5 Punca Kehamilan Berisiko Tinggi

3 min bacaan

Setiap wanita hamil inginkan pengalaman yang menggembirakan saat kelahiran bayi yang dinanti-nanti. Tiada sesiapa pun yang menginginkan kehamilan berisiko tinggi atau masalah yang boleh membahayakan nyawa mereka serta bayi yang disayangi.

Namun terdapat beberapa komplikasi yang boleh terjadi semasa kehamilan, dan akibatnya boleh menyebabkan masalah perubatan terhadap ibu serta bayi yang dikandung.

Terdapat banyak faktor seperti alkohol, ubat-ubatan, radiasi dan banyak lagi yang boleh membuatkan seseorang wanita hamil itu terdedah kepada keadaan yang membahayakan nyawanya dan bayi.

Berikut adalah antara faktor yang menyebabkan kehamilan berisiko tinggi.

Penyalahgunaan dadah

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan ubat-ubatan tertentu semasa kehamilan boleh menyebabkan banyak komplikasi dan kecacatan semasa kelahiran.

Contoh ubat-ubatan yang dilarang adalah antibiotik seperti tetrasiklin, streptomisin, methotrexate imunosupresan dan isotretinoin. Pengambilan ubat-ubatan ini biasanya dipantau rapi oleh doktor dan sebaik-baiknya dielakkan oleh wanita hamil.

Ketagihan

Pengambilan bahan terlarang seperti alkohol dan kokain boleh menyebabkan komplikasi serius kepada wanita hamil dan bayinya.

Merokok juga mempunyai risiko yang sama di mana ia mempengaruhi perkembangan janin, boleh menyebabkan masalah tingkah laku dan mental pada bayi.

Pengambilan bahan terlarang seperti alkohol dan kokain mengakibatkan kelahiran pramatang atau keguguran. Kesimpulannya ketiga-tiga perkara ini mempunyai kesan yang serius terhadap bayi yang dikandung.

Bentuk fizikal seseorang wanita hamil

Ciri-ciri fizikal tertentu seorang wanita hamil itu seperti faktor usia, kurang berat badan, serta ketinggian yang rendah merupakan antara faktor yang menyebabkan kehamilan berisiko tinggi.

Wanita di bawah umur yang hamil mungkin akan menderita anemia dan bayi mereka mudah terdedah dengan risiko kekurangan berat badan.

Bagi wanita yang berumur pula cenderung berhadapan dengan tekanan darah tinggi atau keguguran.

Bagi wanita yang mempunyai berat badan berlebihan pula berhadapan dengan risiko kelahiran bayi besar seterusnya membuatkan mereka melalui proses kelahiran yang sukar.

Wanita yang mempunyai ketinggian yang rendah pula biasanya mempunyai pelvis yang kecil. Ini akan menyebabkan masalah semasa proses kelahiran.

Masalah kesihatan

Hamil yang menderita penyakit-penyakit tertentu seperti tekanan darah tinggi, diabetes, penyakit jantung, penyakit buah pinggang atau penyakit-penyakit lain yang berbahaya mungkin berhadapan dengan pelbagai masalah sepanjang kehamilannya.

Bagi wanita hamil yang menghadapi masalah seperti ini, mereka akan diberi perhatian khas dan diberikan rawatan khusus supaya mereka dapat menjalani tempoh kehamilan mereka dengan baik.

Masalah pada rahim

Sesetengah wanita mungkin dilahirkan dengan struktur atau kelainan di rahim atau serviks mereka. Keadaan ini akan memberikan kesan apabila wanita tersebut hamil dan berhadapan dengan komplikasi menjelang proses kelahiran bayi.

Antara masalah yang mungkin timbul adalah posisi janin di dalam perut yang tidak normal yang memerlukan pembedahan cesarean, atau berhadapan dengan risiko keguguran.

Faktor-faktor yang menyebabkan kehamilan berisiko tinggi perlu dikenalpasti dan dirawat dengan segera.

Pada waktu inilah wanita yang merancang kehamilan mereka boleh membuat rujukan dan membaca majalah yang berkaitan dengan kehamilan apa-apa masalah kesihatan berkaitan.

Wanita hamil terutamanya yang mempunyai ciri-ciri seperti di atas perlu melaporkannya ada doktor mereka.

Ujian dan pemeriksaan lanjut seperti ujian ultrasound, pemeriksaan trimester pertama, pengambilan sampel chorionic villus, pengambilan sampel darah janin, pemantauan perkembangan janin, ujian tanpa tekanan, profile biofizik, kajian aliran doppler, amniosentesis dan Alpha fetoprotein akan dilakukan oleh doktor sekiranya mereka berjaya mengenalpasti wanita-wanita hamil yang mempunyai kehamilan berisiko tinggi.

Ujian-ujian ini berupaya memberikan diagnosis serta maklumat lanjut tentang komplikasi atau keadaan yang sedang dialami oleh wanita hamil.

Pemeriksaan awal dapat menyediakan doktor dengan maklumat terperinci supaya mereka boleh memberikan nasihat tentang rawatan yang diperlukan oleh wanita-wanita ini.

Oleh itu setiap wanita hamil yang mempunyai kehamilan berisiko tinggi perlu sentiasa peka dengan isyarat yang disampaikan oleh tubuh mereka.

Selain itu ingatlah untuk sentiasa melaporkan sebarang ketidakselesaan atau sejarah penyakit keluarga kepada doktor anda.