5 Perubahan Payudara ketara dan tips untuk menanganinya

5 Perubahan Payudara KETARA Dan Tips Untuk Menanganinya

3 min bacaan

Setiap wanita yang hamil akan melalui pelbagai perubahan dari segi emosi dan fizikal mereka. Perubahan yang dialami oleh ibu hamil juga seiring dengan pertumbuhan bayi di dalam badan anda. Peningkatan saiz rahim, kenaikan berat badan serta perubahan payudara semasa kehamilan adalah beberapa perubahan ketara yang perlu diawasi oleh setiap ibu hamil.

Penting untuk setiap wanita hamil ketahui bahawa peningkatan ukuran rahim dan pertumbuhan bayi akan membawa kepada perubahan payudara yang bersedia untuk pengeluaran susu.

perubahan payudara

Peningkatan hormon seperti progesteron dan estrogen juga menyediakan payudara wanita hamil melalui proses pengeluaran susu. Berikut adalah antara perubahan ketara yang berlaku kepada payudara wanita hamil dan bagaimanakah ia dapat ditangani.

Perubahan payudara semasa kehamilan

Wanita yang sedang melalui fasa kehamilan pertama pasti sedar tentang perubahan saiz payudara anda yang lebih menonjol. Perubahan ini dapat diperhatikan sepanjang tempoh sembilan bulan kehamilan. Perubahan yang berlaku pada payudara anda adalah berbeza pada setiap trimester. Perubahan ini akan bermula seawal anda tidak didatangi haid terakhir, dan inilah petanda awal yang anda mungkin hamil.

Berikut adalah beberapa perubahan umum payudara yang perlu diperhatikan sepanjang tempoh kehamilan.

Payudara sakit ketika hamil

Payudara anda mungkin terasa sakit dan lembut-lembut sepanjang tempoh kehamilan. Perkara ini dapat diperhatikan semasa berlakunya ovulasi, dan keadaannya akan meningkat pada trimester pertama. Anda mungkin akan berasa tidak selesa atau mengalami kesakitan apabila memakai bra anda. Perubahan hormon serta peningkatan aliran darah ke payudara adalah punca yang menyebabkan payudara anda lembut.

Perubahan pada puting

Puting anda mungkin akan menjadi lebih keras, lebih besar serta berwarna lebih gelap. Kawasan areola di sekitar puting akan berkembang menjadi lebih besar serta kelihatan lebih berpigmen atau lebih berwarna gelap. Benjolan kecil pada areola atau pada puting susu akan mula kelihatan. Begitu juga rembesan minyak dari puting yang membantu untuk mengelakkan kekeringan.

puting sakit

Peningkatan saiz

Tubuh anda sedang mula menyiapkan payudara anda kearah pengeluaran susu. Payudara anda sedang bersedia untuk memberi makanan kepada bayi, oleh itu peningkatan saiznya adalah perkara normal. Kewujudan lemak di payudara dan kelenjar susu akan mula bertambah seterusnya membantu pengeluaran susu. Saiz payudara anda akan meningkat mulai bulan ke-6 kehamilan, begitu juga dengan berat badan anda.

Kolostrum

Susu pertama yang dihasilkan oleh badan wanita hamil dikenali sebagai kolostrum. Ia kaya dengan nutrisi, protein, imuniti serta bahan pelindung yang mengelakkan bayi mendapat penyakit kuning. Ia berwarna kuning keemasan dan dikeluarkan oleh ibu sepanjang tempoh kehamilan dan setelah kelahiran bayi. Wanita hamil boleh menggunakan pelapik payudara untuk melegakan ketidakselesaan akibat kebocoran kolostrum sebelum kelahiran.

Perubahan-perubahan lain

Selain perubahan di payudara semasa kehamilan, anda dapat juga melihat kewujudan tanda regangan di sekitar payudara anda. Peningkatan aliran darah menyebabkan urat kelihatan dari bawah kulit. Rasa kebas, gatal-gatal serta sakit di kawasan payudara semasa kehamilan adalah beberapa perubahan yang perlu diperhatikan.

Tips berhadapan dengan perubahan payudara

Perubahan payudara wanita hamil adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan. Ia membantu pertumbuhan serta perkembangan bayi anda. Terdapat beberapa cara atau tips yang dapat menghilangkan rasa sakit serta menyokong payudara anda sepanjang tempoh kehamilan ini.

Memakai pelindung payudara

  • Memakai bra yang dibuat daripada kain kapas untuk menyokong peningkatan saiz payudara anda tanpa menyakitkan puting
  • Memakai bra tidur kehamilan yang sesuai untuk menyokong payudara anda sepanjang malam
  • Memakai pelindung payudara untuk mengelakkan masalah kebocoran kolostrum
  • Elakkan penggunaan sabun pada puting dan areola anda kerana ini akan menyebabkan kesakitan berpunca dari kulit yang kering
  • Mandi dengan air suam atau berendam di dalam air suam selama beberapa minit untuk melegakan kesakitan

Tumpukan perhatian anda kepada perubahan payudara selama tempoh kehamilan. Rujuklah pakar sakit puan anda walaupun terdapat perubahan yang kecil.