Perut Kembung Ketika Hamil: Punca dan Cara Melegakannya

3 min bacaan

Setiap wanita akan mengalami gejala berbeza-beza sepanjang kehamilan mereka. Sesetengah gejala ini membuatkan kebanyakan wanita hamil berasa tidak selesa serta tertekan akibat beberapa perkara. Gejala seperti gassy atau perut kembung ketika hamil adalah satu ketidakselesaan yang bermula pada awal kehamilan dan boleh membuatkan seseorang wanita hamil itu berasa tertekan sepanjang fasa kehamilan.

Walau bagaimanapun, rasa kembung perut atau perut berangin boleh dilegakan dengan mengambil ubat kembung perut dan mengubah diet pemakanan harian anda. Kenali dahulu punca-punca perut kembung ketika hamil serta cara-cara yang boleh dilakukan untuk melegakannya.

Punca perut kembung ketika hamil

Setiap wanita hamil akan mengalami perubahan fizikal dan emosi yang disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon. Hormon progesteron meningkat secara mendadak semasa kehamilan, di mana ia juga menyebabkan proses pencernaan menjadi lambat. Keadaan ini membuatkan makanan kekal lebih lama di dalam usus anda.

Punca perut kembung ketika hamil

Gas yang dihasilkan dari makanan yang tidak dicerna ini boleh menyebabkan kekejangan perut atau perut kembung ketika hamil. Selain itu rahim yang mengembang menampung janin yang semakin membesar memberi tekanan kepada perut dan usus seterusnya meninggalkan hanya sedikit ruang untuk proses pencernaan yang normal. Keadaan ini juga melambatkan proses pencernaan yang menyebabkan perut berangin dan perut kembung ketika hamil.

Rawatan untuk kembung perut atau perut berangin

Wanita tidak digalakkan mengambil sebarang ubat-ubatan untuk melegakan perut berangin atau perut kembung ketika hamil. Anda perlu selalu menghubungi doktor anda untuk mendapatkan sebarang nasihat yang sesuai untuk mengurangkan perut kembung. Walau bagaimanapun, cara terbaik untuk melegakan perut kembung adalah mengamalkan pemakanan yang seimbang serta melakukan senaman ringan.

  • Elakkan makanan yang menghasilkan gas atau berangin seperti kacang, brokoli, kubis brasso, kubis, kubis bunga dll. Produk tenusu juga boleh menyebabkan sakit perut walaupun anda tidak mengalami sebarang masalah dengannya sebelum kehamilan.
  • Perut kembung ketika hamil sering dikaitkan dengan makanan kaya serat kerana ia tidak dapat dicerna oleh tubuh. Serat yang tidak dicerna membuatkan perut kembung, berangin serta kekejangan perut. Walau bagaimanapun, serat adalah penting untuk membantu proses pembentukan najis bila ia dicampurkan dengan cecair yang banyak. Oleh itu anda tidak digalakkan untuk mengelakkan pengambilan serat dalam diet harian anda. Mungkin anda boleh mengubah kombinasi makanan seperti mencuba pelbagai jenis tepung bijirin untuk mengenalpasti jenis yang manakah yang sesuai dengan anda.
  • Elakkan makanan bergoreng serta berminyak dari diet harian anda untuk mengurangkan perut berangin semasa kehamilan. Minuman ringan juga menyumbang kepada pembentukan angin di dalam perut. Memandangkan minuman ini tidak berkhasiat, adalah baik untuk mengelakkannya sepanjang kehamilan anda.

Rawatan perut kembung ketika hamil

  • Minum cecair yang banyak memudahkan proses pencernaan dan mengurangkan kemungkinan perut kembung atau perut berangin. Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk tidak minum air dari botol plastik kerana kandungan BPA yang boleh membahayakan dan bayi. Minuman tin juga tidak disarankan untuk wanita hamil kerana mereka akan menelan terlalu banyak air dalam satu-satu masa.
  • Mempelbagaikan cara pemakanan anda semasa hamil adalah penting untuk mengurangkan ketidakselesaan perut anda. Selain daripada tiga pengambilan makanan iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam, anda boleh membahagikan waktu-waktu ini kepada beberapa sesi di mana anda mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap. Dengan cara ini, sistem pencernaan anda tidak akan berada di bawah tekanan untuk memproses makanan yang banyak pada satu-satu masa.
  • Elakkan makan dengan tergesa-gesa atau makan dalam keadaan berdiri atau berbaring. Duduk dengan tegak, kunyah makanan secara perlahan-lahan dan menelan makanan dengan betul. Senaman ringan yang dilakukan semasa hamil juga boleh membantu untuk mencegah perut berangin atau kembung perut.

Kekejangan perut semasa hamil kerap membuatkan setiap wanita berasa risau kerana mereka mungkin akan menghadapi kontraksi atau keguguran. Walau bagaimanapun, sekiranya perut anda berangin atau kembung dan ia tidak diiringi dengan pendarahan, maka anda tidak mempunyai sebarang masalah.

Anda juga merasa sakit yang sekejap dan tidak berulang anda sebenarnya tidak akan mengalami kontraksi sebenar. Sekiranya anda mengalami salah satu daripada gejala yang disebut, segeralah hubungi doktor anda untuk mendapatkan rawatan lanjut.