Mengapa Perut Mengeras Ketika Hamil?

3 min bacaan

Perut mengeras ketika hamil sering disalah sangka dengan kekejangan haid yang membuatkan mereka berasa runsing dan tidak selesa. Keadaan ini kadangkala membuatkan seseorang wanita hamil itu berasa tertekan dan sangat tidak selesa. Tapi jangan risau ya, kerana kekejangan yang ringan adalah normal pada awal kehamilan.

Apakah punca perut mengeras ketika hamil?

Terdapat banyak punca yang menyebabkan sesetengah wanita hamil merasakan perut mereka mengeras atau berasa kejang semasa kehamilan. Adalah penting untuk anda memahami punca-punca berlakunya kekejangan perut semasa hamil supaya rawatan segera boleh dijalankan untuk mengurangkan gangguan ini.

Sekiranya anda mengalami gejala lain seperti pendarahan, menggigil, keputihan, dan demam yang ringan segera dapatkan nasihat doktor untuk rawatan selanjutnya. Lebih baik untuk mengambil langkah berjaga-jaga untuk kepastian diri sendiri. Antara sebab perut mengeras ketika hamil ialah:

Pembesaran rahim

Kekejangan perut pada awal kehamilan juga berpunca daripada pembesaran rahim. Saiz rahim ialah sebesar buah epal yang kemudian akan membesar untuk menampung perkembangan bayi. Ligamen akan meregang untuk menyokong rahim yang mula mengembang. Tekanan dari rahim yang sedang membesar yang menekan dinding perut akan membuatkan perut mengeras ketika hamil dan anda mungkin berasa sakit di perut atau pelvis.

Sesetengah wanita akan mula merasainya seawal trimester pertama, dan ada yang hanya mengalaminya pada minggu ke-21 kehamilan. Bagi yang mengalaminya mulai trimester kedua, ia berpunca dari tumbesaran bayi pada tempoh terutamanya struktur rangka bayi yang sedang berkembang. Keadaan ini akan terus dialami sehingga tarikh kelahiran bayi yang dinanti.

Tahukah anda bahawa setiap wanita akan lalui gejala perut mengeras ketika hamil pada masa yang berbeza mengikut fizikal mereka?

Bagi wanita yang mempunyai bentuk badan yang kurus sebelum hamil, mereka akan alami kekejangan perut pada awal kehamilan. Manakala wanita yang mempunyai saiz badan yang agak besar sebelum hamil, kemungkinan besar mereka akan lalui gejala ini pada akhir kehamilan mereka.

Yang Berkaitan:  Tanda Hamil: 48 Simptom Mengandung Anda Tidak Ketahui

Tiada ubat yang dapat diambil untuk melegakan rasa sakit ini, oleh itu wanita hamil terpaksa bertahan dan kuatkan semangat demi bayi yang dikandung. Kesakitan ini akan hilang selepas kelahiran, namun anda mungkin terpaksa berhadapan dengan gejala seterusnya iaitu kesan regangan. Kesan regangan atau ‘stretch marks’ agak sukar dihilangkan selepas kelahiran tetapi jika anda menggunakan krim yang sesuai dan berkualiti (serta disiplin yang tinggi untuk sentiasa menyapu krim tersebut).

Makanan kurang sesuai

Pengambilan makanan yang tidak sesuai semasa kehamilan juga adalah salah satu faktor yang menyebabkan masalah perut. Minuman seperti minuman ringan perlu dielakkan kerana ia akan membuatkan perut anda kembung atau ‘gassy’. Keadaan ini akan menyebabkan anda berasa sangat tidak selesa dan sakit perut namun ia adalah gejala sementara.

Apabila perut mengeras, ada kemungkinan seseorang wanita hamil itu akan mengalami sembelit. Bagi mengelakkan gejala yang tidak menyenangkan ini, setiap wanita hamil perlu mengambil makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan dan sayuran dan elakkan makanan segera dan makanan ringan.

Bagaimanakah masalah perut mengeras ketika hamil dapat diatasi?

Kekejangan perut boleh dilegakan dengan menggunakan pad pemanas dan diletakkan di perut anda. Mendapatkan rehat secukupnya serta mencuba beberapa teknik relaksasi seperti yoga dan meditasi dapat membantu wanita hamil untuk bertenang dan melegakan sebarang ketidakselesaan akibat kekejangan perut.

Akhir kata

Pengetahuan asas tentang gejala ini adalah penting untuk anda membuat diagnosis kendiri sekiranya anda ingin melegakan kekejangan perut yang melanda. Ingat, jika anda berasa sakit yang teruk serta kekejangan yang berpanjangan segeralah hubungi doktor anda rawatan yang menyeluruh.