5 Punca Pening Kepala Ketika Hamil dan Tips Mengatasinya

4 min bacaan

Setiap wanita akan melalui fasa kehamilan dengan pelbagai perkara yang perlu dilakukan berbanding sebelum hamil. Merancang diet pemakanan yang sesuai, menentukan senaman ringan yang boleh dilakukan semasa hamil serta ubat-ubat yang boleh diambil atau perlu dielakkan. Sesetengah wanita mungkin berasa tertekan dengan perkara tambahan yang perlu diuruskan ini namun ia adalah untuk kebaikan diri sendiri serta untuk menjalani tempoh kehamilan dengan selesa sehingga kelahiran bayi yang ditunggu.

Oleh itu, terdapat beberapa situasi di mana anda mungkin akan berasa ringan atau pening kepala ketika hamil (lightheadedness) apabila terlalu memikirkan sesetengah perkara. Mesti soalan pertama anda, mengapa anda berasa begini walaupun anda seorang wanita bekerjaya yang sentiasa perlu membuat keputusan setiap hari?

Penjelasan saintifik di sebalik pening kepala ketika hamil

Ada penjelasan saintifik di sebalik keadaan ini ya. Sistem kardiovaskular wanita hamil berfungsi dua kali ganda dan menyebabkan berlaku banyak perubahan dalam tubuh. Denyutan jantung akan menjadi lebih laju dari biasa atau jantung akan mengepam darah lebih banyak dari biasa, dan jumlah darah yang meningkat sehingga 40% – 45% dari sebelumnya.

Wanita hamil yang sihat serta tidak melalui sebarang komplikasi, tahap tekanan darah akan menjadi normal pada beberapa bulan pertama. Ini diikuti dengan tahap tekanan darah yang rendah pada trimester kedua dan berubah kepada tahap tekanan yang normal pada trimester terakhir kehamilan anda.

Sistem kardiovaskular bersama sistem saraf membantu menyesuaikan keadaan tekanan darah anda yang turun-naik dalam badan anda. Ini adalah punca mengapa anda akan berasa ringan kepala atau pening kepala ketika hamil. Namun terdapat juga situasi di mana perkara ini tidak berlaku.

Penjelasan saintifik di sebalik pening kepala ketika hamil

Pening kepala semasa trimester ketiga

Ringan kepala atau pening kepala ketika hamil adalah tidak sama dengan rasa ingin pitam. Bagi seseorang yang belum hamil dan menjalani gaya hidup yang sihat dan mengamalkan diet pemakanan yang seimbang, kemungkinan untuk mengalami pening kepala ketika hamil tetap ada. Perubahan hormon semasa kehamilan boleh menyebabkan pelbagai gejala, dan pening kepala ialah salah satu darinya. Jika ini benar-benar berlaku semasa hamil, segera rujuk doktor anda kerana tubuh anda sedang cuba memberitahu anda sesuatu.

Trimester ketiga kehamilan iaitu sekitar minggu 27 hingga minggu 42, anda akan mengalami ketidakselesaan serta perubahan emosi dan fizikal. Bayi anda sedang membesar dan berkembang mengikut fasa kehamilan anda, dan perkara yang anda inginkan pastilah semuanya berjalan dengan baik.

Namun sesetengah wanita tidak menyedari perubahan minor yang mereka alami seperti sesak nafas atau pening kepala ketika hamil yang ringan. Adalah lebih baik untuk anda memahami dan membaca tentang gejala-gejala yang mungkin akan membuatkan anda tidak selesa semasa kehamilan supaya anda dapat bersedia, mental dan fizikal.

Kebanyakan wanita hamil akan mula berasa tidak selesa dengan sesetengah gejala kehamilan mulai trimester kedua. Ini berpunca daripada pengembangan rahim anda yang sedang menyesuaikan dengan bayi yang ditampung. Aliran darah ke otak yang berubah menjadi lebih perlahan membuatkan anda berasa sedikit pening, disertai dengan kadar gula dalam darah yang menurun yang menyebabkan komplikasi kesihatan semasa hamil.

Pening kepala semasa trimester ketiga

Punca ringan atau pening kepala ketika hamil

  1. Berdiri dengan cepat – semasa anda duduk, darah berkumpul di kaki anda. Apabila anda bangun dengan pantas, aliran darah tidak sempat untuk sampai ke bahagian atas badan anda menyebabkan anda berasa pening.
  2. Berbaring – kebanyakan wanita hamil yang menghampiri trimester ketiga akan mula berasa selesa dengan berbaring dan berehat. Mereka akan melakukan pelbagai aktiviti secara berbaring ; membaca atau menonton televisyen. Seiring dengan perkembangan bayi anda, aliran darah akan lebih tertumpu di rahim anda berbanding kaki. Ini menyebabkan urat menjadi mampat darah kembali mengalir ke jantung anda. Denyutan jantung anda akan meningkat manakala tekanan darah anda menurun.
  3. Hilang selera makan – jika anda tidak mengamalkan diet yang seimbang, kandungan gula dalam darah anda akan rendah. Ia akan menyebabkan anda berasa ringan atau pening kepala ketika hamil. Adalah penting untuk mengambil makan yang berkhasiat yang kaya dengan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh anda dan bayi anda. Minum air secukupnya, makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang sihat dapat mengelakkan dehidrasi, pening serta komplikasi kehamilan yang lain.
  4. Anemia – sel darah merah yang kurang dalam tubuh anda juga akan menyebabkan pening atau ringan kepala. Sel darah merah yang sedikit bermaksud oksigen yang dihantar ke otak berkurangan yang seterusnya membuatkan anda berasa pening.
  5. Panas melampau atau hipervenyilasi – mandi air panas atau berada di ruang yang panas dengan lama akan melebarkan saluran darah anda. Tekanan darah akan turun dan membuatkan anda berasa pening. Hiperventilasi yang berpunca daripada senaman yang berlebihan juga akan membuatkan seseorang wanita hamil berasa ringan kepala.

Punca ringan atau pening kepala ketika hamil

Rawatan untuk ringan atau pening kepala ketika hamil

  • Bangun dengan perlahan jika anda sedang berbaring. Mulakan dengan mengiring ke sisi, menolak badan dengan tangan anda dan bangun dengan perlahan-lahan.
  • Jika anda berasa pening apabila sedang melakukan sesuatu seperti berdiri, berjalan atau bekerja, duduk atau berbaring sementara. Ini dapat menghilangkan rasa pening itu dengan segera.
  • Meletakkan kepala antara dua lutut sambil berehat.
  • Semasa berbaring di atas katil, tidur di sisi kiri anda kerana ini akan dapat meningkatkan aliran darah
  • Bangun dari katil secara perlahan-lahan.
  • Minum air dengan banyak (air suam dan jus buah-buahan) dan makan makanan yang sihat. Kurangkan atau lebih baik elakkan makanan berlemak dan pedas.

Ingatlah untuk sentiasa merujuk doktor anda jika anda berasa tidak selesa atau risau tentang gejala-gejala kehamilan yang anda alami. Sekiranya anda mengalami sakit kepala yang teruk, hilang deria rasa, pendarahan, penglihatan kabur, pitam, gangguan penglihatan, jantung yang berdenyut dengan laju atau gangguan lain pada anggota badan, segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan pemeriksaan yang lebih lanjut.