Anda Stress Ketika Hamil? Ada Tips Untuk Menguruskannya

3 min bacaan

Kebanyakan wanita berpendapat kehamilan mereka akan dilalui dengan rasa gembira dan bahagia hingga kelahiran bayi yang dinanti. Namun terdapat beberapa gejala perubahan yang mungkin akan menyebabkan rasa tidak selesa sepanjang 9 bulan kehamilan mereka.

Salah satu keadaan yang akan dialami ketika hamil ialah stress ketika hamil yang disebabkan oleh beberapa perkara. Sesetengah wanita hamil berasa risau dan bimbang tentang keadaan bayi mereka dan ini akan menjurus kepada stress ketika hamil.

Tekanan adalah keadaan yang tidak sihat, sama ada kepada wanita hamil atau mana-mana individu lain. Kajian menunjukkan bahawa tekanan yang dialami oleh wanita hamil mempunyai kesan negatif yang serius yang boleh menyebabkan kelahiran pramatang.

Ia juga boleh menyebabkan tekanan darah tinggi atau kegelisahan kronik yang dialami oleh bakal-bakal ibu ini menjelang kelahiran bayi mereka.

Stress ketika hamil

Stress Ketika Hamil

Kesan sampingan akibat tekanan ini amat berbahaya bagi ibu dan bayi. Tahap kesihatan emosi ibu juga mempengaruhi perkembangan bayi mereka seterusnya menyebabkan komplikasi kesihatan.

Namun terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk menghilangkan stress ketika hamil seperti merehatkan minda, dan emosi anda dengan secukupnya. Setiap wanita hamil perlu membuat kajian atau membaca majalah-majalah keibubapaan untuk memahami punca stress ketika hamil dan kaedah yang paling sesuai untuk mengelakkannya.

Kesejahteraan bayi adalah keutamaan anda sepanjang kehamilan anda, oleh itu sangat penting untuk anda menjaga emosi dan badan anda dan mengelakkan keadaan negatif ini dari berlaku sehingga membahayakan bayi anda.

Tips-tips menguruskan tekanan semasa hamil

Amalan pemakanan yang seimbang

Pemilihan makanan yang sesuai dan berkhasiat semasa hamil adalah sangat penting bagi memastikan bayi anda mendapat nutrien yang mencukupi. Kerana tumbuhan bayi bergantung kepada pemakanan si ibu.

Sekiranya anda mengambil makanan yang tidak berkhasiat seperti makanan ringan atau makanan segera, ia akan hanya menambahkan tekanan dan membuatkan anda semakin tidak selesa. Nutrien daripada makanan seimbang sangat diperlukan untuk mengatasi tekanan dari berlaku.

Rehat dan tidur yang mencukupi

Sekiranya anda tidak mendapatkan tidur dan rehat yang mencukupi, anda mudah berasa tertekan. Salah satu cara untuk mendapatkan tidur yang nyenyak, adalah menggunakan bantal dan tilam yang selesa untuk membantu anda tidur lama.

Selain itu anda boleh juga mandi air suam sebelum tidur. Makan sekurang-kurangnya satu (1) hingga dua (2) jam sebelum tidur untuk mengelakkan pedih ulu hati.

Rutin senaman ringan

Mengamalkan senaman ringan yang berimpak rendah adalah kaedah yang baik untuk menguruskan tekanan. Bersenam juga akan membantu anda bersedia menghadapi proses kelahiran bayi. Selain itu, ia dapat membantu anda mengurangkan rasa risau dan tertekan tentang bagaimanakah cara untuk menghadapi kelahiran bayi anda.

Amalan yoga

Yoga dikenal pasti memberikan kesan positif kepada wanita hamil. Ia membantu tubuh berhadapan dengan tekanan, di mana anda boleh bertenang, dan melegakan tekanan fizikal dan mental semasa hamil.

Berbual dengan pasangan anda

Jika anda berasa tertekan dan mengalami kebimbangan yang melampau, kongsilah masalah anda ini dengan pasangan anda. Apabila anda berbual dan berkomunikasi dengan pasangan anda, tekanan anda dapat dilegakan. Pasangan anda juga boleh memberikan cadangan tentang menangani lembaran harian yang dialami disebabkan oleh kehamilan.

Kesimpulan

Kebanyakan wanita hamil akan berhadapan dengan tekanan dan stress yang disebabkan oleh pelbagai jenis punca. Ia adalah perkara normal, dan boleh diatasi dengan kaedah-kaedah yang disebutkan di atas. Sekiranya anda berasa terlalu risau, beritahulah doktor anda untuk memahami keadaan anda serta mendapatkan nasihat tentang pengurusan stress ketika hamil.