4 Punca Perut Kejang Trimester Kedua Dan Cara Melegakannya

4 Punca Perut Kejang Trimester Kedua Dan Cara Melegakannya

3 min bacaan

Perut kejang trimester kedua itu tetap berlaku tidak kira anda suka atau tidak, namun mana-mana wanita di seluruh dunia akan bersetuju bahawa kehamilan adalah faktor yang paling penting dalam kehidupan mereka. Setiap bakal ibu ini akan menghitung hari-hari yang mendatang sehingga mereka melihat keajaiban yang dinanti-nantikan lahir ke dunia. Semua kesakitan, kerisauan dan perkara lain akan ditolak ke tepi setelah mereka memangku bayi kesayangan mereka sendiri.

perut kejang trimester kedua

Sebarang masalah atau ketidakselesaan yang dialami selama sembilan bulan akan dilupakan begitu saja apabila kelahiran bayi yang dinanti. Mual, kekejangan, kontraksi palsu merupakan petunjuk kehamilan bagi setiap wanita. Gejala yang paling menjengkelkan ialah kekejangan yang berterusan sepanjang fasa kehamilan. Kekejangan akan mula dirasai oleh wanita hamil pada peringkat awal kehamilan dan akan berlanjutan sehingga trimester kedua dan ketiga.

Wanita yang hamil untuk pertama kalinya, perasaan cemas tentang perubahan badan serta rasa sakit yang dialami akan membuatkan mereka terganggu. Panggilan yang berulang kali akan dibuat kepada doktor mereka atau membeli semua majalah keibubapaan untuk menjawab semua persoalan yang mereka ada, termasuklah punca perut kejang trimester kedua yang berlaku.

Punca perut kejang trimester kedua

Kehamilan dan kekejangan adalah dua perkara yang biasanya berlaku pada masa yang sama. Sekiranya anda tidak selesa dengan kekejangan yang dihadapi rujuklah doktor untuk membuat pemeriksaan rapi. Terdapat pelbagai punca perut kejang trimester kedua itu berlaku dan perlu anda fahami.

Punca perut kejang trimester kedua

Berat bayi

Bayi anda akan membesar dan menambah berat badannya pada trimester kedua. Otot dan ligamen perut akan meregang untuk menampung berat bayi yang semakin berkembang.

Kelahiran pramatang

Kejang perut trimester kedua boleh menjadi petunjuk kepada kelahiran pramatang. Jika anda mengalami kekejangan ringan bersama cirit-birit, rasa sakit di bahagian bawah perut serta ketidakselesaan yang teruk, segera hubungi doktor anda. Kelahiran pramatang dapat dielakkan sekiranya anda merujuk isu dengan doktor anda dengan segera.

Keguguran

Sekiranya anda mengalami pendarahan yang banyak disertai kekejangan dan situasi ini menyerupai menstruasi anda, berkemungkinan besar anda sedang keguguran. Segera ke hospital dan jangan tunggu pendarahan untuk berhenti sendiri. Sekiranya anda mendapatkan rawatan yang segera keadaan ini akan dapat ditangani dan kehamilan anda akan dapat diselamatkan.

Kontraksi Braxton Hicks

Kontraksi palsu atau perut kejang trimester kedua yang berlaku sering dialami oleh kebanyakan wanita yang hamil. Ia adalah kekejangan yang berlaku selama beberapa minit dan akan beransur hilang jika anda mengubah posisi. Ini memang menyakitkan namun ia akan hilang dengan segera.

Kaedah menangani kaki dan perut kejang trimester kedua

Berikut adalah beberapa kaedah yang boleh diamalkan untuk melegakan kekejangan.

Kaedah menangani kaki dan perut kejang trimester kedua

Jika anda mengalami kekejangan kaki rendam kaki anda di dalam besen berisi air suam. Anda akan berasa lega dengan segera.

  • Mandi air suam sebelum tidur, ini akan membantu anda tidur dengan nyenyak dan mengurangkan sensasi kekejangan.
  • Amalkan pemakanan yang sihat. Elakkan makanan yang pedas dan minuman ringan yang secara berlebihan kerana ia adalah penyebab utama gas dan keasidan.
  • Makan pada waktu yang ditetapkan dan dalam kuantiti yang betul. Makan secara perlahan-lahan kerana anda akan mengalami sembelit jika makan secara tergesa-gesa.
  • Minum jus buah-buahan dan air kosong dengan banyak. Ini akan membuatkan anda tetap terhidrat dan mengurangkan kekejangan serta kontraksi.
  • Meletakkan botol air panas atau pek air panas di kawasan yang mengalami kekejangan.
  • Rujuk doktor sebelum anda melakukan sebarang senaman ringan. Ini penting supaya anda tidak melakukan sebarang senaman atau pergerakan yang akan membahayakan anda dan bayi.

Penting untuk anda fahami bahawa kekejangan semasa hamil adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Kekejangan merupakan petanda sekiranya anda menghampiri tarikh kelahiran, namun anda mesti berhati-hati dan peka dengan sebarang perubahan yang anda alami. Dapatkan nasihat doktor sekiranya terdapat sebarang kemusykilan berkaitan kekejangan semasa hamil.