorang wanita hamil itu sedang mengalami keguguran terancam (threathened miscarrige), pemeriksaan lanjut dapat dilakukan oleh doktor untuk mengenalpasti punca dan keadaan wanita tersebut.

Terdapat banyak kes di mana keadaan ini dikenalpasti lebih awal, dan doktor memberikan beberapa kaedah untuk menyelamatkan bayi.

Yang Berkaitan:  Kenali Diabetes Semasa Mengandung

Rehat yang mencukupi serta mengenalpasti keabnormalan yang berlaku dalam tahap hormon seseorang wanita hamil itu, berjaya menyelamatkan kehamilan seterusnya wanita itu dapat melahirkan bayi yang sihat. Walaupun tidak ada cara untuk menghalang keguguran, setiap wanita hamil perlu tahu dan peka kepada isyarat yang disampaikan oleh tubuh mereka.

Kenal pasti tanda-tanda yang tidak normal yang berlaku semasa hamil dan laporkannya kepada doktor sesegera yang mungkin. Tindakan awal mungkin boleh menyelamatkan kehamilan anda.