Perut Kejang Tanda Awal Kehamilan Atau Komplikasi?

Perut Kejang Tanda Awal Kehamilan Atau Komplikasi?

3 min bacaan

Perut kejang tanda awal kehamilan? Sifat ingin tahu wanita akan membuatkannya bersemangat melihat tanda-tanda awal kehamilan. Begitu juga dengan wanita yang mengamalkan perancangan keluarga menanti dengan penuh kerisauan untuk memeriksa sebarang petanda kehamilan. Gejala yang sering dialami semasa kehamilan seperti kekejangan ringan merupakan satu petanda kehamilan dinanti oleh kebanyakan wanita.

kejang perut tanda awal kehamilan

Ia seringkali disalah sangka dengan kitaran haid biasa. Walau bagaimanapun, anda perlu tahu bahawa kekejangan yang serius serta pendarahan ketika hamil menunjukkan berlaku komplikasi kehamilan.

Perut Kejang Tanda Awal Kehamilan

Adakah kekejangan semasa awal kehamilan perkara yang normal? Jika soalan ini sering difikirkan, berikut adalah jawapannya. Kekejangan ringan biasanya berlaku sekitar 8 hingga 10 hari selepas pembenihan adalah salah satu gejala awal kehamilan. Semasa pembenihan persenyawaan telur wanita dengan sperma lelaki berlaku. Telur yang telah disenyawakan atau dikenali sebagai zigot akan bergerak ke rahim dan melekat di dinding rahim.

Dikenali sebagai implantasi, gejala yang akan dialami oleh wanita ialah kekejangan ringan. Ia disertai dengan ‘spotting‘ atau pendarahan awal kehamilan yang sedikit, di mana dikenali juga sebagai pendarahan implantasi. Jika anda tidak mengalami sebarang kekejangan atau pendarahan ringan selepas implantasi, ia masih perkara yang normal. Hanya 20 hingga 30% wanita hamil sahaja yang akan mengalami kekejangan dan pendarahan implantasi.

kekejangan perut tanda hamil awal

Apabila embrio mula membentuk di dalam rahim, ligamen yang menyokong rahim akan meregang. Anda akan mengalami perubahan hormon serta struktur fizikal pada awal kehamilan. Rahim yang berkembang akan memberi tekanan kepada organ sekitarnya seterusnya menyebabkan kekejangan.

Masalah seperti gangguan pencernaan sembelit dan kembung perut akan menyebabkan anda mengalami kekejangan perut. Ketika ini anda memerlukan banyak nutrien semasa mengandung. Jadi jangan risau kerana kekejangan ringan yang anda alami yang menyerupai kekejangan semasa datang bulan atau kekejangan perut adalah normal.

Baca lebih lanjut: 4 Punca kejang perut semasa hamil anda mesti perhatikan

Pegangan yang teruk selepas konsepsi: Komplikasi kehamilan

Keguguran

Wanita yang mengalami kekejangan yang teruk diiringi pendarahan selepas proses pembenihan ia adalah perkara yang perlu dirisaukan. Estrogen dan progesteron di dalam tubuh wanita memainkan peranan yang penting agar anda dapat melalui fasa kehamilan dengan sihat.

Ketidakseimbangan hormon terutama hormon progesteron yang rendah semasa awal kehamilan menyebabkan kekejangan seterusnya keguguran. Di awal kehamilan, corpus luteum melepaskan progesteron diikuti pelepasan yang sama oleh plasenta. Ini tidak sepatutnya berlaku kerana hormon ini membantu mengekalkan suhu yang diperlukan semasa ovulasi.

Sekiranya seseorang wanita itu hamil maka suhu badannya akan meningkat selepas pembenihan. Progesteron berfungsi untuk mengambil lebih banyak darah ke rahim dan merangsang saluran darah di sekitar rahim. Ia mendorong kepada penebalan dinding rahim serta dinding serviks dan lendir serviks.

Tahap progesteron yang rendah pada awal kehamilan akan menyebabkan pengecutan rahim, manakala tahap progesteron yang rendah pada akhir kehamilan akan menyebabkan permulaan proses bersalin.

sakit keguguran

Kehamilan ektopik

Ia berlaku apabila embrio tidak berada di dalam rahim dan mula melekat di mana-mana kawasan (seringkali di tiub fallopio). Apabila embrio yang tumbuh memberi tekanan pada dinding tiub, seseorang wanita hamil itu akan mengalami kekejangan. Tekanan yang semakin meningkat akan menyebabkan saluran darah di tiub pecah, seterusnya menyebabkan pendarahan.

Rasa sakit yang tajam di kawasan pelvis mungkin akan dirasai oleh wanita tersebut. Namun ada juga yang mengadu berasa sakit di bahu atau leher. Pening dan rasa ingin pengsan disebabkan oleh tekanan darah rendah yang sering terjadi semasa kehamilan ektopik. Wanita yang mengalami kehamilan ektopik akan berasa sakit yang menusuk dan kekejangan di kawasan pelvis.

Kadar hCG yang rendah adalah petanda bahawa seseorang wanita hamil itu mengalami kehamilan ektopik.

Masalah lain

Gangguan lain seperti ‘cyst’ ovari, gangguan plasenta, pre-eklampsia (tekanan darah tinggi) dan jangkitan saluran kencing adalah antara punca kekejangan di kalangan wanita hamil. Selain itu, komplikasi dari mana-mana organ di perut boleh juga menyebabkan kekejangan.

Tahap tekanan darah atau tahap elektrolit yang tidak normal juga antara punca kekejangan. Wanita hamil perlu mendapatkan rawatan yang menyeluruh dari doktor, mengamalkan gaya hidup yang sihat, mengamalkan diet pemakanan yang bernutrisi tinggi, tidak mengambil alkohol atau tidak mengambil ubat-ubatan secara berlebihan.

Tips: Baca seterusnya: 5 Gejala Kejang Perut Di Awal Kehamilan (YANG BERBAHAYA)