✅(Checklist) Senarai Semak Perkara Yang Dilarang Ketika Hamil✅

3 min bacaan

Setiap wanita hamil menginginkan hanya yang terbaik kesihatan si kecil. Selain ibu, ahli keluarga yang lain juga setia menanti dan tidak sabar menunggu kelahiran si comel. Fasa kehamilan merupakan masa yang sangat penting bagi setiap wanita, oleh itu banyak perkara yang dilarang ketika hamil dan diperhatikan pada waktu ini.

Petua-petua serta tips-tips yang pernah dikongsi oleh ibu anda masa dulu mungkin berguna untuk anda. Berikut adalah antara perkara yang dilarang ketika hamil atau pantang larang untuk menjaga kesihatan ibu dan bayi.

Makanan yang dilarang ketika hamil

Makanan yang dilarang ketika hamil

  1. ✅ Kurangkan diet yang terdiri daripada herba-herba, seperti kemangi, atau kayu manis yang boleh mengganggu sistem pencernaan anda.
  2. ✅ Telur mentah juga tidak boleh dimakan kerana anda boleh mengalami keracunan salmonella. Walau bagaimanapun, makanan yang dibuat dari telur yang dipasteurisasi seperti aiskrim atau kek tidak membahayakan.
  3. ✅ Daging mentah atau kurang masak juga perlu dielakkan. Sentiasa panaskan atau memasak daging yang telah dibeli dengan betul bagi memastikan ia bebas dari bakteria.
  4. ✅ Selain itu, pastikan semua buah-buahan dan sayur-sayuran dicuci sebelum dimakan.
  5. ✅ Terdapat beberapa jenis ikan yang perlu dielakkan semasa kehamilan. Antaranya ialah ikan yu, tenggiri, ikan todak dan ikan jubin. Bagi peminat sushi, anda juga perlu berehat sementara dari mengambil makanan kegemaran anda ini. Kerang juga perlu dielakkan semasa kehamilan.
  6. ✅ Produk tenusu seperti susu yang tidak dipasteurisasi, keju lembut seperti camembert, keju feta, keju brie dll juga perlu dielakkan untuk keselamatan bayi. Hanya keju yang diperbuat daripada susu pasteur selamat dimakan.
  7. ✅ Kafein dan alkohol juga boleh membahayakan ibu dan bayi, oleh itu elakkan pengambilannya sepanjang kehamilan. Beberapa doktor membenarkan pengambilan kafein yang sedikit, namun anda perlu dapatkan nasihat doktor sebelum meminum secawan kopi.
  8. ✅ Jangan makan makanan segera atau makanan ringan untuk keselamatan bayi anda.
  9. ✅ Makanan yang disimpan di dalam peti sejuk lebih dari 12 jam juga perlu dielakkan. Pastikan anda hanya mengambil makanan yang segar sahaja.

Gaya hidup dan faktor lain

Gaya hidup dan faktor lain perkara yang dilarang ketika hamil

  1. ✅Elakkan berendam di dalam air yang sangat panas atau berada dalam sauna untuk tempoh yang lama. Kedua-dua adalah perkara yang dilarang ketika hamil kerana ianya berisiko kepada bayi dalam kandungan anda.
  2. ✅Periksa dahulu produk kecantikan yang biasa anda gunakan untuk mengenalpasti tiada bahan terlarang dalam produk kosmetik anda.
  3. ✅Dalam masa yang sama juga elakkan untuk mewarnakan rambut anda semasa hamil. Kandungan toksik pewarna rambut berisiko ke atas bayi anda.
  4. ✅Sentiasa rujuk doktor sebelum mengambil ubat batuk dan antibiotik kerana sesetengah ubat berbahaya untuk diambil semasa hamil.
  5. ✅Bersenam adalah baik semasa hamil, namun lakukan senaman ringan sahaja seperti berjalan, berjoging atau berenang. Elakkan senaman yang lasak seperti melompat atau berjalan dengan pantas.
  6. ✅Wanita hamil juga dilarang untuk mengangkat barang yang berat, duduk dengan keadaan kaki bersilang atau berdiri dengan lama.
  7. ✅Merokok dilarang sama sekali, ia sangat berbahaya kepada janin. Anda perlu jauhkan diri dari ubat haram atau persekitaran yang membahayakan seperti pub atau kelab.
  8. ✅Racun pembersih juga boleh membahayakan anda, seperti gas dapur yang mengandungi karbon monoksida. Periksalah dapur anda dengan kerap supaya tidak berlaku kebocoran gas.
  9. ✅Bagi pencinta haiwan, perkara yang dilarang ketika hamil adalah mungkin anda perlu kurangkan pergaulan dengan haiwan peliharaan anda.

Kaedah rawatan yang mudah

Kaedah rawatan yang mudah perkara yang dilarang ketika hamil

  1. ✅Elakkan vaksinasi yang tidak perlu dan radiasi dari x-ray yang boleh membahayakan.
  2. ✅Jangan memakai pakaian yang tidak selesa dan ketat, rehat yang banyak supaya tidak berasa letih atau tertekan.
  3. ✅Elakkan perjalanan udara serta terdedah kepada medan elektromagnetik seperti telefon bimbit dan komputer. Selimut elektrik dan pemanas tempat tidur air berisiko kepada tumbesaran bayi.
  4. ✅Aktiviti seksual semasa hamil juga mungkin adalah perkara yang dilarang ketika hamil kerana boleh membahayakan bayi, dapatkan nasihat doktor tentang kaedah yang selamat untuk bersama pasangan anda.
  5. ✅Perkara terakhir ialah perhatikan gejala yang pelik atau sebarang ketidakselesaan yang anda alami semasa kehamilan. Segera rujuk doktor anda sekiranya keadaan menjadi lebih teruk. Jangan tunggu atau anda mungkin terlambat untuk menyelamatkan diri serta bayi anda.