Sindrom Amniotic Band (ABS)

Sindrom Amniotic Band Punca Bibir Sumbing Bayi

3 min bacaan

Terdapat pelbagai jenis nama atau istilah yang berbeza tentang keadaan kongenital ini. Di antaranya ialah sindrom amniotic band, penyempitan jalur ketuban, urutan jalur ketuban, displasia Streeter, jalur penyempitan congenital pada cincin, mutilasi lekatan ubah bentuk amniotik (ADAM).

Kantung ketuban menyerupai beg intrauterin di mana fetus akan berkembang. Kantung atau juga dikenali sebagai sac ini mempunyai penutup luar iaitu chorion dan membran dalam iaitu amnion. Dalam kebanyakan kes sekiranya amnion pecah, penutup luar chorion akan tetap kukuh. Apabila amnion pecah, helaian urat tisu-tisu yang pecah ini akan terapung di dalam cairan ketuban yang meliputi janin.

Anggota badan serta bahagian-bahagian yang ada pada janin yg boleh tersangkut dalam helaian urat-urat ini. Disebabkan janin tersebut terapung dan bergerak, cengkaman helaian urat ini akan menjadi lebih ketat sehingga mengganggu aliran darah yang mengalir ke bahagian tubuh janin. Akibatnya kecacatan akan berlaku terhadap anggota badan atau bahagian badan janin yang terikat dengan urat-urat tersebut.

Kesan Sindrom amniotic band (ABS)

Ciri-ciri sindrom amniotic band atau ABS ialah kecacatan teruk dan ringan. Di dalam sesetengah kes, helaian urat yang mengikat jari-jari kaki atau tangan janin akan menjadi sebahagian daripada anggota badan tersebut. Ini seterusnya mewujudkan jari-jari palsu yang perlu dibaiki melalui pembedahan.

Pembedahan terpaksa dilakukan kerana ingin mengeluarkan helaian urat yang memerangkap atau mengikat anggota badan janin. Amputasi anggota badan mungkin terpaksa dilakukan sekiranya keadaannya sangat teruk. Keadaan akan menjadi lebih berbahaya sekiranya helaian urat tadi mengganggu aliran bekalan darah ke anggota badan janin. Situasi ini mengakibatkan anggota badan janin tadi mati (nekrotik) dan terpaksa dipotong setelah bayi dilahirkan.

Pita ketuban yang melilit lengan, kaki dan jari-jari kaki akan membentuk seperti cincin yang disebut cincin penyempitan bahagian atas. Ini seterusnya menyebabkan hujung kaki janin membengkak. Sekiranya pita ketuban ini melilit leher janin, ia akan menyebabkan kecacatan seperti bibir sumbing atau lelangit sumbing.

Sindrom Amniotic Band

Jalur amniotik yang melilit kepala atau bahagian penting pada janin boleh menyebabkan komplikasi yang teruk sehingga menyebabkan kematian janin. Kecacatan berpunca daripada sindrom amniotic band bergantung kepada lokasi dan tahap lilitan yang berlaku. Berita baiknya ialah kebanyakan komplikasi berjaya dibaiki melalui pembedahan selepas kelahiran.

Diagnosis

Ibu-ibu hamil yang melalui situasi ini akan mengalami kelahiran yang sukar. Dalam sesetengah kes, sindrom amniotic band dapat dikesan melalui pembengkakan yang wujud di tubuh janin. Amnion biasanya akan pecah pada sekitar 28 hari sehingga 18 minggu sewaktu pertumbuhan fetus. Terdapat juga kes-kes terpencil di mana perkara ini tidak terjadi.

Rawatan Perubatan

Rawatan yang biasa disarankan oleh doktor ialah terapi fizikal jangka panjang. Sekiranya sindrom amniotic band berjaya dikesan semasa pertumbuhan awal janin, pembedahan akan dilakukan untuk mengelakkan kecacatan bayi. Walaubagaimanapun sekiranya ia melibatkan tali pusat atau organ penting bayi, pembedahan tidak akan dilakukan. Pembedahan janin biasanya dilakukan selepas tempoh tujuh bulan kehamilan.

Statistik yang menunjukkan sindrom amniotic band mampu menyebabkan keguguran adalah 1 nisbah 1200 kelahiran hidup. Kira-kira 50 peratus kecacatan kongenital berlaku termasuk bibir sumbing, celah lelangit ke arah clubfoot. Manakala 80 peratus keatas melembabkan tangan, jari dan kaki. Keadaan ini bukanlah satu penyakit genetik dan punca ia berlaku masih belum diketahui.

Bagaimanakah anda boleh tahu sekiranya anda mengalami sindrom amniotic band?

Melalui ujian ultrasound ibu mengandung boleh meminta doktor melakukan pemeriksaan menyeluruh untuk mengenalpasti sebarang anomali atau kecacatan janin. Perkara seperti pembengkakan pada anggota badan janin perlu diperhatikan semasa ujian ultrasound. Ini supaya ibu dapat bersedia dengan sebarang penyelesaian mengikut nasihat doktor.