7 Tanda Awal Kehamilan Anda Mungkin Terlepas Pandang

3 min bacaan

Anda kebingungan tentang kehamilan anda? Apakah perkara yang boleh membahayakan anda atau kandungan yang perlu anda perhatikan? Sesetengah wanita kini mungkin terlepas pandang tentang tanda-tanda awal kehamilan mereka. Mereka mungkin sedar yang mereka hamil apabila mereka melakukan ujian kehamilan sendiri di rumah. Jika ini yang berlaku, jangan risau kerana anda akan lalui beberapa keadaan yang menunjukkan anda sedang hamil.

ujian kehamilan sendiri di rumah tanda awal kehamilan

Sesetengah wanita yang bertuah tidak lalui sebarang tanda awal kehamilan yang tidak menyenangkan, namun ada juga yang terpaksa bersabar dan tabah sepanjang 9 bulan kehamilan mereka. Pelbagai jenis isu atau masalah yang mungkin berlaku akan disenaraikan di sini untuk pengetahuan setiap wanita hamil. Baca dan fahamkan.

Tanda-tanda awal kehamilan:

Spotting

Pendarahan akan berlaku apabila telur yang disenyawakan melekat pada dinding rahim. Ini disebut pendarahan implantasi, dan warnanya lebih cair daripada pendarahan haid. Wanita yang tidak sedar akan kehamilan mereka akan menganggap ianya pendarahan ringan kerana tidak menyakitkan. Jika anda mengalami keadaan ini, rujuklah doktor untuk memastikan ia adalah spotting dan anda hamil.

Peningkatan suhu badan

Peningkatan suhu badan tanda awal kehamilan

Wanita hamil akan mudah terasa panas berbanding sebelumnya. Kenaikan suhu badan ini adalah antara gejala kehamilan yang perlu diperhatikan, termasuk semasa haid. Namun jika ia lebih tinggi dari biasa, ini tanda awal kehamilan yang anda hamil!

Mual

Kebanyakan wanita hamil akan berasa mual atau mengalami ‘morning sickness‘ pada trimester pertama kehamilan mereka. Tahukah anda mengapa ia dipanggil ‘morning sickness’? Kerana kebanyakan wanita hamil akan berasa mual pada waktu pagi semasa kehamilan mereka. Gejala ini biasa akan semasa awal kehamilan tetapi ada juga terpaksa bertahan dengan ‘morning sickness’ sehingga tamat tempoh kehamilan mereka. Terdapat beberapa cara untuk melegakan keadaan ini yang boleh anda cuba.

Yang Berkaitan:  Kulit Gatal Ketika Hamil: Punca dan Rawatan

Hilang haid

Apabila anda tidak mengalami haid seperti biasa, jelaslah bahawa anda mungkin hamil. Jika ini berlaku, lakukan ujian kehamilan sendiri atau mengesahkan kehamilan dengan pemeriksaan di hospital. Namun perhatikan juga kehadiran darah ringan yang berwarna coklat, kerana ia bukanlah haid tetapi spotting – satu lagi gejala yang dialami semasa kehamilan.

Kerap kencing

Kekerapan ke tandas ialah satu lagi tanda awal kehamilan yang sering dialami semasa hamil. Gejala ini berlaku kerana tekanan dari rahim yang mula berkembang ke atas pundi kencing.

Kerap kencing tanda awal kehamilan

Payudara dan puting sakit

Peningkatan hormon progesteron dan estrogen menyebabkan peningkatan aliran darah ke payudara seterusnya menyebabkan ia menjadi lebih sensitif dan sakit. Memakai pakaian yang sesuai juga bra yang selesa adalah antara cara untuk mengurangkan ketidakselesaan pembengkakan payudara anda. Anda juga mungkin akan mengalami puting dan areola yang membesar serta berwarna lebih gelap.

Keletihan

Seseorang wanita hamil akan sering berasa keletihan pada awal kehamilan mereka. Walaupun anda melakukan aktiviti yang mudah dan ringan, anda senang berasa letih dan memerlukan rehat secukupnya. Anda harus mengurangkan pergerakan fizikal serta tidak mengangkat beban yang berat pada waktu ini.

Tujuh tanda awal kehamilan ini adalah antara yang sering dialami oleh wanita hamil. Namun penting untuk anda rujuk doktor juga bagi mendapatkan kepastian tentang kehamilan anda serta memahami perkembangan bayi anda. Gejala-gejala ini tidak dapat dielakkan oleh wanita hamil. Anda boleh cuba menyesuaikan diri dengan perubahan ini bagi memudahkan tempoh kehamilan anda.

Antara kesan sampingan lain yang mungkin dialami oleh wanita hamil ialah pra-eklampsia, anemia, buasir, insomnia, seriawan, payudara lembut, ‘stretch mark’, urat varikos, kehilangan kalsium tulang dan gigi, kalsium gastroesofagus, penyakit perut dan vagina, kelemahan otot perut dan kulit serta vagina.

Yang Berkaitan:  4 Situasi Kejang Perut Trimester Pertama Anda Mesti Bezakan