6 Situasi Perut Kejang Trimester Ketiga Mungkin Terjadi

6 Situasi Perut Kejang Trimester Ketiga Mungkin Terjadi

3 min bacaan

Perut kejang trimester ketiga adalah perkara biasa yang dialami oleh kebanyakan wanita hamil. Situasi ini merupakan satu pengalaman yang akan dialami oleh hampir setiap wanita hamil pada trimester terakhir. Ia dianggap tidak membahayakan namun ia mungkin menimbulkan komplikasi kepada ibu atau anak sekiranya menjadi lebih teruk atau berpanjangan.

Perut Kejang Trimester Ketiga

Dua bulan pertama dan dua bulan terakhir kehamilan adalah sangat penting. Wanita hamil perlu berhati-hati pada bulan-bulan ini dibandingkan dengan trimester atau bulan yang lain. Pengetahuan tentang punca atau keadaan kekejangan ringan sangat penting untuk difahami oleh setiap wanita hamil. Ini membolehkan setiap wanita hamil itu dapat membezakan kekejangan yang serius atau kekejangan yang ringan.

Terdapat keadaan di mana perut kejang trimester ketiga yang berlaku tidak ada kena-mengena dengan sebarang masalah serius tetapi hanya masalah perut sahaja. Oleh itu bacalah bahagian seterusnya untuk membantu anda memahami apakah jenis perut kejang trimester ketiga yang membahayakan dan puncanya.

Jangkitan Saluran Kencing (UTI)

Di antara punca perut kejang trimester ketiga yang berlaku adalah jangkitan saluran kencing (UTI). Ia berlaku pada trimester terakhir kehamilan di mana wanita hamil akan mengalami rasa membuang air kecil dengan lebih kerap. UTI juga di antara punca berlakunya kekejangan pelvis pada fasa kehamilan terakhir ini.

Apendisitis

Apendisitis punca perut kejang trimester ketiga

Apendisitis adalah satu lagi sakit perut yang mungkin disalah anggap dengan kekejangan kehamilan. Ini adalah salah satu komplikasi pembedahan yang paling umum berlaku, menurut Persatuan Kehamilan Amerika. Keracunan makanan, pergerakan usus yang tidak betul, virus perut, batu karang dan pankreatitis juga menyebabkan penyakit ini.

Kontraksi Braxton Hicks

Braxton Hicks dialami oleh wanita pada fasa awal kehamilan mereka. Kontraksi atau kekejangan yang dirasakan wanita hamil berlaku kerana rahim yang semakin mengetat. Namanya diambil dari nama seorang doktor Inggeris yang pertama kali memperkenalkan keadaan ini pada tahun 1872, iaitu John Braxton.

Pengalaman wanita hamil yang melalui Braxton-Hicks ini berbeza-beza, ada yang mengalaminya pada trimester ketiga dan ada yang mengalaminya sejak awal kehamilan. Kekejangan Braxton-Hicks tidak berterusan dan hanya berlaku selama beberapa saat. Perasaan itu akan hilang apabila anda mengubah kedudukan atau posisi anda.

Kelahiran pramatang (Preterm labor)

kelahiran pramatang punca perut kejang trimester ketiga

Wanita yang melahirkan anak pada tarikh yang ditetapkan oleh doktor sangat sedikit sebenarnya. Kebanyakannya akan menyambut kelahiran bayi mereka lebih awal atau lebih lambat. Di dalam sesetengah kes terdapat wanita yang melalui gejala-gejala dan petanda proses kelahiran lebih awal dari tarikh yang ditetapkan oleh doktor. Ia dipanggil kelahiran pramatang atau ‘preterm’. Sekiranya anda merasa kekejangan dan sakit yang tajam, segera hubungi doktor anda.

Pemisahan plasenta

Terdapat beberapa kes di mana plasenta akan dilepaskan daripada rahim semasa kehamilan yang disebut ‘placenta abruption’. Ia terbahagi kepada dua keadaan, iaitu sempurna (selesai dalam beberapa tahap sahaja) atau proses lengkap (semasa pelepasan tersebut terjadi). Wanita hamil yang melalui ‘placenta abruption’ akan berasa sakit yang menyerupai kekejangan.

Anda mungkin akan mengambil masa beberapa jam untuk memahami apa yang telah terjadi. Sekiranya rasa sakit memuncak atau menjadi lebih tajam segera hubungi doktor anda untuk pemeriksaan lanjut. Anda juga mungkin akan berasa kekejangan serta pendarahan, dan jika ini berlaku segera ke hospital berhampiran.

Sakit ligamen bulat

Sakit ligamen bulat seringkali disalahanggap dengan kontraksi atau perut kejang trimester ketiga yang membahayakan. Namun ia adalah kekejangan yang biasa dihadapi pada trimester akhir kehamilan. Ia berlaku kerana ligamen yang menyokong rahim akan mengembang dengan lebih cepat pada tahap-tahap akhir kehamilan. Ligamen ini berfungsi untuk meregangkan rahim yang sedang berkembang. Rasa sakit ini mungkin akan bermula pada trimester kedua bagi kebanyakan wanita tetapi ada juga yang baru mula merasainya pada trimester ketiga.

Kesimpulannya perkara-perkara di atas adalah punca yang menyebabkan perut kejang trimester ketiga. Kekejangan semasa kehamilan adalah perkara yang biasa namun sekiranya ia diiringi dengan keputihan atau pengeluaran darah rawatan doktor sangat diperlukan. Ubat-ubat serta perawatan kendiri harus dielakkan dan segera hubungi doktor anda.