Cara Pengiraan Tarikh Kelahiran Bayi (Due Date)

3 min bacaan

Kalkulator pengiraan tarikh kelahiran bayi yang paling kerap digunakan adalah Peraturan Naegele atau Naegele’s Rule. Ia menggunakan formula matematik untuk mengira tarikh kelahiran yang paling hampir. Doktor Naegele menganggap bahawa kitaran haid biasanya berlangsung selama 28 hari dan proses ovulasi akan terjadi pada hari ke-14. Menurut beliau,

Tempoh kehamilan manusia adalah sekitar 266 hari dari hari pembenihan atau 280 hari dari tarikh haid terakhir atau LMP.

Oleh itu tarikh kelahiran biasanya dikira dengan mencampurkan 7 hari dengan hari pertama LMP. Sebagai contoh, sekiranya tarikh hari pertama haid terakhir ialah pada 1 Januari 2013. Oleh itu tarikh kelahiran yang dijangka pula jatuh pada 8 Oktober 2013.

Terdapat sesetengah keadaan di mana jangkaan tarikh kelahiran mungkin salah. Ini mungkin disebabkan oleh tarikh haid terakhir yang diberikan mungkin salah. Ada kemungkinan pendarahan akibat haid sebenarnya disalah anggap dengan pendarahan implantasi. Begitu juga dengan pengiraan sebaliknya. Agak sukar juga sebenarnya untuk pengiraan tarikh kelahiran bayi yang sebenar.

Atau guna Kalkulator berikut untuk mengenalpasti tarikh kelahiran bayi

Manakala ketepatan tarikh kelahiran yang dikira dengan menggunakan Peraturan Naegele pula, faktor utama ini adalah tempoh ovulasi. Walaupun Doktor Naegele berpendapat bahawa operasi akan berlaku pada hari ke 14 kitaran haid, tidak semua wanita mengalami tempoh yang sama.

Faktor lain yang tidak diambilkira seperti etnik, rawatan pranatal, pemeriksaan pranatal, pemakanan dan masalah kesihatan yang lain boleh mengubah ketepatan pengiraan tarikh kelahiran bayi.

Antara kaedah yang digunakan untuk mengenalpasti tarikh kelahiran adalah melalui ujian ultrasound. Ia berkesan sekiranya bakal-bakal ibu tidak pasti tentang tarikh haid mereka yang terakhir. Bagi mendapat keputusan yang tepat, ujian ini perlu dilakukan pada trimester pertama iaitu sekitar minggu ke-12 hingga 13 kehamilan.

Yang Berkaitan:  Berasa Waswas Dengan Pergerakan Bayi Dalam Kandungan?

Selain itu kombinasi faktor-faktor lain seperti hormon luteinizing, suhu badan, nada jantung janin, pergerakan janin kali pertama dan ketinggian rahim perlu dipertimbangkan dalam proses pengiraan tarikh kelahiran bayi.

Tempoh kehamilan (40 minggu) seseorang wanita dan bayinya itu terbahagi kepada tiga fasa. Setiap fasa akan menyaksikan perbezaan perubahan dari segi fizikal dan emosi yang akan dialami oleh kebanyakan wanita hamil. Doktor akan membuat perkiraan mengikut tarikh akhir haid seperti yang diberitahu oleh bakal-bakal ibu.

Walau bagaimanapun, ada kemungkinan di mana bayi tidak akan lahir pada tarikh yang telah ditetapkan. Ia boleh berlaku sekitar 10 – 14 hari, sebelum atau selepas tarikh yang dijangka. Bayi yang dilahirkan sebelum minggu ke 37 dianggap sebagai kelahiran pramatang, dan bayi yang dilahirkan selepas minggu ke 42 dikenali sebagai kelahiran ‘overdue’.

Menurut statistik, sekitar 5% wanita hamil melahirkan bayi mereka pada tarikh kelahiran yang dijangka dan sekitar 80 peratus yang melalui proses kelahiran 10 hari selepas tarikh kelahiran yang dikira.

Terdapat pelbagai kaedah atau cara yang boleh digunakan untuk pengiraan tarikh kelahiran bayi anda. Adalah penting untuk anda faham bahawa kaedah yang digunakan oleh doktor anda mungkin berbeza dengan apa yang anda amalkan di rumah.

Jika anda ingin mendapatkan kepastian tentang cara pengiraan usia kehamilan anda yang diberikan oleh doktor anda, dapatkan maklumat yang lanjut supaya anda tidak menggunakan cara pengiraan tarikh kelahiran bayi yang salah. Pengetahuan asas tentang cara-cara untuk mengira usia kehamilan adalah berguna bagi setiap wanita hamil.

Ini kerana dengan memahami usia kehamilan anda sendiri, anda boleh melakukan persiapan awal dan mengelakkan sebarang aktiviti atau makanan yang boleh membahayakan anda dan bayi.

Yang Berkaitan:  Perbezaan Antara Usia Kehamilan VS Usia Janin