Perkembangan Otak Janin: Panduan Memahami Tumbesaran Bayi

3 min bacaan

Setiap tendangan dan pergerakan yang anda rasai dalam perut membuatkan anda tertanya-tanya, “Apa yang si comel sedang buat ni?”. Pasti anda sibuk memikirkan tentang perkembangan bayi anda, dari segi mental serta fizikalnya. Adakah bayi anda sedang lalui fasa tumbesaran yang sempurna? Bacalah artikel ini untuk memahami perkembangan otak janin anda sepanjang fasa kehamilan.

Berikut adalah perkembangan otak janin mengikut minggu:

Minggu ke-4

Pada waktu ini jantung, otak dan saraf tunjang sedang mula membentuk. Kepala janin akan meliputi lebih dari sepatuh panjang embrio  dan otak janin sedang berkembang menjadi 5 bahagian. Pembentukan tisu dan tulang juga sedang bermula dengan kadar yang perlahan pada minggu ini.

Minggu ke-8

Menjelang minggu ke-8, pergerakan pertama yang dikerah dari otak janin ialah kepekaan untuk menyentuh. Pada ketika ini, gelombang janin dapat diukur untuk memahami perkembangannya. Selain itu, janin memberikan reaksi yang lebih ketara terhadap suara kuat, mulai makan, minum dan mengeluarkan sisa. Janin anda juga akan mula tersedu dan dapat menggerakkan jari tangan dan kaki.

Minggu ke-12

Pertumbuhan janin pada fasa ini bertambah pesat di mana otak janin telah terbentuk dengan sempurna termasuk sistem saraf. Janin mulai berasa sakit ketika ini dan menangis tanpa suara (sangat kasihan pada waktu ini). Organ-organ janin yang lain juga sedang membentuk dan berkembang. Sesetengah ibu (terutama yang pernah hamil sebelum ini) akan mula merasai pergerakan dan tendangan janin mereka.

Perkembangan otak janin

Minggu ke-20

Perkembangan otak janin adalah semakin aktif dan berkembang pesat pada waktu ini. Janin juga sudah mula membuat pergerakan otot pertamanya. Mereka juga sudah dapat bertindak balas dan mengenali suara ibunya. Organ seks janin juga telah terbentuk sepenuhnya dan pemeriksaan jantina sudah boleh dilakukan pada waktu ini. Perkembangan janin juga masih memerlukan masa untuk berkembang dan membesar, namun jika berlaku kelahiran secara terpaksa (berlaku komplikasi) janin masih dapat bertahan dan selamat.

Minggu ke-30

Otak janin sedang berkembang dengan pesat mengawal sebahagian besar fungsi tubuhnya. Ketika ini, janin boleh menyedut dan menghembus nafas, mengembangkan selera dan mulai menghisap jari atau ibu jari. Janin juga akan sering mengubah posisinya dan akan mulai menyesuaikan dirinya di rongga pelvis dan bersedia untuk kelahirannya.

Minggu ke-31 hingga 40

perkembangan otak janin mengikut minggu

Selepas minggu ke-30, pertumbuhan janin akan berhenti dan otak, jantung dan sistem pencernaannya telah berkembang dengan sempurna. Walaupun tulang janin masih belum berkembang sepenuhnya ketika ini, mereka akan berkembang selepas 6 bulan kelahiran janin. Minggu ke-38 hingga 40 ialah tempoh yang perlu diperhatikan dan bersedia untuk menyambut kelahiran bayi.

Tak perasan minggu kehamilan anda? Guna Kalkulator kehamilan mingguan ini.

Tahukah anda bahawa sesetengah otak bayi yang baru lahir hanya akan lengkap pertumbuhannya menjelang usia 3 tahun? Selepas waktu ini, neuron otak akan disambung dan berkembang seiring dengan perkembangan pengetahuannya. Menurut fakta, perkembangan otak akan berhenti pada usia 18 tahun. Ini sangat menarik kerana pada usia inilah, perkembangan otak yang melonjak ini membuatkan remaja mengalami perubahan mood yang kadangkala tidak masuk akal!

Jadi, kesemua aktiviti dan perkembangan otak janin ini sangat menarik dan perlu diketahui oleh wanita-wanita yang sedang merancang untuk hamil. Umum mengetahui bahawa ibu-ibu yang sering berbual dengan bayinya dapat merangsang perkembangan otak janin dan mengeratkan hubungan antara ibu dan bayinya. Perkara ini menakjubkan kerana perkembangan otak janin dapat dijadikan panduan untuk ibu-ibu bagi memahami tumbesaran bayi mereka.