7 Sebab Spotting Ketika Hamil Berlaku Pada Awal Kehamilan

7 Sebab Spotting Ketika Hamil Berlaku Pada Awal Kehamilan

3 min bacaan

Spotting adalah pendarahan ringan yang dialami oleh wanita pada awal fasa kehamilannya. Pendarahan dan spotting ketika hamil adalah antara pengalaman yang membimbangkan yang perlu dihadapi oleh kebanyakan wanita. Sekitar 25% wanita hamil akan mengalami situasi ini dan kebanyakannya melaporkan ia berlaku pada trimester pertama.

spotting ketika hamil

Spotting yang dialami oleh wanita hamil akan diiringi dengan pendarahan ringan yang berwarna merah jambu, merah atau coklat cair. Walaupun ini adalah perkara normal yang dialami pada trimester pertama, pendarahan yang terjadi selepas 20 minggu kehamilan dianggap sebagai keguguran.

Sekiranya ia berlaku, anda boleh mendapatkan kepastian dari doktor anda tentang punca pendarahan yang menyebabkan keguguran.

Perbezaan antara spotting dan pendarahan

Spotting merujuk kepada pendarahan yang sangat ringan serta berwarna coklat atau merah jambu. Manakala pendarahan berlaku dalam jumlah yang lebih banyak serta berwarna seperti darah menstruasi anda. Sekiranya anda mengalami sebarang jenis pendarahan ketika hamil di atas, diiringi dengan demam, menggigil atau kekejangan segera hubungi doktor anda untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Sebab-sebab spotting ketika hamil

Pendarahan implantasi

Ia terjadi apabila pembenihan telur yang berjaya, di mana pemgeluaran warna coklat pada awal kehamilan akan berlaku. Ia akan berlaku selama 2 hingga 3 hari selepas telur yang disenyawakan masuk ke dinding rahim anda.

Pendarahan implantasi spotting ketika hamil

Keguguran

Sekitar 20 – 30% wanita hamil mengalami keguguran diakhiri dengan pendarahan. Mereka akan mengalami gejala lain seperti kekejangan dan sakit perut.

Kehamilan molar

Keadaan ini berlaku akibat tumbuh tisu yang tidak normal pada embrio. Ia juga disebut sebagai trophoblastik kehamilan (GTD). Keadaan yang jarang berlaku ini melibatkan penumpukan dan pendarahan.

Jangkitan

Jangkitan faraj seperti jangkitan ragi atau vaginosis bakteria boleh menyebabkan penyakit seksual seperti trikomoniasis, gonorea, klamidia atau herpes semasa kehamilan. Gejala ini akan menyebabkan radang kulit atau ketidakselesaan pada serviks. Ia berkemungkinan besar berlaku selepas wanita hamil menjalankan pap smear atau hubungan seksual. Kedua perkara ini juga menyebabkan polip serviks dia itu pertumbuhan jaring yang tidak normal di dinding rahim.

Kehamilan ektopik

kehamilan ektopik adalah apabila telur yang disenyawakan menempel di luar rahim. Kebiasaannya ia akan menempel pada tiub fallopia dan juga dikenali sebagai kehamilan tuba. Keadaan ini akan menyebabkan pendarahan, diiringi dengan rasa sakit yang tajam di perut serta rasa pening.

kehamilan ektopik spotting ketika hamil

Masalah plasenta

Sekiranya anda mengalami masalah dengan plasenta anda, ia mungkin akan ditemui oleh doktor pada trimester pertama. Perkara ini akan menimbulkan komplikasi lain seperti kelahiran pra-matang atau gangguan plasenta. Rawatan yang segera perlu didapatkan oleh setiap wanita hamil bagi mengenal pasti gejala ini. Pengetahuan asas tentang gejala atau masalah ini juga penting bagi setiap wanita hamil.

Sebab-sebab lain

Terdapat banyak punca yang boleh menyebabkan pendarahan atau spotting ketika hamil. Walau bagaimanapun, nasihat umum seperti dilarang mengangkat benda berat atau elakkan daripada melakukan aktiviti yang lasak adalah antara perkara yang sering diberikan kepada wanita hamil.

Kedua perkara ini adalah antara punca yang boleh mengakibatkan spotting ketika hamil terutamanya pada trimester pertama. Oleh itu elakkan sebarang aktiviti lasak untuk menjaga keselamatan bayi anda. Anda boleh rujuk doktor anda untuk mendapatkan kepastian tentang aktiviti senaman yang selamat untuk wanita hamil.

Sebarang isu atau masalah yang timbul sepanjang masa kehamilan boleh menyebabkan seseorang wanita itu tertekan atau mudah panik. Adalah penting untuk anda ingat untuk melaporkan sebarang ketidakselesaan atau masalah yang timbul dengan segera kepada doktor anda. Rawatan yang segera akan dapat membantu mengelakkan sebarang masalah terhadap bayi anda serta mengurangkan kemungkinan keguguran yang mungkin akan berlaku.