12 Sebab Ibu Sakit Perut Semasa Mengandung (ADA BAHAYA TAK?)

3 min bacaan

Setiap wanita akan melalui keadaan atau pengalaman yang berbeza semasa kehamilan mereka. Namun ramai bersetuju bahawa mereka akan mengalami sakit perut semasa mengandung, namun ia mungkin berlaku di kawasan yang berbeza mengikut individu itu sendiri. Berikut beberapa faktor yang menyebabkan sakit perut semasa mengandung.

Sakit perut semasa mengandung

Antara punca sakit perut semasa mengandung termasuk:

Kehamilan Ektopik

Keadaan ini disebabkan oleh implantasi ovum yang berlaku di luar rahim, mungkin di dalam tiub fallopio. Pendarahan juga mungkin akan berlaku tanpa disedari. Ovum yang disenyawakan mungkin pecah seterusnya menyebabkan komplikasi lain.

Keguguran

Pendarahan serta sakit perut yang tajam pada 20 minggu pertama kehamilan adalah petanda keguguran. Antara gejala yang akan dialami ialah spotting atau pendarahan ringan, diikuti sakit perut yang tajam. Wanita hamil akan mengalami tahap dan tempoh kesakitan yang berbeza.

Pre-eklamsia

Ia berpunca daripada tahap tekanan darah tinggi semasa kehamilan dan melibatkan banyak organ penting seperti hati, otak, ginjal dan plasenta. Keadaan ini sering berlaku semasa trimester kedua atau ketiga. Wanita hamil mungkin akan mengalami pembengkakan pada tangan, wajah dan kaki.

Sindrom HELLP

Sindrom ini adalah gangguan yang berlaku pada 3 bulan terakhir kehamilan. HELLP ialah ‘hemolisis, enzim hati yang tinggi dan jumlah platelet yang rendah’. Seseorang wanita hamil yang menghidap sindrom ini akan mengalami kesakitan yang teruk di bahagian kanan atas perut. Sindrom ini menyebabkan pre-eklamsia kerana ia meningkatkan kadar tekanan darah dan protein dalam air kencing. Selain itu, anda juga mungkin akan menderita pembekuan darah dan anemia akibat sindrom HELLP ini.

Kontraksi Braxton Hicks

Kontraksi Braxton Hicks sakit perut semasa mengandung

Ia biasa berlaku pada trimester ketiga kehamilan. Antara gejala yang akan dialami oleh wanita hamil akan berasa rahim mereka semakin mengetat, sakit belakang, dan sakit di bawah perut. Anda mengalami pengecutan yang tidak teratur serta kesakitan yang ringan.

Kelahiran pramatang

Kelahiran belum cukup tempoh atau berlaku sebelum minggu ke-37 kehamilan dianggap sebagai kelahiran pramatang. Antara gejala yang mungkin akan dialami ialah rasa sakit di dalam perut berserta pendarahan yang berlaku secara berkala, dan berbeza dengan gejala kelahiran normal.

Jangkitan pundi kencing

Jangkitan pundi kencing adalah antara punca sakit perut di kalangan wanita hamil. Keadaan ini akan menyebabkan bau air kencing yang busuk dan adakalanya mengandungi darah serta kekejangan perut. Keadaan ini boleh berjangkit ke buah pinggang juga. Wanita hamil juga mungkin akan berasa demam tinggi, menggigil, berpeluh, mual, muntah dan sakit perut (ringan atau teruk).

Batu hempedu

Semasa kehamilan, organ ini tidak berfungsi dengan baik dan tidak dapat membentuk batu hempedu atau kolelitiasis yang seterusnya meyebabkan gangguan perncernaan.

Apendiks

Apendiks sakit perut semasa mengandung

Pembesaran rahim semasa kehamilan akan menyebabkan radang usus yang membuatkan seseorang wanita hamil itu berasa sakit perut semasa mengandung khusus di bahagian atas perut. Masalah usus yang timbul perlu dirawat dengan segera untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang akan timbul semasa kelahiran.

Masalah ligamen bulat

Kebanyakan wanita hamil mungkin mengalami kekejangan perut kerana regangan ligamen yang mungkin berlaku pada trimester kedua. Ia berlaku kerana ligamen yang menampung rahim meregang dan menebal seterusnya menyebabkan sakit perut semasa mengandung yang ringan tetapi tidak tetap; adakala sekejap atau lama.

Masalah gas dan pencernaan

Keadaan kembung perut atau ‘gassy’ adalah perkara biasa yang dialami oleh wanita hamil. Pencernaan yang lembat atau tidak berlaku dengan betul boleh menyebabkan kesakitan. Tekanan dari rahim ke atas perut dan usus juga merupakan salah satu punca sakit di bahagian atas perut.

Sembelit

Sembelit semasa kehamilan adalah perkara biasa yang berlaku. Perubahan hormon melambatkan pergerakan usus seterusnya menyebabkan sembelit. Gejala ini adalah mimpi ngeri di kalangan wanita hamil boleh diubati dengan nasihat doktor.

Sakit perut semasa mengandung tidak dapat dielakkan, namun keadaan ini adalah perkara biasa dan normal. Anda perlu selalu berjumpa dan merujuk doktor anda untuk memahami keadaan tubuh dan kandungan anda.