9 Punca Sakit Perut Ketika Hamil Bersama 5 Rawatan Di Rumah

9 Punca Sakit Perut Ketika Hamil Bersama 5 Rawatan Di Rumah

4 min bacaan

Mana-mana wanita pasti bersetuju bahawa kehamilan adalah pengalaman yang dinanti-nantikan. Namun pelbagai perkara yang tidak dijangkakan perlu dihadapi sepanjang fasa kehamilan. Masalah atau komplikasi yang menyebabkan ketidakselesaan dialami oleh kebanyakan wanita hamil. Antaranya ialah sakit perut ketika hamil. Gangguan ini akan membuat seseorang wanita hamil itu berasa risau tentang keadaan bayinya.

Punca yang menyebabkan sakit perut ketika hamil

Punca yang menyebabkan sakit perut ketika hamil

Sakit perut ketika hamil yang ringan adalah perkara biasa semasa kehamilan. Namun jika ia diiringi dengan pendarahan, kekejangan dan rasa sakit perut yang tajam, pemeriksaan segera perlu dilakukan. Keadaan ini akan mempengaruhi perkembangan bayi dalam kandungan. Berikut adalah antara punca sakit perut ketika hamil yang teruk:

Keguguran

Pendarahan serta sakit perut yang tajam pada 20 minggu pertama kehamilan adalah petanda keguguran. Wanita hamil akan mengalami tahap dan tempoh kesakitan yang berbeza.

Kontraksi Braxton Hicks

Ia biasa berlaku pada trimester ketiga kehamilan. Antara gejala yang akan dialami oleh wanita hamil akan berasa rahim mereka semakin mengetat, sakit belakang, dan sakit di bawah perut. Keadaan ini adalah persiapan atau latihan untuk tubuh anda sebelum kelahiran.

Kehamilan ektopik

Keadaan ini disebabkan oleh implantasi ovum di luar rahim mungkin di dalam tiub fallopio. Sakit perut akan dirasai pada minggu ke 6 hingga ke 7 kehamilan. Penggantian ovum dan rawatan awal dapat menyembuhkan gangguan ini.

Sembelit

Sembelit punca sakit perut ketika hamil

Sembelit semasa kehamilan adalah perkara biasa yang berlaku. Perubahan hormon melambatkan pergerakan usus seterusnya menyebabkan sembelit. Wanita hamil yang mengalami sembelit akan berasa sakit perut serta menderita buasir. Gejala ini adalah mimpi ngeri di kalangan wanita hamil boleh diubati dengan nasihat doktor.

Kelahiran pramatang

Kelahiran belum cukup tempoh atau berlaku sebelum minggu ke-37 kehamilan dianggap sebagai kelahiran pramatang. Antara gejala yang mungkin akan dialami ialah rasa sakit di dalam perut berserta pendarahan yang berlaku secara berkala, dan berbeza dengan gejala kelahiran normal.

Jangkitan pundi kencing

Jangkitan pundi kencing adalah antara punca sakit perut di kalangan wanita hamil. Keadaan ini akan menyebabkan bau air kencing yang busuk serta kekejangan perut. Rujuklah doktor anda untuk mendapat rawatan dengan segera.

Penyimpangan plasenta

Wanita hamil yang mengalami keadaan ini akan berasa sakit perut yang teruk dan tajam. Ia berlaku kerana plasenta terpisah dari rahim sebelum kelahiran. Ini menyebabkan pendarahan yang teruk, kontraksi yang menyakitkan serta rahim yang menjadi lembut.

Penyimpangan plasenta sakit perut ketika hamil

Masalah ligamen bulat

Kebanyakan wanita hamil mungkin mengalami kekejangan perut kerana regangan ligamen yang mungkin berlaku pada trimester kedua. Ia berlaku kerana ligamen yang menampung rahim meregang dan menebal seterusnya menyebabkan sakit perut yang ringan tetapi tidak tetap; adakala sekejap atau lama. Gangguan ini juga berlaku ketika bangun dari katil atau kerusi, batuk atau ketika berbaring di katil.

Pre-eklamsia

Ia berpunca daripada tahap tekanan darah tinggi semasa kehamilan dan melibatkan banyak organ penting seperti hati, otak, ginjal dan plasenta. Wanita hamil mungkin akan mengalami pembengkakan pada kaki, wajah dan tangan. Keadaan ini mungkin akan membuatkan anda berasa tidal selesa, serta sakit perut atas dan bawah, sakit kepala yang teruk, mual dan muntah dan gangguan penglihatan.

Selain perkara-perkara di atas, terdapat punca lain seperti jangkitan virus pada perut, batu karang di ginjal atau pundi hempedu, radang pankreas dan usus tersumbat. Batu karang yang muncul d hempedu sering terjadi semasa kehamilan. Ia boleh menyebabkan penyakit pundi hempedu dan pankreatitis. Rahim yang semakin berkembang akan memberi tekanan pada tisu usus yang berpenyakit. Ini seterusnya menyulitkan keadaan mungkin membahayakan tubuh wanita hamil.

Sakit perut ketika hamil tidak dapat dielakkan, namun keadaan ini adalah perkara biasa dan normal. Anda perlu selalu berjumpa dan merujuk doktor anda untuk memahami keadaan tubuh dan kandungan anda.

Rawatan sakit perut ketika hamil yang boleh dijalankan di rumah

Jika anda mengalami rasa sakit perut ketika hamil yang teruk, rujuklah doktor anda dengan segera. Antara nasihat doktor untuk wanita hamil yang mengalami keadaan ini ialah untuk berehat di rumah. Rawatan di rumah yang boleh dilakukan ialah menggunakan herba yang sesuai.

Antaranya ialah:

Rawatan sakit perut ketika hamil yang boleh dijalankan di rumah

  1. Daun raspberry yang kaya dengan kalsium zat besi dan magnesium yang dapat mengurangkan rasa sakit sebelum kelahiran. Akar halia juga antara ramuan lain yang berfungsi sebagai ubat yang baik untuk sembelit.
  2. Daun jelatang pula adalah ubat yang baik untuk menyembuhkan keletihan otot dan sakit perut.
  3. Anda juga boleh legakan sakit perut ketika hamil dengan minum segelas air yang dicampur dengan 1 sudu besar jus pudina, jus limau nipis, secubit garam hitam dan 4 titis jus halia.
  4. Untuk menghilangkan angin dengan efektif, anda perlu minum air yang banyak semasa hamil.
  5. Urutan ringan juga boleh dilakukan untuk berasa selesa dan nyaman semasa kehamilan anda.

Anda perlu berjumpa dan mendapatkan nasihat doktor sebelum memilih apa-apa jenis ubat herba yang boleh melegakan ketidakselesaan anda.

Adalah penting untuk peka dengan sebarang perubahan dan ketidakselesaan yang tubuh anda alami semasa hamil. Dapatkan rawatan serta kepastian daripada doktor anda sekiranya mengalami sebarang gejala yang membahayakan. Tempoh kehamilan bukanlah masa untuk anda berasa tertekan tetapi harus dinikmati dengan penuh kegembiraan.