Antara Seks Ketika Hamil Dan Ketidakpastian Amat Dikesali

3 min bacaan

Perkara yang biasa dibincangkan dengan doktor anda semasa lawatan rutin kehamilan ialah gejala-gejala kehamilan yang anda lalui. Salah satu isu yang biasa ditanya oleh doktor anda ialah aktiviti seksual anda bersama pasangan semasa trimester pertama kehamilan anda. Banyak majalah dan perbincangan tentang seks sebelum kehamilan dan selepas bersalin.

Namun perbincangan yang menyeluruh tentang seks ketika hamil juga sama pentingnya dengan gejala-gejala lain yang dilalui semasa hamil. Aktiviti seksual dan mengadakan hubungan seks sebenarnya dua perkara yang berbeza. Aktiviti seksual bersifat lebih lembut yang juga dikenalpasti sebagai persetubuhan antara anda dan pasangan. Hubungan seks pula mungkin tidak melibatkan penembusan.

Seks Trimester Pertama Selamat?

Aktiviti seksual semasa trimester pertama adalah selamat bagi wanita hamil dan bayinya, selagi anda tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan yang serius semasa kehamilan. Sekiranya anda dan pasangan anda selesa dan tidak berasa keberatan, maka aktiviti seksual semasa kehamilan adalah perkara yang tidak berisiko.

Situasi di mana seks ketika hamil tidak dibenarkan

Situasi di mana seks ketika hamil tidak dibenarkan

Terdapat beberapa keadaan di mana sebarang aktiviti seks ketika hamil tidak dibenarkan semasa fasa kehamilan anda. Antaranya ialah jika anda mempunyai

  • serviks yang tidak kompeten (serviks yang melebar lebih awal dan boleh menyebabkan kelahiran awal bayi),
  • kelahiran pra-matang,
  • pasangan yang dikenalpasti mempunyai STD,
  • anda mengalami kekejangan yang serius, mempunyai sejarah kelahiran pra-matang,
  • plasenta previa,
  • kehamilan kembar,
  • air ketuban pecah atau berisiko mengalami keguguran.

Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk tidak mengadakan hubungan seks ketika hamil dengan pasangan yang anda tidak kenali kerana risiko jangkitan yang boleh membahayakan bayi anda. Jika anda melakukan seks oral, pastikan pasangan anda tidak meniup udara ke dalam faraj anda kerana ia boleh menyebabkan embolisme udara dan menyebabkan kematian bayi dan ibu.

Ada juga sesetengah individu (ibu atau ayah) yang tidak mahu melakukan aktiviti seksual kerana bimbangkan keselamatan bayi dalam kandungan. Mereka percaya bahawa seks ketika hamil akan mencederakan bayi atau membuat ibu berasa sakit. Selain itu, wanita hamil juga enggan melakukan hubungan intim bersama pasangan mereka kerana mereka berasa diri mereka tidak lagi menarik (kerana kenaikan berat badan serta perut yang semakin membesar).

bimbangkan keselamatan bayi dalam kandungan seks ketika hamil

Fakta seks ketika hamil

Penting untuk anda tahu bahawa seks ketika hamil tidak akan menyakitkan bayi, zakar tidak akan menghampiri bayi anda langsung dan air mani hanya akan menjadi masalah pada minggu-minggu terakhir kehamilan kerana mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kelahiran pramatang. Hubungan intim semasa hamil sama sekali tidak akan menyakitkan ibu, cuma mungkin anda boleh mencuba posisi berbeza kerana saiz perut ibu yang semakin membesar.

Jika ibu berasa diri mereka tidak lagi menarik kerana peningkatan berat badan, tahukah anda bahawa pasangan anda berasa gembira melakukan hubungan intim dengan ibu kepada bayinya? Jadi, anda tidak perlu berasa takut atau risau tentang hubungan seks ketika hamil kerana ia selamat untuk anda.

Beberapa perkara mungkin akan bermain di fikiran anda dan pasangan ketika ingin melakukan hubungan seksual bersama. Persediaan dari segi emosi, kepercayaan antara kedua-dua anda serta faktor fizikal memainkan peranan yang penting jika anda berfikir untuk mengelakkan hubungan intim sepanjang kehamilan.

Fakta seks ketika hamil 

Kebanyakan pasangan akan mengurangkan hubungan mesra mereka bersama pada trimester pertama kerana keadaan ibu yang letih dengan gejala-gejala seperti mual atau muntah-muntah. Ada yang juga berlarutan hingga trimester kedua, di mana aktiviti seksual sangat jarang dilakukan bersama.

Namun penting untuk anda tahu bahawa aktiviti seksual pada trimester akhir kehamilan sangat membantu untuk anda bersedia lalui proses kelahiran. Selain daripada ia memberikan kegembiraan kepada kedua pihak, pelinciran faraj dan orgasme yang dialami oleh wanita hamil boleh memudahkan proses bersalin.

Sesetengah wanita hamil bersetuju bahawa, fasa terakhir kehamilan mereka diisi dengan ‘happy hour’ yang bermaksud aktiviti seksual untuk mempersiapkan serviks dan rahim menghadapi kelahiran yang mungkin akan berlaku pada bila-bila masa apabila tanda-tanda bersalin timbul.