Sakit Paha Ketika Hamil: Punca, Gejala dan Rawatan

3 min bacaan

Sepanjang fasa kehamilan, wanita akan mengalami pelbagai gejala akibat perubahan hormon yang terjadi pada tubuhnya. Salah satu darinya ialah sakit paha ketika hamil. Kesan sampingan ini adalah perkara biasa yang dialami wanita hamil. Ia disebabkan peningkatan hormon serta kenaikan berat badan dan rahim yang semakin berkembang.

Gejala ini berlaku pada trimester terakhir, dan adalah penting untuk setiap wanita mengetahui punca sakit paha ketika hamil. Dengan ini langkah-langkah yang perlu dan yang sesuai boleh diambil supaya dapat melegakan ketidakselesaan semasa kehamilan.

Punca sakit paha ketika hamil

Keadaan ini boleh berlaku pada bila-bila tempoh semasa hamil, setiap wanita hamil akan melaluinya pada tahap yang berbeza. Disfungsi kemaluan simfisis atau dikenali sebagai SPD, adalah keadaan yang disebabkan oleh ligamen tetap yang berada di kedua sisi tulang pelvis, penyokong pubic symphysis di kemaluan berehat kerana wujudnya hormon ‘relaxin’. Ini seterusnya melembutkan ligamen supaya bayi dapat dilahirkan dengan mudah. Terdapat beberapa keadaan di mana ligamen mungkin melonggar dan menjadikan sendi pelvis tidak stabil.

Punca sakit paha ketika hamil

Sakit paha ketika hamil mungkin disebabkan oleh keadaan yang dikenali sebagai Sciatica atau neuralgia sciati. Ia terjadi apabila saraf sciatic yang berada di bahagian bawah kaki tersepit. Sebab utama berlakunya tekanan ini ialah peningkatan ukuran rahim semasa kehamilan. Antara gejala yang sering dialami oleh wanita hamil menderita Sciatica adalah rasa kesemutan atau kebas di kawasan yang terjejas disertai rasa sakit. Kesakitan yang disebabkan oleh Sciatica biasanya akan hivlang semasa kehamilan, disebabkan oleh perubahan kedudukan bayi di dalam rahim.

Gejala sakit paha ketika hamil

Wanita hamil mungkin akan berasa sakit yang luar biasa di pelvis, pinggul dan di pangkal paha apabila berdiri, berjalan atau menggerakkan kaki. Antara gejala SPD ialah kesakitan dan ketidakselesaan ketika menggerakkan kaki, seolah-olah merasai tulang-tulang anda sedang berlaga dan membuat bunyi ‘klik’ semasa bergerak atau berjalan.

Rasa sakit di punggung, bahagian kaki bawah, dan di sepanjang paha adalah antara gejala yang mungkin akan anda alami. Gejala yang mungkin berlaku akibat sciatica ialah rasa kebas, sakit di sisi badan atau rasa kesemutan di bahagian yang terjejas.

Rawatan untuk sakit di paha

Jika anda mengalami gejala-gejala ini semasa kehamilan, anda perlu segera hubungi doktor untuk rawatan lanjut. Sekiranya anda disahkan mengidap SPD, anda disarankan untuk merujuk pakar fisioterapi obstetrik untuk mendapatkan rawatan klinikal. Untuk menghilangkan rasa sakit, doktor akan menasihatkan seseorang wanita hamil itu memakai tali pinggang pelvis, yang membantu menjaga tulang untuk kekal di posisi yang tepat serta melegakan rasa sakit.

Cara kedua ialah melakukan senaman tertentu semasa hamil seperti miring pelvis atau senaman kegels. Kedua-dua cara ini dapat menguatkan otot-otot di kawasan pelvis dan membantu menstabilkan sendi pinggul. Langkah terakhir ialah sentiasa berhati-hati dan tidak mengangkat barang yang berat atau berdiri selama berjam-jam. Ini akan membantu melegakan sebarang ketidakselesaan dan mengelakkan rasa sakit paha ketika hamil.

Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan sciatic pula adalah meletakkan pek panas di kawasan yang terjejas. Ubat anti radang bukan steroid juga boleh diambil dengan nasihat dan di bawah pemantauan doktor anda. Anda juga boleh cuba untuk mandi air suam atau tidur posisi yang berbeza. Kenal pasti kawasan mana yang sakit, dan legakan ia dengan cara-cara di atas.

Rawatan untuk sakit di paha

Seseorang wanita hamil perlu mendapatkan rehat yang cukup serta tidur yang nyenyak bagi mengurangkan semua kesan sampingan atau gejala yang tidak selesa ini. Oleh itu anda boleh membentuk rutin senaman ringan atau melakukan beberapa teknik relaksasi yang dapat membantu meredakan rasa sakit anda. Sakit paha ketika hamil adalah perkara sementara, dan ia akan hilang selepas kelahiran bayi.

Keadaan ini mungkin akan menambahkan gejala yang tidak selesa bagi ibu, namun anda boleh berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat dan pandangan bagaimana untuk menangani gejala ini. Tips-tips di atas akan dapat membantu anda melalui kehamilan anda dengan selesa tanpa rasa sakit yang mengganggu pengalaman berharga anda.