Posisi Tidur Ibu Hamil Anda Perlu Ubah Hari ini

Posisi Tidur Ibu Hamil Anda Perlu Ubah Hari ini

3 min bacaan

Kebanyakan wanita hamil bersetuju bahawa mereka akan mengalami gangguan tidur semasa hamil dan sukar mencari posisi tidur ibu hamil yang bersesuaian. Semasa trimester pertama, anda pasti tidak dapat membuka mata kerana terlalu letih. Ini berpunca daripada hormon kehamilan yang tidak stabil. Ketika trimester terakhir pula anda akan merasa lebih susah untuk tidur kerana perut anda semakin membesar serta lawatan yang lebih kerap ke tandas.

Pada waktu ini anda perlu mengubah posisi tidur anda seperti tidur di atas perut atau tidur secara menelentang. Cara baharu untuk tidur penting demi melindungi bayi anda selain memberikan anda tidur yang selesa.

Posisi tidur ibu hamil

Anda mesti mencuba pelbagai posisi yang berbeza untuk tidur di sepanjang fasa kehamilan supaya anda dapat mencari posisi yang paling sesuai dan yang terbaik.

Posisi tidur ibu hamil yang harus diamalkan

Tahukah anda posisi terbaik untuk anda tidur semasa hamil ialah berbaring di bahagian sisi kiri badan anda? Tidur di sebelah kiri akan memberikan sokongan maksimum kepada wanita hamil dan memberi tekanan yang minimum kepada bayi. Ia juga memastikan bekalan darah dan oksigen mencukupi untuk bayi anda.

Namun untuk tidur secara tetap di sebelah kiri adalah mustahil. Anda mungkin perlu menukar posisi tidur anda sepanjang malam namun pastikan untuk tidur di sebelah sisi kiri anda dengan lebih lama. Jika anda tidak selesa tidur di sebelah kiri anda, tidak ada masalah untuk bertukar ke sebelah kanan anda.

Antara cara terbaik untuk tidur semasa hamil ialah menggunakan bantal yang banyak. Gunakan bantal nipis di antara kaki anda, di bawah perut anda serta di bawah payudara anda sebagai langkah sokongan dan keselesaan yang maksimum. Terdapat juga bantal kehamilan di mana ia bertujuan untuk membantu posisi tidur ibu hamil yang semakin popular dan sering digunakan oleh wanita hamil.

Ia dapat menyokong kehamilan anda dengan cara yang terbaik, namun saiznya mungkin akan mengambil ruang yang besar di tempat tidur anda. Walau bagaimanapun, ramai wanita hamil bersetuju bahawa bantal kehamilan ini akan dapat mengurangkan rasa kebas dan lenguh-lenguh di kaki. Selain itu, ia juga dapat mengelakkan pembengkakan kaki dan pergelangan kaki.

Posisi tidur ibu hamil yang perlu dielakkan

Terdapat pelbagai posisi yang boleh anda pilih untuk tidur namun ada juga pun yang perlu dielakkan kerana berbahaya terhadap bayi anda.

  • Tidur di atas perut akan membahayakan bayi anda
  • Tidur secara menelentang juga tidak digalakkan kerana ia mempunyai kesannya sendiri. Berat rahim anda memberi banyak tekanan pada tulang belakang dan arteri utama di tulang belakang.

tidur menelentang

Ia juga memberikan tekanan kepada usus dan organ-organ penting yang lain.

Posisi ini juga mengganggu bekalan darah oksigen dan nutrien ke plasenta. Anda juga akan mengalami sakit punggung yang serius selain pembengkakan kaki.

Jika anda berbaring di tempat tidur anda pastikan untuk tidur mengiring di sisi badan anda selama beberapa minit. Kebanyakan wanita hamil tidak mahu mengubah cara atau posisi tidur ibu hamil atas faktor ketidakselesaan. Namun ingatlah untuk tidak mengamalkan posisi tidur seperti di atas. Jika anda biasa tidur di bahagian sisi badan anda, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Ini kerana kebanyakan wanita berasa paranoid tentang posisi tidur ibu hamil. Ia sangat kritikal sehingga mereka sering bangun beberapa kali setiap malam untuk memeriksa keadaan atau cara tidur. Ini hanya akan mengganggu perjalanan tidur mereka sedangkan rehat yang mencukupi adalah sangat penting untuk kesihatan mereka.

Anda perlu ingat bahawa setelah kelahiran bayi, anda masih tidak akan dapat menikmati tidur atau rehat yang cukup. Jadi gunalah waktu tidur anda sekarang sebaik mungkin tanpa mengganggu corak tidur anda yang sempurna.

Tips cepat:

Posisi tidur ibu hamil yang betul