5 Pengalaman Mengandung Paling Mencabar Ketabahan

5 Pengalaman Mengandung Paling Mencabar Ketabahan

3 min bacaan

‘Kenapa saya berasa lenguh-lenguh badan ni?’ ‘Alamak..bau apa ni?’ Inilah perkara yang hampir setiap wanita hamil alami. Pengalaman mengandung baharu ini hanya berlaku sepanjang fasa kehamilan dan ada sesetengah wanita hamil bertuah tidak mengalaminya.

Sepanjang lapan bulan pengalaman mengandung, anda telah berjaya mengharungi pelbagai rasa tidak selesa, ‘morning sickness’ yang mungkin berlaku sepanjang hari serta beberapa simptom kehamilan yang lain. Tahniah di atas ketabahan dan kesabaran anda, bakal-bakal ibu.

Kesukaran bernafas

Apabila wanita semakin menghampiri pengalaman mengandung terakhir mereka, ukuran ketinggian rahim mereka yang juga semakin meningkat akan memberikan tekanan yang besar pada diafragma dan paru-paru. Ini menyebabkan wanita hamil berasa sesak nafas dan sukar untuk bernafas. Bakal-bakal ibu ini juga akan berasa mudah mengah walaupun hanya melakukan aktiviti harian biasa seperti memasak dan berjalan.

Kontraksi Braxton Hicks

Mana-mana wanita hamil pasti teruja untuk membuat ‘research’ tentang apa yang mereka akan hadapi sepanjang pengalaman mengandung mereka. Kontraksi Braxton Hicks ialah di antara perkara popular yang dibaca oleh wanita-wanita hamil untuk memahami perbezaannya dengan kontraksi sebenar. Jadi, apakah Kontraksi Braxton Hicks?

 

Kontraksi Braxton Hicks pengalaman mengandung

Ia adalah seperti persediaan atau latihan untuk wanita hamil sebelum kontraksi sebenar. Anda mungkin akan berasa tidak selesa di bahagian perut serta kekejangan, jangan risau kerana ia adalah Braxton Hicks. Kontraksi ini akan membantu melembutkan serviks supaya anda dapat melalui proses kelahiran yang lancar dan mudah. Bakal-bakal ibu akan berasa sakit di bahagian abdomen, perut dan belakang seterusnya membuat anda bersedia secara mental untuk berhadapan dengan kelahiran sebenar.

Sakit badan

Apabila wanita hamil berasa tidak selesa atau sakit di seluruh badan, ini bermaksud mereka memerlukan rehat yang secukupnya. Semakin mereka menghampiri 9 bulan pengalaman mengandung, rasa sakit itu akan bertambah dan meningkat. Pertambahan berat badan dan peningkatan ketinggian rahim sedikit sebanyak memberi tekanan ke atas wanita hamil. Ini menyebabkan pergerakan yang ringan seperti berdiri atau berjalan akan membuatkan mereka tidak selesa dan berasa sakit-sakit badan.

Kerap buang air

Kerap buang air pengalaman mengandung

Semasa hamil, anda akan berasa tekanan yang berat di bahagian pelvis anda. Selain itu, kedudukan bayi dalam kandungan yang berada di kawasan otot pelvis juga memberi tekanan kepada bakal-bakal ibu hingga membuatkan mereka kerap membuang air kecil. Kunjungan ke tandas akan meningkat, dan ia akan membuatkan wanita hamil kepenatan berulang alik apabila terasa ingin membuang air.

Sembelit dan isu penghadaman

Sesetengah wanita hamil yang bertuah dan tidak berasa mula atau mengalami ‘morning sickness’ mungkin akan menghadapi masalah sembelit dan gangguan penghadaman pula. Semasa kehamilan, hormon yang dikenali sebagai progesterone akan dirembeskan secara berlebihan untuk membantu melonggarkan otot-otot dan usus sebagai persediaan kelahiran. Walau bagaimanapun, hormon ini juga menyebabkan masalah sembelit, kesukaran membuang air besar dan menyukarkan kontraksi. Ini juga akan membuatkan gangguan penghadaman, angin serta wanita hamil berasa mual dan loya.

Sembelit dan isu penghadaman

Wanita hamil tidak akan mengalami perubahan fizikal sepanjang 9 bulan pengalaman mengandung (kecuali perut yang semakin membesar). Apa yang akan mengganggu mereka ialah perubahan emosi dan mental yang perlu dipantau dan dijaga. Kemurungan mungkin dialami oleh wanita hamil apabila mereka misalnya berasa cemas atau takut melahirkan anak. Tekanan akibat keletihan juga membimbangkan dan setiap wanita hamil perlu mendapatkan nasihat doktor tentang perkara ini.

Ada juga situasi apabila wanita-wanita ini tertekan apabila terlalu memikirkan bagaimana anak mereka akan dibesarkan dan adakah mereka mampu menjadi ibu yang baik untuk anak mereka. Bakal-bakal ibu ini perlu menjalani latihan pernafasan, meditasi dan rehat secukupnya. Sabar dan tabah dari segi emosi dan mental perlu diamalkan oleh setiap wanita hamil untuk bersedia menghadapi hari bersejarah mereka.