Sakit Kaki Ketika Hamil: Punca, Jenis & Tips Rawatan

3 min bacaan

Pertambahan berat badan semasa hamil adalah perkara normal kerana ia adalah kombinasi berat badan anda dan bayi serta mengandungi cecair berkaitan seperti air ketuban. Oleh itu, ini menyebabkan anda mengalami kekejangan atau sakit kaki ketika hamil akibat tekanan pada kaki yang menampung berat tambahan semasa hamil.

Apakah punca sakit kaki ketika hamil?

Sakit kaki ketika hamil berlaku apabila otot kaki menguncup secara tiba-tiba. Ketegangan otot, kekurangan cecair dalam badan, gangguan peredaran darah, pergerakan badan yang terhad serta tekanan yang terjadi pada tubuh anda. Keadaan ini sangat menyakitkan dan sering dialami oleh wanita hamil. Pengembangan ukuran rahim memberi tekanan yang berlebihan pada sistem peredaran darah dan saluran darah yang bergerak dari kaki ke jantung.

Apakah punca sakit kaki ketika hamil

Tips rawatan sakit kaki ketika hamil

  • melakukan senaman betis seperti meregangkan betis, memusingkan pergelangan kaki dan menggerakkan jari-jari kaki selama beberapa minit untuk meningkatkan stamina otot kaki.
  • berjalan secara berkala untuk memastikan otot kaki kekal aktif. Aktiviti ini adaah sangat penting bagi setiap wanita hamil.
  • minum air dengan banyak perlu bagi mengelakkan dehidrasi yang seterusnya menyebabkan kekejangan kaki. Selain itu, anda dinasihatkan untuk mengurangkan pengambilan kafein seperti minuman ringan, minuman diet, teh, dan kopi kerana ia akan membahayakan anda dan bayi.
  • mandi air suam sebelum tidur untuk merehatkan otot-otot badan serta dapat mengelakkan kekejangan kaki sebelum tidur.
  • meletakkan pek panas atau botol berisi air panas untuk merehatkan otot kaki anda.
  • merujuk doktor untuk sebarang nasihat tentang pengambilan suplemen tambahan yang boleh melegakan kekejangan kaki seperti kalsium dan suplemen magnesium.
  • penggunaan selimut semasa tidur di waktu malam.
  • penjagaan pemakanan juga penting supaya tubuh anda mendapat segala khasiat yang diperlukan.

Tips rawatan sakit kaki ketika hamil

Jenis-jenis sakit kaki ketika hamil

Terdapat pelbagai jenis sakit kaki ketika hamil yang mungkin akan dialami semasa kehamilan. Salah satunya ialah sakit saraf sciatic di mana keadaan ini umpama mimpi ngeri bagi setiap wanita hamil. Saraf sciatic adalah saraf panjang yang bermula dari bahagian paha ke bawah kaki.

Pemilihan kasut yang tidak sesuai boleh menyebabkan tekanan pada saraf ini seterusnya mengakibatkan komplikasi pada kandungan anda. Rasa kebas atau seperti kaki dicucuk dengan jarum, serta rasa panas terbakar di punggung adalah antara ketidakselesaan yang akan anda hadapi.

Selain itu, jika anda perlu berdiri dalam masa yang lama, mengangkat beban yang berat atau mengalami kenaikan berat badan, rasa sakit ini akan bertambah teruk. Senaman ringan dan yoga pranatal dapat membantu melegakan sakit, menguatkan otot dan saraf anda. Selain itu, mandi herba atau mandi terapeutik juga disarankan untuk wanita hamil yang menderita sciatica.

Jenis-jenis sakit kaki ketika hamil

Setelah mandi, anda akan diberi segelas air sejuk untuk diminum. Air yang digunakan untuk kaedah ini haruslah air suam dan dicampur dengan garam Epson. Kaedah mandi terapeutik ini perlu diselia oleh pakar mandian terapi.

Cara lain yang mungkin akan disyorkan oleh doktor anda ialah mengubah posisi tidur anda, dan berbaring di sisi kiri anda untuk mengurangkan tekanan pada saraf.

Tumbesaran bayi anda adalah keutamaan dan jika pemeriksaan doktor menyatakan bahawa bayi anda sihat dan membesar dengan baik, itu sudah mencukupi. Amalkan diet yang seimbang, senaman ringan yang selamat serta kerap hubungi doktor jika ada sebarang gejala yang terlalu teruk. Laluilah tempoh kehamilan anda dengan gembira dan tenang kerana bayi anda akan turut berasa tenang di dalam kandungan.