Senarai Semak Rancangan Kelahiran

Senarai Semak Rancangan Kelahiran

2 min bacaan

Selepas 9 bulan melalui perkembangan bayi yang baik, setiap wanita hamil perlu bersedia dengan rancangan kelahiran yang teratur sebelum tibanya hari yang dinanti. Anda boleh berbincang dengan pasangan untuk memastikan semua permintaan atau keperluan dipenuhi.

Ini juga akan memudahkan ahli keluarga tahu apa yang diperlukan dan bantu apa yang perlu. Rancangan kelahiran yang teratur akan dapat membantu anda bertenang dan memudahkan proses kelahiran anak anda.

Rancangan kelahiran

Senarai semak yang perlu dipertimbangkan sebelum kelahiran:

  1. Siapa yang akan menemani anda semasa bersalin?
  2. Adakah anda ingin membawa muzik sendiri?
  3. Pakaian yang sesuai (pakaian sendiri atau pakaian hospital?)
  4. Adakah anda ingin pasangan anda bersama anda sepanjang masa?
  5. Adakah anda ingin hubungi rakan-rakan anda?
  6. Tidak mahu IV drip dan hanya minum seperti biasa?
  7. Adakah anda inginkan mesin pemantauan janin atau tidak?
  8. Adakah anda perlukan kerusi, bangku, kolam atau tab mandi?
  9. Adakah anda ingin dibantu semasa proses kelahiran?
  10. Apakah pilihan kedudukan yang anda inginkan semasa bersalin?
  11. Untuk menghilangkan kesakitan semasa proses kelahiran, adakah anda mahu urutan, akupunktur atau ubat? Jika anda pilih ubat, apakah jenis ubat tersebut?
  12. Adakah anda ingin menyaksikan sendiri proses kelahiran serta meminta dorongan daripada pasangan?
  13. Adakah anda ingin mendukung bayi dan bersama memotong tali pusat?
  14. Setelah kelahiran bayi, adakah anda dan pasangan ingin menyaksikan prosedur bayi baru lahir?
  15. Adakah anda bercadang memberi bayi susu badan?
  16. Adakah anda benarkan bayi anda diberi makan ketika lapar atau mengikut jadual?
  17. Adakah anda mahu bayi anda berada bersama anda sepanjang masa atau hanya ketika menyusukan sahaja?
  18. Adakah anda mahu anak anda disunat di hospital jika bayi lelaki atau tidak?
  19. Adakah anda ingin anak anda yang lain berjumpa bayi secepat mungkin?
  20. VBAC atau tidak?
  21. Pilih bidan atau doktor?

Ingatlah untuk sentiasa menyemak perkara dan keperluan dalam perancangan kelahiran supaya tidak ada yang tertinggal. Anda boleh juga dapatkan nasihat dan pandangan daripada bidan atau kakitangan penjagaan kesihatan untuk sebarang keperluan lanjut.

Catatkan sebarang keperluan khas di atas kertas dan maklumkan pasangan dan pihak hospital. Salinan perancangan kelahiran juga boleh diberikan kepada pasangan atau pihak hospital.