14 Tips Dan Peranan Suami Ketika Isteri hamil

4 min bacaan

Kehamilan ialah pengalaman yang dinanti-nantikan oleh setiap wanita. Kenangan yang indah yang dinikmati bersama pasangan anda akhirnya akan bertambah dengan kehadiran ahli keluarga ketiga. Sepanjang tempoh kehamilan, wanita akan mengalami pelbagai gejala akibat perubahan hormon yang terjadi pada tubuhnya. Pada waktu inilah suami perlu memainkan peranan suami ketika isteri hamil yang penting untuk memastikan tempoh kehamilan selama 9 bulan berjalan dengan lancar untuk yang tersayang.

Peranan Suami Ketika Isteri hamil

Saat pertama memegang bayi anda sendiri tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Namun di sebalik saat yang menggembirakan ini, suami atau ayah harus bersedia melalui perjalanan ‘roller coaster’ bersama pasangan mereka.

Berikut adalah antara perkara yang dapat dilakukan oleh suami untuk menolong isteri mereka yang sedang hamil.

Tangani ‘mood swing’

Peningkatan hormon semasa kehamilan membuatkan seseorang wanita hamil itu mempunyai emosi yang bercampur baur. Perasaan takut dengan kesakitan semasa bersalin atau risau tentang kenaikan berat badan yang berlebihan akan membuatkan bakal-bakal ibu marah dan tertekan. Pada waktu inilah suami perlu memujuk atau menenangkan isteri mereka sepanjang masa.

Menjadi sahabat yang baik

Semasa kehamilan para isteri berasa risau dengan keadaan fizikal mereka yang tidak lagi kelihatan menarik bagi suami mereka. Pada saat-saat inilah suami perlu memberikan jaminan yang berterusan pada isteri mereka bahawa mereka tetap kelihatan cantik walaupun semasa kehamilan. Bakal-bakal ayah juga boleh berbual dengan bayi di dalam perut sambil meluangkan masa berkualiti dengan isteri anda.

Hormati privasi

Bagi wanita yang mengalami kehamilan pertama mereka, perhatikan tingkah laku semasa menyampaikan berita baik ini kepada keluarga dan rakan. Suami perlu menghormati keputusan isteri anda di dalam hal-hal begini.

Membelikan makanan yang diidami oleh isteri

Membelikan makanan yang diidami oleh isteri peranan suami ketika isteri hamil

Sering berlaku wanita hamil menginginkan makanan yang mungkin berbeza dengan seleranya sebelum hamil. Rasa mengidam ini biasanya akan bermula pada bulan pertama kehamilan dan berakhir pada trimester pertama atau berlanjutan sepanjang tempoh kehamilan. Suami harus tenang dan berusaha memuaskan nafsu makan isteri sebaik mungkin.

Menghias bilik bayi

Adalah normal jika isteri anda mula merancang untuk menghias bilik bayi anda. Anda harus melibatkan diri sekerap yang mungkin untuk meringankan kerunsingan isteri anda. Anda mungkin boleh mencadangkan pemilihan warna yang sesuai untuk cat atau kertas dinding, membeli perabot, mainan dan langsir yang diperlukan.

Keluar membeli-belah

Temanilah isteri anda membeli-belah barang-barang seperti pakaian semasa hamil, pakaian selepas bersalin dan pakaian bayi. Isteri anda mungkin akan memilih kesemuanya sendiri namun kehadiran anda akan membuatnya berasa tenang.

Bantu meringankan tekanan fizikal

Isteri anda sedang mengalami tempoh kehamilan berat tambahan enam hingga lapan paun selama 9 bulan. Keadaan ini akan menyebabkan pembengkakan di kaki atau tangan dan rasa sakit di bahu. Suami boleh bersenam bersama dengan isteri untuk mengurangkan tekanan mereka.

Pemeriksaan rutin di klinik

Pemeriksaan rutin di klinik peranan suami ketika isteri hamil

Suami boleh temani isteri semasa lawatan rutin untuk memahami keadaan isteri dan bayi. Suami boleh mengemukakan soalan kepada doktor dan memberikan cadangan untuk memastikan kehamilan isteri berjalan dengan lancar. Salah satu saat terbaik dan pemeriksaan rutin ialah ketika suami melihat bayinya semasa ujian ultrasound dan mendengar degupan jantung bayi.

Memilih nama bayi

Salah satu aktiviti yang paling menarik lakukan bersama isteri anda ialah mencari beberapa bayi yang comel. Ini akan mengeratkan hubungan dengan isteri anda.

Menghadiri kelas Lamaze

Kelas Lamaze atau kelas kelahiran adalah disyorkan untuk pasangan yang sedang melalui tempoh kehamilan. Sesi ini sangat membantu ibu bapa yang melalui fasa kehamilan untuk kali pertama.

Merancang ‘baby shower’

Majlis ‘baby shower’ boleh diadakan sebagai kejutan kepada isteri pada bulan ke-6 atau ketujuh kehamilannya. Suami boleh menjemput semua rakan dan ahli keluarga, Jangan lupa untuk membelikan beberapa hadiah untuk isteri anda.

Rancang percutian pendek

Selepas kelahiran bayi, agak susah untuk pasangan merancang percutian mereka. Mungkin selepas bayi berusia 2 tahun, barulah isteri anda berpeluang untuk merancang percutian keluarga. Oleh itu anda boleh rancang percutian pendek yang tidak melibatkan aktiviti yang memenatkan.

Membuat kerja di rumah

Membuat kerja di rumah peranan suami ketika isteri hamil

Apabila tempoh kehamilan isteri semakin meningkat, pergerakkan mereka juga akan terbatas. Dalam sesetengah situasi, suami mungkin perlu bantu dalam hal ini. Selepas seharian penat di tempat kerja, pastinya suami ingin pulang dan menghabiskan masa berkualiti dengan isteri. Namun jika anda perlu melakukan kerja-kerja di rumah seperti membersih atau memasak, lakukanlah ia dengan rasa kasih sayang terhadap isteri anda.

Memohon cuti bersalin

Suami mungkin boleh merancang tarikh permohonan cuti bersalin bagi menemani isteri di rumah. Ini akan menggembirakan isteri anda dan mengurangkan tekanan yang mungkin dihadapi selepas kelahiran. Suami juga boleh menjadikan masa ini masa yang sesuai untuk menjaga dan memahami bayi yang baru lahir.