Sakit Bawah Perut Ketika Hamil: Punca & Rawatan

3 min bacaan

Kehamilan biasanya akan diiringi oleh perubahan fizikal, emosi dan rasa tidak selesa yang dialami oleh hampir setiap wanita hamil. Walaupun keadaan ini dianggap sebagai satu perkara yang normal dan biasa, ia tetap menimbulkan pelbagai kerisauan di kalangan wanita hamil. Sekiranya anda mengalami gejala-gejala kehamilan yang menyebabkan anda berasa sangat sakit bawah perut ketika hamil, rasa mencucuk atau berlaku pendarahan segeralah hubungi doktor anda untuk mendapatkan kepastian tentang keadaan anda.

Sakit Bawah Perut Ketika Hamil

Pengetahuan asas tentang gejala-gejala kehamilan serta punca yang membuatkan seseorang wanita hamil itu tidak selesa sangat bermanfaat bagi setiap wanita hamil. Oleh itu, bacalah artikel ini hingga habis kerana ia mengandungi maklumat berkaitan punca-punca ketidakselesaan dan gejala sepanjang fasa kehamilan.

Punca sakit bawah perut ketika hamil

Kajian masih belum dapat menentukan punca sebenar sakit bawah perut ketika hamil pada trimester pertama kehamilan. Rasa sakit yang mungkin menusuk atau tajam di bawah perut boleh disebabkan oleh beberapa perkara.

Punca sakit bawah perut ketika hamil

  • Berat badan berlebihan mungkin menyebabkan rasa sakit bawah perut ketika hamil. Ini kerana bahagian bawah perut yang menampung berat badan manusia. Apabila berat badan bertambah, berlaku peningkatan tekanan yang bertambah ke atas otot, sendi dan bahagian bawah perut yang menyebabkan kesakitan semasa kehamilan.
  • Perubahan hormon yang berlaku ke atas tubuh wanita hamil juga salah satu punca rasa sakit bawah perut ketika hamil pada trimester pertama kehamilan. Perubahan ini mempengaruhi fungsi ligamen dan otot yang menyebabkan rasa sakit di sendi apabila berbaring, duduk, membongkokkan badan, tidur dll. Ligamen dan disk akan melembut dan berasa sakit apabila digerakkan ke kiri dan ke kanan, seterusnya membuatkan bahagia bawah perut anda berasa tidak selesa.
  • Batu karang adalah antara penyebab sakit di bawah perut yang biasa dialami oleh wanita hamil. Mereka akan mengalami kesukaran untuk buang air kecil selain berasa sakit perut.

Wanita hamil akan berasa sakit di bahagian bawah perut dan lumbar (tulang belakang). Kesakitan ini bermula dengan rasa sakit yang ringan dan bertukar menjadi lebih teruk atau berdenyut untuk satu tempoh yang lama. Selain itu, seseorang wanita hamil itu mungkin akan mengalami sakit pinggul posterior yang dialami di pinggul dan paha.

Dalam kebanyakan kes, rasa sakit ini mungkin berpunca dari aktiviti seperti berbaring, membongkok, duduk di kerusi atau di katil dll. Anda juga mungkin akan merasai sakit di sepanjang pinggang yang ringan dan bertambah teruk mengikut keadaan.

Rawatan sakit di bawah perut

Rawatan sakit di bawah perut

Terdapat beberapa tips atau kaedah yang boleh dilakukan untuk mengurangkan sakit bawah perut ketika hamil. Sangat penting untuk anda rujuk doktor anda sebelum mengamalkan mana-mana tips atau rawatan yang anda baca atau dengar.

  • Urutan kiropraktik adalah salah satu tips yang dicadangkan untuk melegakan kesakitan. Selain itu, anda boleh melakukan senaman ringan seperti senaman pinggul, berenang atau berjalan. Senaman-senaman ini dapat membantu anda untuk kekal sihat walaupun semasa hamil.
  • Seterusnya, berhati-hati dengan pergerakan anda semasa berbaring, duduk, berdiri dan tidak berdiri untuk tempoh yang lama. Jika anda ingin mengubah posisi, contohnya dari duduk kepada berdiri, lakukannya dengan perlahan-lahan. Apabila berdiri juga perlulah dalam keadaan tegak dan tidak membongkok.
  • Tips terakhir ialah semasa anda tidur, cuba biasakan untuk berbaring di bahagian sisi anda dan bukan di atas punggung (secara menelentang). Kaedah ini dapat mengurangkan rasa sakit bawah perut ketika hamil anda.

Nah.. anda boleh mencuba kaedah-kaedah di atas untuk melegakan rasa sakit di bawah perut anda. Namun jika rasa sakit anda tidak hilang atau menjadi lebih teruk, segera dapatkan rawatan di hospital.