Sakit belakang ketika hamil (Punca dan rawatan)

Sakit Belakang Ketika Hamil (PUNCA & RAWATAN)

3 min bacaan

Kebanyakan wanita hamil akan mengalami rasa sakit belakang ketika hamil. Sakit yang bermula dengan sedikit pada awalnya tidak begitu diendahkan namun menjadi lebih membimbangkan apabila ia bertambah serius pada awal fasa kehamilan.

Mual ‘morning sickness’, sembelit, payudara lembut dan rasa ketidakselesaan semasa kehamilan. Rasa sakit di belakang ini juga merupakan salah satu ketidakselesaan tanda hamil kepada ibu.

sakit belakang ketika hamil

Punca sakit belakang ketika hamil

Mari kita lihat punca sakit belakang ketika hamil dan rawatannya:

Regangan

Regangan ligamen akan berlaku di sekitar kawasan perut sebagai sebagai satu proses persiapan badan untuk perkembangan dan pertumbuhan janin dalam fasa seterusnya.

Pusat graviti

Pusat graviti badan akan mula bergerak ke hadapan seiring dengan rahim anda yang sedang mengembang. Kebanyakan wanita hamil akan melalui penambahan berat badan. Oleh itu tulang belakang perlu menyokong badan ibu serta berat bayi yang semakin meningkat. Ini adalah antara punca wanita hamil mengalami sakit belakang ketika hamil.

Perubahan hormon

Hormon di dalam badan ibu hamil seperti progestron berfungsi untuk melembutkan ligamen di kawasan pelvis dan sendi. Ia membantu untuk melonggarkan ligamen seterusnya menyediakan badan ibu untuk menampung pertumbuhan bayi di dalam rahim.

Proses melonggarkan dan menggesel ligamen dan sendi yang menyebabkan ibu-ibu berasa tidak selesa dan sakit belakang ketika hamil.

Jangkitan saluran pundi kencing

Jangkitan bakteria mudah berlaku kepada wanita pada awal kehamilan, seterusnya menyebabkan jangkitan di saluran pundi kencing.

Postur badan

Kebanyakan wanita hamil akan membongkok ke belakang atau ke depan yang disebabkan oleh berat perut mereka yang semakin meningkat. Keadaan ini hanya akan meningkatkan lagi rasa sakit pada belakang.

Tekanan

Tekanan emosi yang dihadapi oleh wanita hamil adalah di antara perkara yang sering terjadi. Ia ditambah dengan fizikal badan yang semakin meningkat seterusnya mempengaruhi kawasan pelvis yang lemah.

Rawatan

Tiada ubat yang dapat mencegah sakit belakang ketika hamil sepenuhnya, namun anda boleh mengambil langkah-langkah berikut untuk melegakan keadaan yang tidak selesa ini.

  1. Minum air yang banyak untuk memastikan saluran pundi kencing bebas daripada jangkitan bakteria. Kekerapan membuang air kecil akan dapat membantu membuang toksin seterusnya mengurangkan kemungkinan jangkitan saluran kencing.
  2. Jangan membongkok untuk mengangkat barang kerana ia bukan sahaja membahayakan anda tetapi memberi kesan yang buruk terhadap janin anda. Anda perlu mencangkung dahulu untuk mengurangkan tekanan pada badan anda, kemudian bangun dengan perlahan-lahan.
  3. Dapatkan rehat yang mencukupi dan elakkan daripada berdiri atau duduk di posisi yang sama untuk jangka masa yang lama.
  4. Tinggikan kaki anda sewaktu tidur (letakkan kaki di atas bantal) serta jangan tidur terlalu lama.
  5. Dapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan tali pinggang sokongan untuk bahagian bawah perut anda.
  6. Memakai kasut yang selesa untuk menyokong badan anda sewaktu berjalan. Kasut tumit yang tinggi cenderung menaikkan poster dan mempengaruhi poster badan anda seterusnya menyebabkan ketidakselesaan semasa berjalan.
  7. Mengiring ke sisi badan sebelum bangun dari katil. Bengkokkan lutut dan pinggul seterusnya menggunakan lengan untuk menolak badan anda dari tempat tidur. Turunkan kaki ke bawah di sebelah kiri katil dan bangun perlahan-lahan.
  8. Pilih kerusi yang mempunyai tempat bersandar yang boleh menyokong belakang anda untuk duduk dan letakkan bantal kecil di bahagian bawah belakang anda. Pastikan kedudukan kaki anda berada sedikit tinggi. Semasa berdiri sentiasa rehatkan kaki di bahagian bawah kaki kerusi serta ubahlah kedudukan kaki dengan kerap.
  9. Letakkan beg air panas di belakang anda untuk melegakan rasa ketidakselesaan. Anda juga boleh menggunakan pek air sejuk secara berjadual atau meminta bantuan ahli keluarga atau pasangan untuk menggosok belakang badan anda bagi mengurangkan kesakitan.
  10. Senaman seperti berenang berjalan kaki dan aktiviti fizikal yang lain dapat membantu menguatkan badan anda serta mengurangkan ketidakselesaan. Senaman pelvis, senaman kardiovaskular dan regangan dapat melegakan sakit belakang ketika hamil, semestinya di bawah pengawasan doktor anda.

Tips:

Anda juga boleh meminta ubat tahan sakit dari doktor anda. Jangan mengambil sebarang ubatan tanpa persetujuan doktor kerana ia boleh membahayakan janin anda.