Cara Pengiraan Usia Kehamilan Mudah Saja

2 min bacaan

Untuk memahami atau membuat pengiraan usia kehamilan sendiri tentang jumlah minggu kehamilan anda boleh menjadi sangat sukar. Walaupun begitu terdapat beberapa cara yang berbeza untuk menentukan jumlah minggu kehamilan anda.

Di antaranya adalah penggunaan kalkulator kehamilan, kalkulator tarikh akhir datang haid, aplikasi kalendar kehamilan, atau

Kaedah yang paling berkesan dan dipercayai ialah mengira usia kehamilan dengan mengetahui kitaran haid terakhir.

Cara ini dikatakan mampu meneka jumlah minggu kehamilan seseorang ibu sekaligus menetapkan tarikh kelahiran bayi. Fahami bagaimana faktor-faktor ini dapat membantu dalam pengiraan usia kehamilan anda. Antara dua kaedah yang paling sering digunakan untuk mengira usia kehamilan adalah:

Kitaran Menstruasi atau Haid Terakhir

Ia merupakan salah satu kaedah tertua dan terbukti keberkesanannya dalam pengiraan usia kehamilan wanita. Dengan mengesan kitaran haid seseorang wanita itu, usia kehamilan serta tarikh kelahiran bayi dapat ditentukan. Oleh itu,

Usia kehamilan anda dianggap bermula pada hari pertama kitaran haid terakhir anda dan ia dikira dengan jumlah 40 minggu kehamilan.

Walau bagaimanapun pada waktu itu, anda dianggap belum hamil dan ia dikira dengan jumlah 40 minggu kehamilan. Oleh itu,

  • Soalan pertama yang akan ditanya oleh doktor atau pakar sakit puan adalah apakah tarikh terakhir anda didatangi haid.
  • Soalan kedua pula adakah kitaran haid anda normal dan selama berapa harikah ini berlaku.

Guna Kalkulator Usia Kandungan atau Kalkulator Kehamilan Mingguan ini.

Hari Ovulasi

Kaedah kedua untuk menentukan usia kehamilan ialah dengan mula mengira hari pembenihan atau juga dikenali sebagai hari ovulasi. Tarikh bagi hari pembenihan ini biasanya akan diberi keutamaan atau ditandakan bagi sesiapa yang menggunakan aplikasi menstruasi.

Kaedah ini pula mengira jumlah usia janin yang merupakan salah satu kaedah tepat untuk menentukan usia kehamilan.

Baca selanjutnya mengenai perbezaan antara usia kehamilan VS usia janin.

Umumnya setiap wanita yang ingin hamil akan mengenalpasti hari-hari ovulasi mereka untuk langkah seterusnya. Sesetengah wanita akan merujuk doktor mereka dan menjalani ujian ultrasound untuk menjalani ujian mengetahui tarikh atau tempoh ovulasi mereka dengan tepat.

Namun untuk mengira usia kehamilan dengan menggunakan tarikh ovulasi anda, anda perlu bermula pada minggu 0 dan seminggu selepas itu diikuti dengan kehamilan 3 minggu.

Bagi yang menggunakan kaedah ini, trimester pertama kehamilan berjumlah sebanyak 10 minggu berbanding 12 minggu yang digunakan dengan kaedah lain. Berbanding dengan kaedah pengiraan kitaran haid,

Kehamilan dikira sehingga minggu ke-38 jika anda menggunakan kaedah pengiraan hari ovulasi.

Terdapat pelbagai kaedah atau cara yang boleh digunakan dalam pengiraan usia kehamilan anda. Adalah penting untuk anda faham bahawa kaedah yang digunakan oleh doktor anda mungkin berbeza dengan apa yang anda amalkan di rumah.

Jika anda ingin mendapatkan kepastian tentang cara pengiraan usia kehamilan anda yang diberikan oleh doktor anda, dapatkan maklumat yang lanjut supaya anda tidak menggunakan cara pengiraan usia kehamilan yang salah. Pengetahuan asas tentang cara-cara untuk mengira usia kehamilan adalah berguna bagi setiap wanita hamil.

Tahukah anda perbezaan kepada mana-mana kaedah ini mungkin hanya berbeza antara dua atau tiga hari?

Ini kerana dengan memahami usia kehamilan anda sendiri, anda boleh melakukan persiapan awal dan mengelakkan sebarang aktiviti atau kalkulator kehamilan.