Punca dan Rawatan Sakit Tulang Rusuk Ketika Hamil

3 min bacaan

Mempunyai pengetahuan asas tentang gejala-gejala yang mungkin akan dihadapi semasa hamil adalah penting bagi setiap wanita supaya persediaan awal (fizikal dan mental khususnya) dapat dilakukan. Sakit tulang rusuk ketika hamil yang biasanya dialami pada trimester terakhir oleh kebanyakan wanita hamil.

Terdapat beberapa punca yang menyebabkan anda terpaksa melalui keadaan ini. Artikel ini akan membincangkan faktor-faktor yang menyebabkan sakit tulang rusuk ketika hamil dan rawatan yang boleh dilakukan untuk melegakannya.

Punca-punca sakit tulang rusuk ketika hamil

Rahim yang semakin membesar

Perubahan yang berlaku pada tubuh anda semasa hamil akan menyebabkan sakit tulang rusuk ketika hamil. Rahim anda akan membesar untuk menampung bayi yang juga semakin berkembang dan membesar. Otot perut akan diregangkan serta memberi tekanan yang lebih pada otot interkostal yang membuatkan anda mengalami kesukaran bernafas. Terdapat situasi di mana wanita hamil yang hamil bayi yang besar atau mempunyai pinggan yang pendek, akan berhadapan dengan risiko patah tulang rusuk semasa hamil.

Perubahan hormon

Hormon di dalam badan ibu hamil seperti progestron boleh membuatkan anda berasa sakit di bahagian tulang rusuk anda. Ia membantu untuk melonggarkan ligamen seterusnya menyediakan badan ibu untuk menampung pertumbuhan bayi di dalam rahim. Dalam masa yang sama, peningkatan hormon progesteron dan estrogen menyebabkan peningkatan aliran darah ke payudara seterusnya menyebabkan ia menjadi lebih sensitif dan lembut.

Selain itu pengeluaran susu untuk bayi juga membuatkan payudara besar dua kali ganda dari biasa. Ketegangan yang dirasai di kawasan payudara akan menyebabkan rasa sakit di tulang rusuk. Oleh kerana payudara yang semakin membengkak menjadi lebih berat, ia memberikan tekanan tambahan pada bahu, punggung serta tulang rusuk anda yang akan menyebabkan rasa sakit di semua bahagian ini.

Tekanan dan kegelisahan melampau

Semasa hamil, kebanyakan wanita akan berasa risau tentang keadaan dirinya serta bayi dalam kandungan. Ini membuatkan mereka berasa tertekan dan gelisah hampir setiap masa dan gejala-gejala seperti kesukaran bernafas, sakit perut, sakit bahu dan juga sakit tulang rusuk ketika hamil mungkin akan terjadi.

Perubahan hormon sakit tulang rusuk ketika hamil

Jangkitan pada saluran kencing

Jangkitan pada saluran kencing adalah antara punca sakit tulang rusuk di kalangan wanita hamil. Keadaan ini akan menyebabkan bau air kencing yang busuk serta sakit pada tulang rusuk semasa ingin buang air. Rujuklah doktor anda untuk mendapat rawatan dengan segera.

Kesakitan dari diafragma

Peningkatan rahim akan memberi tekanan pada diafragma seterusnya menyebabkan kesukaran bernafas. Terdapat banyak saraf di kawasan diafragma yang dapat menyebabkan rasa sakit di tulang rusuk dan bahu wanita hamil.

Rawatan dan ubat yang sesuai

Rawatan dan ubat sakit tulang rusuk ketika hamil
  • Pengambilan ubat tahan sakit yang sesuai seperti tylenol atau acetaminophen perlu mendapat pengesahan dari doktor dahulu. Jika gejala ini menjadi lebih teruk segera rujuk doktor anda untuk pemeriksaan lanjut.
  • Selain pengambilan ubat-ubatan untuk melegakan rasa sakit tulang rusuk ini, senaman ringan seperti yoga serta latihan pernafasan juga dapat membantu mengurangkan tekanan dan kesakitan.
  • Memilih bra yang sesuai juga antara kaedah yang boleh dilakukan oleh anda untuk mengurangkan tekanan yang disebabkan oleh payudara anda, seterusnya melegakan rasa sakit tulang rusuk.
  • Mengubah posisi tidur dan duduk juga membantu mengurangkan sakit tulang rusuk. Berbaring di sisi kiri badan dan bengkokkan sebelah lutut dapat menampung si kecil dalam perut anda. Letakkan bantal di bawah perut dan pinggang juga dapat mengurangkan sebahagian daripada tekanan di pinggang dan pinggul.
  • Meletakkan pek ais di tulang rusuk yang sakit dan meletakkan tangan di atas kepala pada masa yang sama membantu menghilangkan rasa sakit jika dilakukan beberapa kali setiap hari.

Jangan risau kerana sakit tulang rusuk ketika hamil bukanlah gejala yang membahayakan jika dirawat dengan segera. Pemakanan yang sihat, senaman ringan yang sesuai dan rehat yang mencukupi akan membantu anda lalui fasa kehamilan anda dengan tenang dan selamat.