Perkembangan Terkini Makanan Untuk Ibu Hamil

3 min bacaan

Amalan pemakanan yang sihat dan seimbang sangat penting bagi menjamin kesihatan tubuh badan wanita hamil pertumbuhan janin mereka. Banyak kajian telah dijalankan bagi mengenalpasti keperluan nutrien di kalangan wanita hamil. Penyelidikan terbaru yang diterbitkan adalah tentang kepentingan vitamin D sepanjang kehamilan.

Perkembangan Terkini Makanan Untuk Ibu Hamil

Kajian yang dijalankan sebelum ini lebih menekankan tentang kepentingan asid folik semasa hamil. Disebabkan inilah peranan vitamin D di kalangan wanita hamil telah diabaikan.

Menurut kajian tersebut, kebanyakan wanita hamil yang juga menyusukan bayi mereka tidak mendapat vitamin D yang mencukupi.

Kekurangan jenis nutrisi ini dikaitkan dengan beberapa komplikasi kesihatan iaitu preeklamsia serta penurunan kepadatan tulang bayi yang baru lahir.

Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan wanita hamil tidak mengambil vitamin D yang mencukupi semasa awal kehamilan mereka.

Jumlah 600 IU yang disarankan oleh doktor sebenarnya sebenarnya tidak dapat menampung kesihatan badan bakal-bakal ibu seterusnya pertumbuhan bayi yang sempurna.

Jumlah terbaru yang disyorkan oleh penyelidik perubatan adalah sekurang-kurangnya 1000 IU suplemen.

Selain itu terdapat perubahan lain yang disyorkan selepas kajian yang telah dijalankan. Pengambilan yodium yang dipercayai penting untuk perkembangan otak bayi dan metabolisme ibu perlu dipertingkatkan semasa kehamilan.

Pengambilan yodium boleh wanita hamil penting kerana ia melindungi bayi mereka gangguan fungsi kognitif dan kecacatan semasa lahir.

Terdapat pelbagai jenis makanan yang boleh dijadikan sebahagian daripada diet pemakanan wanita hamil yang juga kaya dengan yodium. Antaranya adalah ikan kod, kentang, susu dan menggunakan garam beryodium dalam masakan anda.

Nutrien seterusnya yang sering diabaikan kolin, yang sangat penting dalam perkembangan otak bayi. Nutrien ini tidak ditekankan di dalam kajian sebelum ini.

Dapatan kajian terkini menyatakan wanita yang tidak mengambil kolin yang mencukupi untuk pemakanan harian mereka, akan menyebabkan wanita mengalami kecacatan tuba masa awal kehamilan mereka. Anda boleh mengambil makanan seperti daging lembu, kubis Brussels, ikan kod dan telur.

Pengambilan pemanis tiruan di kalangan wanita hamil juga tidak digalakkan. Malah adalah lebih baik anda menghindari makanan begini utamanya mereka yang menghidap diabetes kehamilan.

Doktor anda akan memeriksa kandungan gula dalam darah anda pada setiap lawatan rutin. Dari pemeriksaan ini doktor boleh memberi teguran serta mengingatkan ibu-ibu tentang kepentingan pengambilan makanan seimbang.

Salah satu kajian yang diterbitkan oleh Denmark menerangkan tentang peningkatan dalam kelahiran pramatang adalah tinggi di wanita yang mengamalkan yang mengandungi pemanis aspartam.

Walaupun hasil kajian tersebut masih belum dapat membuktikan sepenuhnya tentang keburukan pemanis tiruan dan kaitannya ke atas kehamilan, anda tetap perlu mengambil langkah berjaga-jaga.

Rujuklah doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lengkap tentang pengambilan gula tiruan atau gula yang biasa digunakan di rumah. Elaklah pengambilan pemanis tiruan bagi menjaga keselamatan anda dan bayi.

Namun semuanya dilarang, ada juga makanan yang sedap yang dibenarkan sepanjang kehamilan. Di antaranya adalah coklat gelap atau coklat semulajadi. Pengambilan dua benda ini sangat bermakna kerana semua orang sukakan coklat.

Penyelidikan terbaru mengatakan coklat tersebut memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan fungsi saluran darah yang kaitan dengan peningkatan kesihatan kardio.

Pengambilan coklat ini juga punyai kesan yang positif ke atas hipertensi dan preeklamsia. Nampaknya setiap wanita hamil akan mempunyai alasan yang kuat untuk mengambil sedikit coklat.

Kesimpulannya makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin, daging tanpa adalah diet yang diperlukan oleh setiap wanita hamil. Elakkan makanan yang diproses kerana ia memberikan kesan yang buruk pada perkembangan janin.