Bahaya Tali Pusat Bayi Terbelit Jangan Diperlekeh

Bahaya Tali Pusat Bayi Terbelit Jangan Diperlekeh

3 min bacaan

Anda peminat setia francais filem Twilight, anda pasti telah menonton ‘Breaking Dawn’. Saat yang ingin disebutkan ini ialah ketika Bella mengalami komplikasi serius sewaktu melahirkan anaknya, di mana tali pusat bayi melilit leher bayi di dalam rahim serta mencekiknya. Ini adalah mimpi ngeri bagi setiap ibu hamil kerana ia akan membahayakan nyawa bayi anda.

Jangan risau, jangan panik. Terdapat beberapa kes yang dilaporkan mempunyai situasi yang sama, namun kelahiran bayi berjalan dengan baik dan bayi tersebut tidak mempunyai sebarang masalah. Bacalah artikel ini sehingga habis untuk mengetahui apa yang perlu dilakukan sekiranya perkara ini terjadi.

Kepentingan tali pusat bayi

tali pusat bayi

Tali pusat bayi boleh disamakan dengan tali oksigen sebagai penyelam laut dalam. Kabel oksigen sangat penting bagi penyelam laut dalam dan sekiranya ia diganggu atau diikat, ini akan membahayakan penyelam tersebut. Perkara yang sama akan terjadi kepada bayi yang membesar di dalam air ketuban dan menerima sumber makanan daripada tali pusat.

Bagaimanapun kemungkinan perkara ini berlaku adalah nipis. Kajian menunjukkan bahawa sekitar 25% bayi yang lahir akan terpaksa menghadapi situasi tali pusat melilit lehernya. Namun lilitannya tidak terlalu ketat dan dapat dibuka oleh doktor. Tali pusat bayi sepanjang 50 cm tidak akan melilit bayi dengan ketat sehingga mengongkong pergerakkannya. Bayi anda masih boleh bergerak bebas di dalam rahim tanpa bahaya.

Namun anda jangan leka kerana terdapat beberapa kes yang berlaku di mana tali pusat menjerat leher bayi. Ini berlaku apabila bayi anda sangat aktif di dalam rahim dan pergerakannya terlalu kuat. Perkara yang sama mungkin akan berlaku sekiranya anda mengandung anak kembar. Sekiranya bayi kembar anda berkongsi kantung (sac) yang sama, kemungkinan tali pusat terlilit di leher adalah tinggi.

Bahaya tali pusat bayi terbelit

bahaya tali pusat bayi terbelit

Setiap wanita hamil perlu tahu bahawa tali pusat bayi tidak hanya akan membelit leher bayi anda. Ia juga boleh membelit di sebelah bahu atau lengan janin. Walaubagaimanapun lilitan tali pusat bayi di leher adalah yang paling merisaukan. Sekiranya lilitan di leher adalah longgar, ia lebih mudah dibuka oleh doktor. Namun jika ia terlalu ketat dan tidak boleh dibuka oleh doktor, tali tersebut perlu dipotong sebelum kelahiran bayi. Ini dilakukan supaya bayi tidak tercekik, dan proses kelahiran akan bermula sejurus itu.

Sekiranya tali pusat di leher bayi terlilit dengan ketat, ini akan menyebabkan kekurangan bekalan oksigen ke otak bayi. Ia seterusnya menyebabkan bayi menderita hipoksia, iaitu komplikasi pada jantung janin. Oleh yang demikian doktor biasanya menyarankan untuk mempercepatkan kelahiran bayi sebelum sebarang masalah sebegini berlaku.

Sekiranya tali pusat telah lama melilit bayi, bayi akan mempunyai skor APGAR yang rendah. APGAR adalah ujian yang dilakukan ke atas bayi yang baru lahir. Ia memiliki lima kriteria iaitu penampilan (warna kulit), nadi, rasa gatal, aktiviti bayi dan pernafasan bayi. Semakin tinggi skor yang diperolehi, kesihatan bayi anda dianggap semakin baik.

Tali pusat yang melilit leher bayi boleh juga menyebabkan kecederaan otak seterusnya mengakibatkan kelumpuhan otak atau kecacatan mental. Ia juga berisiko tinggi sehingga boleh menyebabkan kematian bayi dalam kandungan.

Langkah berjaga-jaga

Langkah berjaga jaga tali pusat bayi terbelit

Tidak perlu risau kerana doktor akan selalu membantu anda sekiranya masalah ini timbul. Mereka mempunyai pengalaman mencukupi untuk membantu kelahiran bayi yang berhadapan dengan komplikasi lilitan tali pusat di leher bayi. Kebanyakan kes yang berlaku berakhir dengan kelahiran bayi yang sihat dan selamat.

Terdapat satu mitos yang mengatakan sekiranya wanita hamil mengangkat lengan atau kaki mereka, tali pusat akan menjerat bayi. Ia adalah tidak benar namun sentiasa berhati-hati dan rujuk doktor anda sekiranya anda mempunyai sebarang kemusykilan tentang keadaan bayi anda. Pemeriksaan menyeluruh yang dilakukan oleh doktor akan melegakan setiap wanita hamil dan melalui tempoh kehamilannya dengan gembira.