Berasa Waswas Dengan Pergerakan Bayi Dalam Kandungan?

3 min bacaan

Kehamilan adalah suatu perkara indah yang ditunggu oleh setiap wanita. Mana-mana wanita hamil pasti teruja untuk membuat ‘research’ tentang apa yang mereka akan hadapi sepanjang fasa kehamilan mereka. Kemudian secara tiba-tiba, anda merasai pergerakan bayi dalam kandungan serta tendangan pertama bayi anda. Emosi yang bercampur baur ini; gembira, terharu dan teruja dalam masa yang sama akan membuatkan anda menjadi lebih risau tentang kandungan anda.

Menurut pakar perubatan, tiada corak pergerakan yang khusus untuk bayi yang dikandung. Jika anda berasa sangsi dengan pergerakan bayi dalam kandungan anda, rujuklah doktor anda tentang perkara ini. Jangan dengar nasihat jiran sebelah rumah atau pandangan rakan-rakan yang tiada pengetahuan khas tentang bayi dan kehamilan.

Tak perasan minggu kehamilan anda? Guna Kalkulator kehamilan mingguan ini.

Fakta tentang pergerakan bayi dalam kandungan

Fakta tentang pergerakan bayi dalam kandungan

Pengalaman setiap ibu tentang pergerakan bayi dalam kandungan mereka berbeza-beza. Bagi yang sedang hamil anak pertama, mungkin tidak menyedari pergerakan janinnya pada awal kehamilan. Berlainan pula dengan yang telah melalui kehamilan sebelum ini, mereka lebih peka dengan pergerakan janin dan dapat membezakan ia dengan angin yang bergerak dalam perut mereka.

Pergerakan bayi dalam kandungan biasanya akan mula dirasai pada minggu ke 15 hingga minggu 18 kehamilan, bermaksud bulan ke 5 atau ke 6. Sesetengah ibu pula mengakui telah mula merasai pergerakan bayi dalam kandungan seawal minggu ke 13.

Tahukah anda bahawa bayi anda akan bergerak apabila anda tidur atau berehat? Bayi anda akan mengenal keadaan anda; sama ada anda sedang berehat dengan tenang dan memulakan pergerakan dan tendangannya. Namun ada juga yang telah terbiasa dengan aktiviti anda dan bergerak mengikut masanya sendiri.

Mulai minggu ke 8, bayi anda akan berkembang dan membesar serta belajar beberapa pergerakan kecil seperti membongkok ke sisi, menggerakkan kepala, tangan atau kaki. Pada waktu ini juga, bayi anda akan mula belajar menelan, menghisap, dan membuka rahangnya. Jika anda membuat ujian ultrasound, anda juga akan dapat melihat bayi anda berusaha menyentuh mukanya dengan tangannya! Waktu inilah anda akan dapat merasai bayi bergerak dengan sangat kuat.

Pergerakan bayi dalam kandungan mengikut minggu

Pergerakan bayi dalam kandungan mengikut minggu

Minggu 20 – 24

Anda mungkin dapat merasai bayi anda bergerak atau berpusing. Pergerakannya juga akan lebih aktif pada waktu siang.

Minggu 24 – 28

Bayi anda akan mulai bertindak balas pada suara atau bunyi di luar seperti muzik atau pintu yang ditutup. Anda juga akan dapat merasai pergerakan janin anda yang ringan apabila dia tersedu di dalam perut.

Minggu 29 -32

Ruang di dalam rahim yang mulai menjadi sempit akan membuatkan pergerakan janin anda menjadi lebih ketara. Anda mungkin akan berasa sakit sedikit kerana bayi anda akan cuba meregangkan dirinya oleh itu pergerakannya lebih kuat dari biasa.

Minggu 33 – 36

Bayi anda akan berada dalam posisi ‘bersedia untuk kelahiran’ iaitu kepala ke bawah. Kadang kala anda akan berasa pergerakan kepala bayi anda di sekitar pelvis anda. Apabila kepala bayi benar-benar jatuh atau berada di laluan kelahiran, anda akan dapat merasakan tendangan di sisi atas rahim berhampiran tulang rusuk.

Minggu 36 – 40

Kepala bayi anda berada di lantai pinggul pada ketika ini. Saiz bayi akan bertambah pada waktu ini dan pergerakannya menjadi lebih lambat ketika ini. Anda akan dapat merasai kepala bayi berpusing dan tendangan di tulang rusuk. Anda akan berasa sakit pada saat kelahiran tetapi bersabarlah, kerana keajaiban yang anda nantikan selama sembilan bulan akan berada di tangan anda.

jalani pemeriksaan ultrasound untuk memastikan posisi bayi pergerakan bayi dalam kandungan

Pergerakan bayi dalam kandungan adalah perkara yang mengujakan bagi setia wanita hamil. Namun setiap ibu akan mengalami keadaan yang berbeza-beza. Sekiranya anda ingin memahami corak pergerakan janin anda dengan lebih mendalam, hubungilah doktor anda untuk mendapat maklumat lanjut.

Jika anda berasa waswas dengan keadaan bayi anda, anda boleh jalani pemeriksaan ultrasound untuk memastikan posisi bayi anda. Sekiranya bayi anda tidak berada di posisi yang betul, doktor anda akan membantu anda dengan beberapa cadangan untuk mengubah kedudukannya ke posisi yang sepatutnya.