Jangan Salah Faham Sakit Payudara Ketika Hamil

3 min bacaan

Anda akan melalui beberapa perubahan yang baharu seperti kencing yang lebih kerap, perubahan mood atau sakit payudara ketika hamil. Setiap wanita hamil akan melalui perubahan payudara yang berbeza-beza yang menunjukkan dia bukan lagi wanita normal tetapi seorang ibu yang sedang hamil. Pandangan masyarakat atau orang di sekeliling anda akan berubah, begitu juga perubahan drastik akan dialami oleh tubuh anda.

Namun anda tidak perlu risau kerana ia adalah perkara biasa yang akan dialami oleh kebanyakan wanita hamil. Selain itu, anda juga mungkin akan berasa lebih sensitif, pembengkakan dan sakit payudara ketika hamil. Keadaan ini bergantung usia dan bilangan kehamilan seorang wanita itu. Sekiranya ini adalah kehamilan anda yang pertama, maka anda akan berasa payudara anda lebih lembut daripada sebelumnya.

Punca sakit payudara ketika hamil

Punca sakit payudara ketika hamil 

Kelahiran bayi adalah keajaiban yang dinanti-nantikan oleh setiap wanita. Pelbagai perubahan akan dialami oleh wanita hamil dari segi fizikal dan mental. Ini adalah antara sebab mengapa payudara wanita hamil menjadi lebih lembut dari sebelumnya.

Tubuh anda sedang bersedia untuk berubah bagi menampung tumbesaran bayi di dalam kandungan. Peningkatan hormon progesteron dan estrogen menyebabkan peningkatan aliran darah ke payudara seterusnya menyebabkan ia menjadi lebih sensitif dan lembut.

Selain itu, pengeluaran susu untuk bayi juga membuatkan payudara besar dua kali ganda dari biasa. Pembentukan saluran susu yang menyebabkan pengembangan lapisan lemak tambahan di bawah payudara anda adalah salah satu punca pembengkakan yang dialami oleh payudara anda semasa kehamilan.

Ini adalah kesan dari saluran susu ibu dan sistem alveolar di dalam tubuh berikutan peningkatan hormon secara drastik.

Gejala-gejala lain yang dialami semasa kehamilan

Gejala-gejala lain yang dialami semasa kehamilan

Selain daripada sakit payudara ketika hamil dialami oleh kebanyakan wanita, terdapat beberapa gejala lain yang turut dialami semasa awal kehamilan. Keadaan ini mungkin bermula dari minggu ke-4 hingga minggu ke-6. Berikut adalah gejala-gejala lain yang dialami semasa kehamilan.

  • pertambahan saiz
  • puting dan areola yang membesar serta berwarna lebih gelap
  • payudara menjadi lebih lembut dan lebih sensitif
  • payudara berasa sakit apabila disentuh
  • urat-urat kelihatan di payudara disebabkan peningkatan aliran darah
  • kemunculan kelenjar Montgomery di permukaan areola anda.
  • pengeluaran kolostrum iaitu susu pertama dari payudara yang berwarna kekuningan. Ia adalah susu yang akan diberikan kepada bayi anda sebaik kelahiran. Pengeluaran kolostrum ini mungkin akan dialami oleh setiap wanita hamil pada bila-bila masa sepanjang fasa kehamilan.
  • payudara berasa kebas atau terbakar.

Cara melegakan sakit payudara ketika hamil

Cara melegakan sakit payudara ketika hamil 

Gejala-gejala ini tidak dapat dielakkan oleh wanita hamil. Anda boleh cuba menyesuaikan diri dengan perubahan payudara ini kerana bagi memudahkan tempoh kehamilan anda. Perkara pertama yang perlu anda lakukan untuk meredakan sakit payudara ketika hamil yang sangat sensitif ialah:

  • Mendapatkan bra yang selesa.
  • Elakkan memakai bra yang mempunyai besi bagi mengelakkan saluran susu dan bekalan darah tersumbat. Ia juga kerana payudara anda akan membengkak dan membesar sehingga dua kali ganda saiz normal. Adakah anda tahu bahawa berat payudara anda menyumbang sekitar 0.45 hingga 1.36 kg dari jumlah kenaikan berat badan anda? Anda boleh mendapatkan bra yang direka khas wanita hamil dari kedai yang menjual kelengkapan wanita hamil serta selepas bersalin. Memakai pakaian yang sesuai juga bra yang selesa adalah antara cara untuk mengurangkan ketidakselesaan pembengkakan payudara anda.
  • Selain itu, anda juga boleh mandi air panas dan membiarkan air suam mengalir ke payudara anda.
  • Sekiranya anda mengalami rasa panas atau terbakar di payudara anda, lapkan kawasan tersebut menggunakan kain sejuk.

Anda mungkin akan mengalami ketidakselesaanatau berasa terganggu dengan perubahan ini. Jangan berasa tertekan dengan keadaan ini kerana ia adalah sebahagian daripada perubahan untuk tumbesaran bayi anda.