Punca & Tips Melegakan Sakit Celah Kelangkang Ketika Hamil

3 min bacaan

Sepanjang fasa kehamilan, wanita akan mengalami pelbagai gejala akibat perubahan hormon yang terjadi pada tubuhnya. Salah satu darinya ialah sakit celah kelangkang ketika hamil di bahagian punggung, paha atau pinggul. Kesan sampingan ini adalah perkara biasa yang dialami wanita hamil. Ia disebabkan peningkatan hormon serta kenaikan berat badan dan rahim yang semakin berkembang.

Sakit Celah Kelangkang Ketika Hamil sakit pangkal paha

Gejala ini berlaku pada trimester terakhir, dan adalah penting untuk setiap wanita mengetahui punca sakit celah kelangkang ketika hamil. Dengan ini langkah-langkah yang perlu dan yang sesuai boleh diambil supaya dapat melegakan ketidakselesaan.

Sakit di pangkal paha

Disfungsi kemaluan simfisis atau dikenali sebagai SPD, adalah keadaan yang disebabkan oleh ligamen tetap yang berada di kedua sisi tulang pelvis, penyokong pubic symphysis di kemaluan berehat kerana wujudnya hormon ‘relaxin’. Ini seterusnya melembutkan ligamen supaya bayi dapat dilahirkan dengan mudah.

Terdapat beberapa keadaan di mana ligamen mungkin melonggar dan menjadikan sendi pelvis tidak stabil. Wanita hamil mungkin akan berasa sakit yang luar biasa di pelvis, pinggul dan di pangkal paha apabila berdiri, berjalan atau menggerakkan kaki. Antara gejala SPD ialah kesakitan dan ketidakselesaan ketika menggerakkan kaki, seolah-olah merasai tulang-tulang anda sedang berlaga dan membuat bunyi ‘klik’ semasa bergerak atau berjalan.

Sakit Celah Kelangkang Ketika Hamil

Jika anda mengalami sakit celah kelangkang ketika hamil, anda perlu segera hubungi doktor untuk rawatan lanjut. Sekiranya anda disahkan mengidap SPD, anda disarankan untuk merujuk pakar fisioterapi obstetrik untuk mendapatkan rawatan klinikal. Untuk menghilangkan rasa sakit, doktor akan menasihatkan seseorang wanita hamil itu

  • Memakai tali pinggang pelvis, yang membantu menjaga tulang untuk kekal di posisi yang tepat serta melegakan rasa sakit.
  • Cara kedua ialah melakukan senaman tertentu semasa hamil seperti miring pelvis atau senaman kegels. Kedua-dua cara ini dapat menguatkan otot-otot di kawasan pelvis dan membantu menstabilkan sendi pinggul.
  • Langkah terakhir ialah sentiasa berhati-hati dan tidak mengangkat barang yang berat atau berdiri selama berjam-jam. Ini akan membantu mengelakkan rasa sakit dan melegakan sebarang ketidakselesaan akibat sakit celah kelangkang ketika hamil.

Sakit pinggul dan paha

Sakit pinggul dan paha sakit celah kelangkang ketika hamil

Sakit celah kelangkang ketika hamil di bahagian pinggul dan paha disebabkan oleh keadaan yang dikenali sebagai Sciatica. Ia terjadi apabila saraf sciatic yang berada di bahagian bawah kaki tersepit. Sebab utama berlakunya tekanan ini ialah peningkatan ukuran rahim semasa kehamilan. Antara gejala yang sering dialami oleh wanita hamil menderita Sciatica adalah rasa kesemutan atau kebas di kawasan yang terjejas disertai rasa sakit.

Kesakitan yang disebabkan oleh Sciatica biasanya akan hilang semasa kehamilan, disebabkan oleh perubahan kedudukan bayi di dalam rahim. Antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengurangkan kesakitan sciatic adalah

  • Meletakkan pek panas di kawasan yang terjejas. Anda juga boleh cuba untuk mandi air suam atau tidur posisi yang berbeza. Kenal pasti kawasan mana yang sakit, dan legakan ia dengan cara-cara di atas.
  • Seseorang wanita hamil perlu mendapatkan rehat yang cukup serta tidur yang nyenyak bagi mengurangkan semua kesan sampingan atau gejala yang tidak selesa ini.
  • Oleh itu anda boleh membentuk rutin senaman ringan atau melakukan beberapa teknik relaksasi yang dapat membantu meredakan rasa sakit anda. Sakit celah kelangkang ketika hamil adalah perkara sementara, dan ia akan hilang selepas kelahiran bayi.

Keadaan ini mungkin akan menambahkan gejala yang tidak selesa bagi ibu, namun anda boleh berjumpa dengan doktor anda untuk mendapatkan nasihat dan pandangan bagaimana untuk menangani gejala ini. Tips-tips di atas akan dapat membantu anda melalui kehamilan anda dengan selesa tanpa rasa sakit yang mengganggu pengalaman berharga anda.