7 Situasi Pendarahan Ketika Hamil Tiap Semester

3 min bacaan

Apabila seseorang wanita itu hamil pendarahan menstruasinya akan berhenti. Sekiranya berlaku pendarahan ketika hamil ini adalah perkara yang perlu diperhatikan. Sekiranya pendarahan pada trimester pertama ia mungkin dianggap sebagai perkara yang normal bagi sesetengah wanita. Bagaimanapun ia tetap berisiko dan memerlukan perhatian yang penuh dari anda kerana ia mungkin membahayakan anda serta bayi anda.

Pendarahan ketika hamil

Berikut adalah antara punca yang menyebabkan pendarahan ketika hamil.

Pendarahan semasa trimester pertama

Kebanyakan wanita hamil akan mengalami pendarahan awal kehamilan yang ringan atau spotting pada trimester pertama.

Pendarahan semasa trimester pertama

Implantasi

Kajian menunjukkan bahawa satu dari empat wanita hamil akan melalui pengalaman ini. Ia berlaku sekitar 10 hingga 14 hari selepas persenyawaan dan juga disebut sebagai pendarahan implantasi. Darah yang keluar berwarna coklat atau merah cair dan berlaku sekitar dua hari. Sekiranya pendarahan berlanjutan lebih dari dua hari serta berubah warna yang gelap, hubungi doktor anda dengan segera.

Keguguran

Keguguran biasanya berlaku pada 12 minggu pertama fasa kehamilan. Jika anda mengalami pendarahan ketika hamil diiringi dengan kekejangan perut, demam, menggigil serta ketidakselesaan yang biasa dialami semasa menstruasi ini mungkin petanda keguguran. Segera dapatkan rawatan dan jalani pemeriksaan pelvis di hospital atau klinik terdekat untuk memahami keadaan bayi anda. Pendarahan selepas hubungan seks juga akan berlaku pada trimester pertama.

Kehamilan Ektopik

Kehamilan ektopik juga merupakan satu punca serius yang menyebabkan pendarahan ketika hamil pada awal kehamilan. Telur yang disenyawakan akan melekat di beberapa tempat di luar rahim seterusnya membahayakan ibu serta janin. Ujian sonografi dapat membantu menentukan tanda-tanda kehamilan ektopik serta mengenalpasti langkah-langkah yang sesuai untuk menyelamatkan nyawa ibu dan kandungan.

Pendarahan semasa trimester kedua

Sekiranya anda mengalami pendarahan ringan atau spotting semasa trimester kedua, inilah masanya untuk anda berasa bimbang atau panik. Pendarahan pada trimester kedua adalah tidak normal terutamanya bagi ibu yang tidak memiliki sejarah pendarahan atau spotting sepanjang kehamilan mereka.

Pendarahan semasa trimester kedua

Gangguan Plasenta

Antara penyebabnya ialah gangguan plasenta yang berlaku ketika plasenta dipisahkan dari rahim akibat yang trauma yang berlaku secara tiba-tiba seperti jatuh atau kemalangan. Ia juga berlaku kepada wanita yang berusia 35 tahun ke atas menderita tekanan darah tinggi, mengalami anemia sel sabit serta yang memiliki sejarah gangguan plasenta. Wanita yang menyalahgunakan kokain atau dadah juga menderita dari keadaan yang serius ini. Rawatan perubatan diperlukan dengan segera bagi wanita hamil yang mengalami sebarang gejala berkaitan.

Plasenta Previa

Punca lain seperti plasenta previa di mana plasenta meliputi serviks boleh juga menyebabkan pendarahan. Ia adalah pendarahan yang tidak menyakitkan dan berlaku selepas Ibu melakukan aktiviti seks. Kawasan plasenta yang masih rendah di dalam rahim terganggu dengan aktiviti lasak yang dilakukan oleh ibu dan ia memerlukan rawatan perubatan dengan segera. Keadaan ini biasanya terjadi pada wanita yang hamil kembar atau kembar tiga atau yang telah menjalani pembedahan cesarean.

Pendarahan semasa trimester ketiga

Pendarahan ketika hamil yang berlaku pada trimester ketiga mungkin kerja dari semua faktor yang disebutkan di atas.

Pendarahan semasa trimester ketiga

Serviks terbuka

Salah satu daripadanya adalah serviks yang tidak kompeten di mana serviks yang terbuka sebelum tiba masa untuk persenyawaan atau pembenihan. Keadaan ini adalah berisiko tinggi dan boleh menyebabkan pendarahan seterusnya keguguran.

Petanda awal kelahiran

Faktor lain yang menyebabkan pendarahan semasa trimester ketiga ialah kewujudan lendir yang terdiri daripada darah yang melalui pangkal rahim. Ini adalah petanda awal kelahiran dan berlaku sebelum minggu ke 37 kehamilan. Sesetengah wanita hamil juga mungkin akan mengalami kesakitan di bahagian bawah perut dan berasa sakit belakang. Anda juga mungkin akan mengalami kontraksi serta pengembangan rahim dan perlu dirujuk hospital dengan segera.

Semua keadaan pendarahan ketika hamil ini biasa berlaku semasa kehamilan. Keluar darah atau cecair berwarna coklat pada awal kehamilan mungkin bukan perkara yang serius. Walau bagaimanapun, hubungilah doktor anda setiap kali perkara ini berlaku untuk mendapatkan kepastian tentang keadaan anda dan bayi.