Tahap perkembangan janin dari minggu ke minggu

Tahap Perkembangan Janin Dari Minggu ke Minggu

3 min bacaan

Kitaran 28 hari adalah kaedah yang biasa digunakan untuk menentukan perkembangan janin pada masa yang sepatutnya. Walaupun ia mengelirukan, selalunya doktor akan memaklumkan berapa minggu anda telah hamil. Hal ini kerana sperma dan telur bergabung dua minggu selepas hari pertama haid terakhir anda.

Tempoh masa kehamilan ialah sekitar 40 minggu, bermula dari hari pertama haid terakhir hingga lebih kurang 40 minggu.

Perkembangan janin

Sembilan bulan kehamilan, kebanyakan bayi berkembang pada kadar yang sama. Ini selalu disebut sebagai perkembangan janin dengan tarikh akhir tepat pada 40 minggu. Bayi yang lahir sebelum 37 minggu dianggap pramatang.

Perkembangan janin 12 minggu (Trimester Pertama)

Trimester pertama dianggap satu pertiga fasa kehamilan anda, iaitu dari minggu 1 hinggu minggu ke 13. Pada trimester pertama ini banyak perkara luar biasa yang berlaku dalam badan sehingga sukar untuk melihat atau merasakan perbezaan fizikal.

  • Pada minggu ke 1- 2 Bayi disebut embrio pada awal kehamilan yang mana ia terbentuk dari telur yang disenyawakan dan terbahagi kepada dua sel, kemudian empat, lapan dan seterusnya. Embrio akan terapung dari tiub fallopio ke dalam rahim.
  • Pada minggu ke 3 embrio hanya berkembang seperseratus inci, tetapi ia pantas membiak ke sel hingga minggu ke 4.
  • Pada minggu ke 4 sel-sel embrio mula mengambil fungsi masing-masing, iaitu akan terbentuk tulang belakang dan sistem saraf.
  • Pada minggu ke 5 Ukuran saiz hanya sebesar kismis, jantung kecil mula berdegup dan ciri luaran utama bayi seperti telinga mula terbentuk.
  • Pada minggu ke 6 ginjal,hati dan kebanyakkan organ sudah mula berkembang dengan tunas lengan dan kaki akan kelihatan.
  • Pada minggu ke 7 seterusnya jari bayi mula terbentuk dan jantung akan terbentuk di sebelah kanan dan kiri.
  • Pada minggu ke 8 pula saiz bayi akan mula membesar kira-kira setengah inci.
  • Pada minggu 10 jantung bayi hampir berkembang sepenuhnya dan alat kelamin mula terbentuk.
  • Pada minggu ke 11 organ penting hampir terbentuk sepenuhnya dan pita suara bayi menangis secara senyap dan;
  • Pada minggu ke 12 ketika ini otak bayi terbentuk dan dapat merasakan kesakitan.

Baca lebih lanjut mengenai apa yang perlu anda buat pada tahap ini di sini.

Trimester Kedua

Perkembangan janin mengikut minggu

Minggu 13 hingga 26 adalah trimester kedua, sering dianggap paling mudah semasa kehamilan. Trimester kedua kebanyakkan segala rasa mual dan sakit mula reda, keletihan berkurang, tidur menjadi lebih mudah. Pada trimester kedua atau bulan keempat, kelima dan keenam  perkembangan janin, cap jari bayi akan terbentuk, ciri wajahnya mula merupai orang dewasa dan bayi dapat merasakan makanan yang dimakan oleh ibunya.

  • Sekitar minggu ke 16 bayi akan mula menendang atau bergerak untuk pertama kalinya.
  • Sekitar minggu ke 17 bayi mula menyedut cecair ketuban.
  • Pada minggu 18 hingga minggu ke 21 jantina akan mula terbentuk dengan jelas semasa membuat ultrasound.
  • Sekitar 20 minggu bayi dapat mendengar suara ibunya, ini merupakan masa yang penting untuk perkembangan deria seperti berbau, melihat, mendengar dan menyentuh. Walaupun jarang berlaku seorang bayi yang beratnya kurang dari 0.5kg boleh dilahirkan pada minggu ke 20 dan kemungkinan dapat hidup dengan bantuan dari pihak hospital dan perubatan.
  • Pada minggu ke 21 bayi mula gemu dan menambah lemak dengan stabil agar tetap hangat serta mengekalkan suhu badannya.
  • Pada minggu ke 23 janin setara dengan bayi yang baru lahir kecuali dia adalah versi yang nipis kerana belum cukup lemak di badan.
  • Pada minggu ke 25 bayi boleh bernafas dengan lebih banyak ketika beratnya melebihi 0.6kg. Otaknya tumbuh dengan cepat, dan bayi juga tumbuh dengan cepat dan akan mengisi ruang di dalam rahim anda.
  • Pada minggu ke 26 bayi akan melakukan pergerakan penafasan tanpa udara di paru-parunya dan imbasan otak janin akan menunjukkan tindak balas terhadap sentuhan.

Baca selanjutnya tentang apa perlu dijangkakan pada trimester kedua.

Trimester Ketiga

Trimester ketiga ialah pada minggu ke -27, ketika janin melakukan sebahagian besar pertumbuhannya. Selama tiga bulan perkembangan janin terakhir ini, mata bayi mula terbuka, menyedut ibu jarinya, otak dan kepalanya tumbuh lebih besar, telinga mula mendengar bunyi, paru-paru dan ginjalnya mula matang dan kuat.

Akhir sekali minggu ke 38, selalunya bayi mempunyai berat rata-rata 3.4kg dan panjangnya 18 hingga 20 inci.

Baca lebih lanjut tentang langkah seterusnya apabila anda berada di trimester ketiga.