5 perubahan badan awal kehamilan

5 Perubahan Badan Awal Kehamilan Biasa Terjadi

3 min bacaan

Apabila seseorang wanita itu mendapat berita tentang kehamilannya, ia adalah perkara paling menggembirakan di dalam hidupnya. Namun ramai yang tidak mengetahui serta tidak bersedia dengan perubahan badan awal kehamilan secara fizikal yang akan terjadi sepanjang fasa kehamilan.

Apabila anda hamil, gejala-gejala seperti ‘morning sickness’ atau mual-mual yang akan membuatkan anda berasa letih. Mual atau ‘morning sickness’ akan dialami oleh wanita hamil semasa trimester pertama. Manakala rasa kekejangan atau ‘cramping’ akan dihadapi semasa trimester akhir.

Selain gejala-gejala ini, terdapat lima perubahan badan awal kehamilan secara fizikal yang biasanya akan terjadi kepada wanita hamil.

perubahan badan awal kehamilan

Peningkatan berat badan

Perubahan hormon yang berlaku di dalam badan anda akan mempengaruhi selera makan anda, dan ini akan menyebabkan peningkatan berat badan anda. Doktor mencadangkan perancangan yang bijak dibuat untuk mengawal selera makan anda serta untuk pertumbuhan bayi. Jumlah makanan yang perlu diambil adalah lebih banyak daripada biasa kerana bayi anda juga bergantung kepada diet pemakanan anda.

Minuman kesihatan, produk tenusu dan vitamin pranatal sangat penting untuk pertumbuhan bayi anda. Diet pemakanan ini juga akan membuatkan berat badan anda bertambah. Selain itu anda dilarang untuk melakukan apa jenis bentuk senaman yang anda pernah lakukan sebelum ini. Peningkatan berat badan anda menjadi lebih ketara apabila anda berehat sementara daripada bersenam dan ini adalah perkara biasa.

Kembung angin

Pada trimester pertama ambil akan mengalami kembung angin. Keadaan ini berlaku pada awal kehamilan disebabkan oleh pembesaran rahim untuk menampung bayi. Perut anda masih akan kelihatan normal sehingga bulan ke-4 dan mula membesar pada bulan ke-5 kehamilan.

Ini adalah perkara yang normal kerana perubahan hormon dalam badan akan menyebabkan perubahan badan awal kehamilan wanita hamil. Pembelian pakaian bersalin akan mula dibuat sekitar bulan ke-5. Ia merupakan pengalaman yang menggembirakan bagi setiap wanita hamil. Gejala seperti gangguan pencernaan, kembung perut serta sembelit adalah di antara perkara normal yang berlaku semasa kehamilan.

Perubahan payudara

sakit payudara perubahan badan awal kehamilan

Payudara yang lembut adalah salah satu petanda awal kehamilan. Perubahan seperti peningkatan saiz payudara anda serta keadaan payudara yang menjadi lebih sensitif apabila disentuh adalah antara gejala umum semasa tempoh kehamilan. Penambahan saiz payudara ini berlaku sebagai persediaan untuk pengeluaran susu ibu dan selepas 14 minggu rembesan kolostrum juga akan dapat dilihat.

Anda akan merasa bengkak pada puting serta kulit di sekitar areola berubah warna dan menjadi sangat gelap. Oleh itu perlu anda perlu buat pilihan yang bijak dengan memilih pakaian yang longgar dan selesa selain memilih bra yang sesuai untuk menyokong payudara anda.

Bengkak di sesetengah bahagian badan

Sepanjang tempoh kehamilan wanita hamil akan melalui edema, ia adalah pengekalan air di dalam badan. Beberapa bahagian badan anda akan mula membengkak seperti di kaki, pergelangan kaki, tangan dan muka kerana air yang terkumpul. Air serta darah yang dihasilkan di dalam badan anda akan mengalami peningkatan sebanyak 50% yang membantu perkembangan badan anda.

Rahim anda akan berkembang akibat tekanan ke atas pembuluh darah pelvis. Ini seterusnya menyebabkan bercampur dengan tisu-tisu di bahagian tubuh anda. Antara faktor lain yang menyebabkan pembengkakan yang serius adalah keadaan cuaca dan diet pemakanan ibu hamil.

Ibu hamil yang mengalami musim panas serta mengamalkan diet tinggi natrium akan mengalami pembengkakan yang berlebihan akibat pengumpulan air yang banyak. Selain wajah yang membengkak, anda juga akan merasa kaki dan tangan anda berat apabila bergerak.

Tekstur rambut

Rambut wanita hamil akan menjadi lebih sihat kerana pengamalan diet yang kaya dengan nutrisi. Rutin makanan yang mengandungi campuran mineral, vitamin, protein, lemak, karbohidrat dan serat membantu menyebabkan rambut anda bersinar dan berkilauan. Namun ada juga wanita hamil yang mengalami keguguran rambut yang disebabkan oleh perubahan hormon.

Lima perkara di atas adalah tanda-tanda kehamilan yang akan dialami oleh kebanyakan wanita hamil. Perkara-perkara ini adalah normal namun jika terdapat masalah atau ketidakselesaan segeralah hubungi doktor anda.