Pemakanan Untuk Ibu Hamil Yang Betul

4 min bacaan

Pemakanan Untuk Ibu Hamil Yang Betul

Sesetengah wanita berpendapat pengalaman kehamilan bukanlah satu perkara yang sukar untuk dilalui. Namun pengalaman setiap wanita hamil itu berbeza-beza dan ada mungkin terpaksa melalui keadaan yang lebih rumit. Mereka mungkin terpaksa berhadapan dengan gejala-gejala kehamilan yang yang tidak begitu selesa seperti mual-mual, keletihan atau pembengkakan tangan dan kaki.

Namun tahukah anda bahawa amalan pemakanan untuk ibu hamil yang sihat sepanjang kehamilan dapat mengurangkan gejala-gejala serta komplikasi kesihatan semasa hamil?

Kajian terkini menunjukkan terdapat kaitan antara amalan pemakanan dengan kehamilan. Bagi wanita hamil yang mengamalkan pemakanan yang berkhasiat dan sihat, pelbagai manfaat yang diperolehi oleh tubuh serta bayi mereka berbanding dengan wanita hamil yang tidak mengamalkan pemakanan seimbang.

Pengambilan makanan yang sihat dan kaya dengan nutrien diperlukan bagi menjamin kesihatan bayi anda kelahiran mereka.

Pengambilan karbohidrat

Kajian menunjukkan dua kesan negatif yang boleh dialami oleh seseorang yang mengambil karbohidrat secara berlebihan. Kemungkinan untuk menghidap

adalah antara komplikasi kesihatan yang mungkin anda alami sekiranya mengambil karbohidrat secara berlebihan.

Wanita hamil perlu mengawal pengambilan karbohidrat mereka sekiranya mereka ingin tubuh dan bayi mereka berada dalam keadaan yang sihat.

Pemakanan untuk ibu hamil yang kaya dengan karbohidrat akan menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat serta menjadikan pengeluaran insulin terlalu tinggi. Keadaan ini boleh menyebabkan gangguan kepada tempoh ovulasi anda, seterusnya menyukarkan seseorang wanita itu untuk hamil.

Pengambilan lemak yang baik

Kajian menunjukkan bahawa pengambilan lemak trans mampu mempengaruhi kemampuan seseorang wanita itu untuk hamil. Namun ia tidak maksud untuk mengurangkan pengambilan semua jenis lemak. Lemak sihat seperti minyak zaitun, minyak kelapa atau mentega organik perlu dimasukkan ke dalam diet pemakanan untuk ibu hamil anda kerana ia penting untuk kesihatan anda.

Kacang mentah, boot nuts dan kobis bunga adalah antara sumber sihat yang boleh diambil semasa hamil. Lemak sihat ini akan membuatkan anda berasa kenyang dan anda tidak perlu mengambil makanan sampingan di antara waktu makan anda. Ia seterusnya mengelakkan anda untuk makan secara berlebihan.

Elakkan aiskrim dan susu

Ramai wanita hamil berasa terkejut apabila mereka mengetahui bahawa mereka perlu mengurangkan pengambilan susu semasa hamil. Kajian menunjukkan bahawa susu rendah lemak dan susu skim boleh mengganggu proses ovulasi seseorang wanita.

Bagaimanapun terdapat percanggahan pandangan tentang perkara ini. Oleh itu adalah baik untuk anda rujuk doktor anda untuk mendapatkan kepastian tentang pengambilan susu semasa hamil.

Elakkan makanan yang diproses

Makanan yang diproses adalah makanan yang cepat dan mudah disediakan. Ia bukanlah murah tetapi sering dijadikan hidangan utama oleh masyarakat kini. Makanan yang diproses mengandungi bahan pengawet yang tidak sihat dan boleh membahayakan bayi anda. Selain itu mengandungi kalori yang boleh menyebabkan kegemukan semasa hamil.

Pemakanan untuk ibu hamil yang seimbang dan berkhasiat amat penting untuk kesihatan anda dan bayi. Anda boleh membuat kajian daripada Internet serta merujuk doktor anda untuk mendapatkan jenis-jenis menu seimbang yang boleh anda ambil semasa hamil.

Apa yang anda perlukan dalam diet seimbang semasa hamil?

Pemakanan untuk ibu hamil yang betul adalah perkara yang paling penting untuk memastikan kesihatan bayi anda. Makan makanan yang berkhasiat dan seimbang merupakan asas pemakanan untuk ibu hamil.

Pengambilan makanan yang mengandungi nutrien yang tinggi perlu dijadikan rutin diet sepanjang sembilan (9) bulan kehamilan anda. Ini bukan sahaja menjadikan tubuh anda sihat namun menjamin perkembangan bayi anda.

Diet seimbang semasa hamil mempunyai kandungan makanan yang sama bagi mereka yang tidak hamil. Pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh serta sumber protein tanpa lemak adalah antara pemakanan untuk ibu hamil yang sangat penting bagi semua individu (hamil atau tidak).

Berikut adalah nutrien yang perlu diambil semasa kehamilan.

Asid folik

Folate adalah sebahagian daripada vitamin B yang berfungsi mencegah keabnormalan janin seperti kecacatan tiub saraf dan kerosakan tulang belakang dan otak.

Kekurangan folat semasa hamil meningkatkan risiko kelahiran pramatang, rencatan pertumbuhan janin serta berat badan bayi yang rendah semasa lahir.

Asid folik adalah satu bentuk sintetik fonik yang boleh didapati dalam kebanyakan makanan tambahan.

Seorang wanita hamil memerlukan 100mg folate atau asid folik setiap hari. Click To Tweet

Kalsium

Kalsium bertanggungjawab dalam perkembangan tulang dan gigi yang kuat sepanjang kehamilan. Kalsium juga berfungsi untuk meningkatkan peredaran darah, dan membolehkan sistem otot dan saraf berfungsi dengan normal.

Sekiranya anda tidak mengamalkan pengambilan kalsium yang mencukupi dalam diet anda, bayi anda akan menyerap kalsium dari makanan anda sendiri sehingga membuatkan anda mengalami sakit gigi dan tulang yang lemah.

Zat besi

Nutrien ini bertanggungjawab untuk menghasilkan hemoglobin, zat protein dalam sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan. Bekalan darah anda akan meningkat sehingga 50 peratus semasa kehamilan.

Baik anda memerlukan bekalan darahnya sendiri sehingga menggandakan keperluan tubuh anda untuk nutrien zat besi. Kekurangan zat besi dalam diet harian kehamilan anda akan membuatkan anda terdedah kepada jangkitan atau komplikasi kesihatan serta meningkatkan risiko kelahiran pramatang.

Kesimpulan

Perkara-perkara di atas mungkin dilihat sebagai satu isu yang tidak penting. Namun aspek pemakanan untuk ibu hamil memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan tumbesaran bayi anda berjalan dengan lancar.

Pada waktu ini keutamaan anda adalah keselamatan dan kesihatan bayi anda. Oleh itu adalah baik untuk anda merancang diet pemakanan untuk ibu hamil yang seimbang dan berkhasiat bersama doktor anda.