Kenapa Spotting Awal Kehamilan Tidak Perlu Dibimbangkan?

3 min bacaan

Fasa kehamilan merupakan pengalaman yang bercampur-baur yang dialami oleh kebanyakan wanita. Ada yang melaluinya dengan bahagia tanpa sebarang ketidakselesaan. Segelintir wanita hamil juga terpaksa mengalami beberapa gejala yang membuatkan mereka berasa tidak selesa sepanjang tempoh kehamilan. Salah satu gejala yang biasa dialami semasa hamil ialah spotting awal kehamilan atau pendarahan ringan. Gejala ini dianggap sebagai normal kerana ia sering berlaku semasa tempoh awal kehamilan.

Spotting Awal Kehamilan

Apakah punca spotting awal kehamilan?

Spotting bermaksud pengeluaran darah yang ringan semasa hamil, adakalanya berlaku tanpa disedari oleh wanita hamil. Jika anda mengalami spotting awal kehamilan tanpa gejala lain seperti sakit perut atau kekejangan, maka ianya adalah normal dan tidak membahayakan.

Namun jika anda mengalami kedua-dua gejala di atas disertai dengan pengeluaran gumpalan darah atau tisu, yang berwarna merah terang ia mungkin membahayakan anda serta bayi anda.

Mesti anda tertanya-tanya mengapakah ia berlaku.

Implantasi

Spotting yang berlaku pada 2 minggu pertama kehamilan mungkin berpunca dari implantasi. Telur yang telah disenyawakan akan melekat pada lapisan rahim seterusnya menyebabkan pengeluaran darah yang sedikit dan dipanggil sebagai pendarahan implantasi. Keadaan ini mungkin akan berlaku selama dua hingga tiga hari. Tidak semua wanita hamil mengalami pendarahan implantasi.

Kehamilan Ektopik

Selain itu kehamilan ektopik juga boleh menjadi punca pendarahan awal kehamilan. Kehamilan ektopik berlaku apabila telur yang disenyawakan melekat di kawasan lain selain di rahim. Ia juga dikenali sebagai kehamilan tuba yang menggambarkan telur yang melekat pada lapisan tiub fallopio. Keadaan ini lebih berat berbanding pendarahan implantasi kerana ia disertai dengan sakit perut yang teruk. Sekiranya anda menghadapi situasi ini rujuklah doktor untuk rawatan selanjutnya.

Apakah punca spotting awal kehamilan

Keguguran

Kebanyakan wanita akan dilanda kerisauan apabila berlaku spotting atau pendarahan ketika hamil. Ini kerana ia juga adalah tanda awal keguguran. Keguguran sering bermula dengan pendarahan ringan diiringi gejala lain seperti kekejangan dan kesakitan di bahagian perut. Namun hanya sebilangan kecil yang mengalami keguguran selepas berlakunya spotting ketika hamil mereka.

Hubungan Seks

Pendarahan juga mungkin berlaku setelah melakukan hubungan seks atau menjalani pemeriksaan dalaman. Jika ini berlaku dan berlanjutan sehingga satu hingga dua hari, anda perlu berehat dan berjumpa dengan doktor anda.

Jangkitan

Spotting mungkin juga disebabkan oleh beberapa jenis jangkitan pada pelvis atau saluran kencing. Walaupun pendarahan berlaku pada awal kehamilan, kemungkinan besar ia tidak akan mengganggu perkembangan anda dan bayi. Terdapat beberapa kes di mana segelintir wanita hamil mengalami pendarahan ‘on and off’ sepanjang kehamilan namun selamat melalui proses kelahiran bayi mereka. Perkara yang paling penting ialah untuk peka dengan perubahan tubuh anda serta melaporkan sebarang perkara yang tidak normal kepada doktor anda.

Apa yang harus dilakukan jika mengalami spotting awal kehamilan?

Seperti yang diakui oleh kebanyakan wanita hamil, pendarahan ringan atau spotting awal kehamilan bukanlah satu perkara yang harus dibimbangkan. Apabila keadaan ini berlaku;

Apa yang harus dilakukan jika mengalami spotting awal kehamilan

  • harus mengelakkan dari melakukan hubungan seksual,
  • perlu membersihkan vagina,
  • memasukkan tampon
  • Perkara yang harus dilakukan ialah merujuk doktor untuk mendapatkan kepastian tentang keadaan anda.
  • Perkara yang perlu dielakkan oleh anda sekiranya mengalami spotting ialah mengambil ubat-ubatan tanpa nasihat doktor untuk menghentikan pendarahan tersebut.
  • Sekiranya anda mengalami pendarahan disertai rasa tidak selesa atau sakit perut kekejangan dan sebagainya segera hubungi doktor anda.
  • Perkara yang perlu diperhatikan juga ialah keluar ketulan darah beku atau tisu pendarahan anda. Jika ini berlaku segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
  • Bagi yang mengalami spotting, amat penting untuk anda berehat dan;
  • Elakkan pekerjaan yang lasak atau berat.

Spotting awal kehamilan merupakan gejala yang biasa dihadapi dan tidak perlu dirisaukan. Yang paling penting ialah menjaga kesihatan diri dan mengamalkan gaya hidup serta pemakanan yang sihat.