Kebaikan Senaman Kegel Semasa Mengandung

3 min bacaan

Kebaikan Senaman Kegel Semasa Mengandung

Ramai yang berpendapat bahawa wanita hamil perlu mendapatkan rehat secukupnya dan tidak melakukan apa-apa pergerakan atau aktiviti senaman. Namun pakar perubatan khususnya bersetuju bahawa senaman ringan yang sesuai perlu dilakukan sepanjang kehamilan. Salah satu senaman yang boleh dilakukan oleh wanita hamil adalah senaman kegel.

Diperkenalkan oleh Doktor Arnold Kegel, senaman ini amat mudah dilakukan oleh wanita hamil dan ia berfungsi untuk menguatkan otot-otot pelvis.

Otot otot ini menampung uretra, pundi kencing, rektum, vagina dan rahim. Selain itu otot-otot ini digunakan semasa anda membuang air besar buang air kecil dan semasa mengalami orgasme. Otot-otot yang sama ini jugalah memainkan peranan yang penting semasa proses kelahiran bayi anda.

Senaman kegel berfungsi untuk menguatkan otot-otot pelvis anda, mengurangkan serta mencegah masalah kawalan pundi kencing sekiranya anda kehilangan kawalan pergerakan usus.

Senaman kegel juga dapat melegakan ketidakselesaan di pinggul anda. Oleh itu amat penting untuk anda melakukan pergerakan senaman kegel dengan betul. Selain itu anda juga perlu mengenalpasti otot-otot anda yang tidak selesa. Sekiranya anda hanya melakukan senaman kegel tanpa mengenalpasti otot yang bermasalah, ia tidak akan memberikan sebarang kebaikan.

Anda perlu menegangkan otot di sekitar bukaan uretra dan cuba untuk menariknya ke atas dan ke dalam. Mungkin anda boleh berpura-pura sedang membuang air kecil dan mana hentikan aliran air kencing anda.

Anda juga boleh lakukan ini semasa anda di tandas dan ingin benar-benar menghentikan pengeluaran air kencing anda.

Anda perlu tahu tentang apakah kaedah yang boleh anda lakukan untuk cuba menarik otot-otot pelvis anda. Anda juga boleh menyekat kawasan rektum seolah-olah anda sedang cuba menghentikan laluan gas. Perbuatan ini akan menggunakan otot yang sama. Anda boleh cuba untuk melakukan senaman yang melibatkan otot tiga kali setiap hari.

Pergerakan seterusnya dalam senaman kegel ialah dengan menguncupkan otot dalam kiraan satu hingga empat, kemudian melihatkannya perlahan-lahan juga dalam kiraan satu hingga empat. Sekiranya otot anda lemah, anda mungkin hanya akan dapat menguncupkan otot anda dalam kiraan dua sahaja. Pergerakan ini perlu diulangi sebanyak 10 kali untuk satu-satu sesi senaman. Pergerakan ini perlu diulang 3 sesi setiap hari.

Anda boleh melakukan senaman kegel ini di hadapan cermin atau hanya teknik pergerakan anda dengan menggunakan tangan. Mengapakah ini perlu dilakukan di hadapan cermin?

Ini adalah untuk memastikan bahawa anda tidak menggunakan otot mainan di perut dan punggung untuk melakukan pergerakan yang sama.

Sekiranya anda melakukan senaman dengan betul, anda tidak akan dapat merasai perut atau punggung menguncup semasa melakukan senaman kegel.

Jadi apakah yang boleh menyebabkan otot pelvis anda menjadi lemah? Seperti otot lain, otot pelvis anda akan menjadi lemah sekiranya ia jarang digunakan. Tahukah anda apabila otot meregang sebagai contohnya selepas kelahiran boleh menjadi lemah.

Faktor-faktor lain yang boleh menjadikan otot anda melemah adalah usia, monopause, diabetes, berat badan yang berlebihan, mengangkat barang yang berat dengan kerap serta jangkitan saluran kencing yang berulang.

Senaman kegel telah dikenalpasti dapat membaiki keadaan otot yang lemah seperti yang disebutkan di atas. Anda akan dapat mengecap hasil yang baik hanya dalam beberapa minggu sahaja. Walau bagaimanapun, anda masih memerlukan antara tiga hingga empat bulan untuk melihat peningkatan yang lebih banyak apabila melakukan senaman kegel setiap hari.

Senaman ini hanya mengambil masa empat hingga lima minit dan dilakukan sebanyak 3 kali setiap hari.

Anda boleh melakukan senaman ini pada bila-bila masa dan di mana sahaja dan tiada siapa akan perasan apa yang anda sedang lakukan. Anda boleh melakukannya sambil memandu, menaip di komputer anda, sebelum bangun tidur, sambil menukar lampin bayi atau makan malam.

Pastikan untuk tidak menguncupkan otot lain di punggung, perut atau kaki kerana ia boleh memberi tekanan yang besar otot yang mengawal pundi kencing anda seterusnya memburukkan keadaan. Adalah penting untuk tidak menahan nafas semasa melakukan senaman ini.

Apabila melakukan senaman kegel, anda dapat melindungi diri dan otot pelvis anda dari lebih banyak kerosakan. Anda boleh menggerakkan badan anda ke hadapan sebelum bersin, mengangkat barang yang berat atau melompat. Tekanan mendadak akibat perkara-perkara ini boleh mencederakan otot pelvis anda.

Oleh itu, otot pelvis anda dengan kuat dan bertahan sehingga selepas anda bersin, mengangkat barang yang berat atau melompat.