Amalan Pemakanan Ibu Hamil Trimester Kedua

5 min bacaan

Apabila tempoh kehamilan seseorang wanita hamil itu beralih ke trimester kedua, pastinya beliau akan berasa cukup lega dan gembira. Mengapa ya? Ini disebabkan oleh gejala kehamilan seperti mual-mual, morning sickness dan keletihan yang dialami semasa trimester pertama akan beransur hilang.

Amalan Pemakanan Ibu Hamil Trimester Kedua

Sebaliknya mereka akan mulai berasa bertenaga dan mempunyai selera makan yang normal, ditambah dengan rasa mengidam pelbagai jenis makanan. Pastinya anda pernah mendengar tentang wanita hamil yang ingin makan aiskrim atau jeruk asam pada tengah malam. Ini perkara benar ya.

Pastinya anda ingin makan semua yang anda idamkan, namun anda masih perlu mengawal selera anda dan memilih makanan yang seimbang. Perkara ini perlu diberi perhatian supaya pengambilan makanan yang berkhasiat dapat menjamin kesihatan anda serta bayi. Jika anda mengamalkan diet ini, anda akan dapat melalui tempoh kehamilan dengan selesa sehingga kelahiran bayi anda.

Walaupun anda sedang hamil, tidak bermakna anda perlu makan dalam jumlah yang sangat banyak. Pertambahan berat anda bergantung kepada berat anda sebelum hamil. Jika anda mempunyai tubuh dan berat badan yang normal, peningkatan berat badan anda adalah sekitar 25 – 35 paun. Bagi wanita mempunyai berat badan berlebihan sebelum hamil, peningkatan berat badan mereka sekitar 15 – 20 paun.

Peningkatan berat badan ini biasanya akan bertambah mulai trimester kedua hingga trimester ketiga. Sebahagian dari penambahan berat ini adalah peningkatan jumlah darah yang dipam dalam tubuh anda.

Pada akhir kehamilan anda, anda akan mendapat 1.8kg darah. Click To Tweet

Amalan pemakanan anda pada trimester kedua perlu mengandungi vitamin pranatal. Ia mengandungi zat besi untuk menyokong pengeluaran darah yang dihasilkan oleh tubuh anda bagi menampung perkembangan bayi anda.

Sekiranya anda tidak lalu untuk menelan ubat-ubatan suplemen pranatal anda kerana ia mengganggu perut anda, terdapat beberapa cara yang boleh anda cuba. Anda boleh cuba menelan pil suplemen pada waktu malam dan lihat adakah anda dapat tidur dengan selesa atau sebaliknya.

Sekiranya cara tadi tidak berkesan atau anda tidak bersedia untuk berasa mual sepanjang malam, anda boleh mendapatkan suplemen vitamin zat besi yang berasaskan sayur-sayuran dari kedai makanan kesihatan.

Makanan tambahan zat besi ini mudah didapati dan memberikan kesan yang baik. Sekiranya anda cuba untuk mengambil suplemen ini, ia tidak akan menyebabkan anda sakit perut atau sembelit.

Pastikan untuk merujuk doktor anda sebelum mengambil makanan tambahan ini bagi mendapatkan kepastian tentang contoh makanan tambahan yang mungkin tidak mengandungi zat besi. Perkara yang paling penting adalah jangan berhenti mengambil vitamin pranatal anda kerana ia mengandungi dos yang lebih tinggi daripada vitamin lain yang membantu kehamilan anda.

Makanan tambahan zat besi akan mudah diserap sekiranya anda mengambil vitamin C bersama. Kedua-dua nutrien ini diperlukan untuk menghasilkan kolagen pada bayi anda yang sedang membesar.

Anda boleh mengambil segelas jus oren atau buah oren yang asli kerana ia mempunyai nutrien yang sama dengan pil vitamin anda.

Sesetengah wanita hamil percaya mereka boleh makan apa sahaja yang diinginkan selain daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Anda mungkin berasa tubuh anda tidak menghadapi sebarang masalah namun anda terlupa bahawa terdapat bayi yang sedang membesar di dalam tubuh anda.

Walaupun anda menggantikan buah-buahan dan sayur-sayuran segar dengan mengambil vitamin pranatal, ia tetap tidak menggantikan khasiat sebenar yang terkandung dalam buah-buahan dan sayur-sayuran segar. Ditambah pula dengan keinginan anda untuk makan makanan ringan atau kerepek kentang kegemaran anda.

Anda perlu ingat bahawa makanan yang anda ambil akan memberikan kesan kepada kesihatan dan perkembangan bayi anda selepas kelahiran. Sebagai contoh kajian yang dijalankan baru-baru ini mendapati bahawa ibu-ibu yang mengambil makanan yang kaya protein dan daging semasa hamil memberikan kesan kepada anak-anak mereka.

Anak-anak mereka akan mengeluarkan lebih banyak kortisol apabila mereka berasa tertekan pada usia 30-an. Keadaan ini pastinya membahayakan kerana rembesan kortisol yang dialami akibat tekanan mempunyai hubungan dengan penyakit jantung dan diabetes.

Walaupun anda tidak begitu tahu tentang makanan yang tepat dan seimbang untuk diambil sepanjang kehamilan, anda pasti tahu bahawa buah-buahan dan sayur-sayuran segar adalah sebahagian daripada diet pemakanan yang penuh khasiat.

Serat tambahan daripada buah-buahan dan sayur-sayuran tidak akan menambah berat badan anda dengan cepat namun ia akan membantu elakkan sembelit yang biasa berlaku pada trimester kedua dan ketiga seterusnya meningkatkan kesihatan tubuh anda.

Jadual pemakanan anda pada trimester kedua akan berubah namun anda mungkin akan berhadapan dengan gejala kehamilan yang baru. Berikut adalah antara petua yang boleh anda lakukan pada trimester kedua anda.

Berhati-hati dengan rasa mengidam anda

Apabila rasa mual-mual dan morning sickness berlalu, anda mungkin akan berasa ingin makan pelbagai jenis makanan dan ada di antaranya akan memberikan kesan yang buruk kepada anda.

Sesetengah pakar percaya bahawa mengidap ini adalah gejala kekurangan anda mengidam makan jeruk, anda perlu mengambil lebih makanan yang kaya dengan vitamin C.

Gantikan dengan apa yang anda ingin makan dengan makanan yang anda patut ambil. Apabila badan anda mendapat khasiat yang seimbang, anda mungkin tidak akan berasa mengidam makanan yang tidak sihat lagi. Anda boleh rujuk doktor anda untuk mendapatkan jenis makanan yang patut anda ambil semasa kehamilan.

Makan protein yang mencukupi

Semasa trimester kedua kehamilan anda, perkembangan kognitif bayi anda akan berlaku dengan cepat. Bagi menampung perkembangan bayi, anda perlu mengambil makanan yang kaya dengan protein yang akan membekalkan asid amino kepada bayi anda.

Anda mungkin boleh meningkatkan pengambilan makanan kaya protein seperti kekacang, mentega kacang, telur organik, daging organik dan daging lembu yang diberi makan rumput asli.

Makanan laut juga mempunyai protein yang tinggi namun anda perlu berhati-hati kerana sesetengah ikan mempunyai merkuri yang tinggi. Mungkin anda boleh hadkan pengambilan ikan laut yang tidak melebihi dua hidangan setiap minggu.

Menguruskan peningkatan berat badan

Pada trimester kedua kebanyakan wanita akan mengalami peningkatan berat badan yang mendadak. Pertambahan berat badan ini adalah kerana perkembangan bayi yang cepat, dan anda mungkin akan mengalami kenaikan antara 9 hingga 14kg. Jumlah kenaikan ini dianggap normal oleh doktor, oleh itu janganlah anda risau.

Berhati-hatilah dengan pengambilan makanan pada tempoh ini, Berikut adalah antara perkara anda boleh lakukan.

  • hadkan pengambilan gula anda
  • kekal aktif sepanjang kehamilan anda
  • kurangkan pengambilan karbohidrat halus
  • kurangkan pengambilan bijirin
  • minum air yang banyak sepanjang hari
  • makan buah-buahan dan sayur-sayuran

Peningkatan berat badan sepanjang kehamilan adalah perkara yang normal. Anda tidak perlu berasa risau sehingga mengamalkan diet semasa hamil. Anda perlu berhati-hati dan mengawal jumlah makanan yang anda ambil supaya tidak mengalami berat badan berlebihan. Ingatlah bahawa pengambilan nutrien yang sihat dan mencukupi sangat penting untuk anda dan bayi anda.