pilih bidan atau perawat

Pilih Bidan atau Perawat?

2 min bacaan

Siapa yang menjaga anda selepas melahirkan anak? Pilih bidan atau perawat doktor khususnya? Percaya atau tidak, ini adalah keputusan yang sukar dibuat oleh para ibu (selain memikirkan nama anak). Namun, ibu-ibu boleh membuat keputusan berpandukan dua aspek; aspek perubatan atau aspek peribadi dan masukkan ke dalam senarai semak rancangan kelahiran.

pilih bidan atau perawat

Aspek perubatan

Pilihan yang melibatkan doktor atau pakar obstetrik. Biasanya wanita yang melalui kelahiran secara pembedahan Caesarean akan memilih aspek perubatan. Doktor ialah orang yang paling sesuai berhadapan dengan sebarang masalah atau kecemasan yang mungkin timbul dari pembedahan C-section atau VBAC akan dijalani.

Aspek peribadi

Ibu-ibu yang mementingkan privasi dan peribadi, akan memilih bidan untuk menguruskan penjagaan selepas bersalin. Bidan memberi para ibu kebebasan membuat keputusan tentang kehamilan, proses bersalin dan kelahiran. Peralatan perubatan tidak diutamakan oleh bidan, namun jika ada kecemasan bidan percaya khidmat doktor diperlukan.

Memilih bidan

Biasanya ibu akan bertanya tentang pengalaman atau tempoh seseorang bidan itu berkhidmat. Anda juga perlu tahu tentang hubungan bidan dengan pihak hospital, sekiranya berlaku kecemasan semasa proses kelahiran. Pilih bidan yang sefahaman dengan anda, ini akan memudahkan komunikasi dalam perkara berkaitan kelahiran atau penjagaan selepas bersalin.

Anda boleh juga cari bidan yang dilindungi insurans atau bidan yang menawarkan khidmat yang lebih murah. Seperti ‘window shopping’, ibu boleh survey dulu harga dan pilih yang terbaik.

Ada juga bidan yang berkhidmat di wad bersalin di hospital, dan kebanyakan dari mereka dapat masuk semasa proses bersalin jika ibu-ibu memilih untuk bersalin di hospital. Mereka juga menggalakkan penglibatan keluarga sepanjang proses kelahiran. Sebarang kehendak ibu dari sudut perubatan juga akan cuba dipenuhi.

Bagi ibu yang memilih khidmat bidan, anda akan dapati bilik bersalin yang disediakan sangat selesa dan mesra keluarga. Oleh kerana bilik yang disediakan tidak seperti wad di hospital, ia mendorong keluarga dan rakan-rakan datang melawat.

Bagi ibu-ibu yang inginkan penjagaan yang teratur, anda boleh mendapatkan khidmat bidan selama 6 minggu selepas kelahiran. Beliau akan menjaga anda dari pelbagai aspek; pemeriksaan fizikal selepas bersalin, dan memberi sokongan mental.

Jadi, perkara yang perlu ibu-ibu fikirkan tentang penjagaan selepas kelahiran ialah apakah keperluan anda dan adakah bidan atau penjaga anda dapat penuhinya?