Selamatkah Pad Pemanas Digunakan Semasa Hamil?

3 min bacaan

Penggunaan pad pemanas biasanya popular di kalangan wanita yang mengalami senggugut apabila datang haid. Namun keadaan kekejangan ini juga sering dialami oleh wanita hamil. Jadi adakah selamat untuk wanita hamil menggunakan pad pemanas untuk melegakan kekejangan yang dialami semasa kehamilan?

Kebanyakan doktor bersetuju tentang penggunaannya di kalangan wanita hamil dengan syarat ia digunakan dengan berhati-hati. Pad pemanas amat efektif cara mengurangkan rasa sakit akibat kekejangan. Adalah lebih baik bagi setiap wanita hamil memahami jenis kekejangan atau gejala-gejala lain yang akan dialami semasa kehamilan.

Penggunaan pad pemanasan semasa hamil

Memandangkan penggunaan pek pemanas disyorkan oleh doktor, setiap wanita hamil mengalami gejala kekejangan boleh menggunakan ia untuk mengurangkan rasa ketidakselesaan itu.

Pad pemanas elektrik yang biasa digunakan harus dirujuk kepada doctor dahulu untuk mendapatkan kepastian tentang penggunaannya. Medan elektromagnetik yang dipancarkan oleh pad ini mungkin boleh membahayakan janin, oleh itu sangat penting untuk mendapat pengesahan dari doktor tentang keselamatannya.

  • Perkara pertama yang harus diberikan perhatian ialah jangan meletakkan pad pemanas berhampiran rahim untuk melindungi janin anda. Anda boleh menggunakan kain untuk membalut pad pemanas bagi mengurangkan rasa pedih atau sakit yang disebabkan oleh suhu panas pad tersebut.
  • Jika anda ingin menggunakan pad pemanas di pinggang anda, anda boleh menggunakan bantal untuk menyokong tubuh anda semasa berbaring. Posisi ini akan membantu rasa panas dari pad tersebut meresap dan disebarkan ke seluruh tempat yang tidak selesa atau sakit.
  • Pad ini juga berkesan untuk mengurangkan kesakitan pada leher, bahu, lengan, punggung, paha, lutut, kaki dan pergelangan kaki. Anda boleh menyesuaikan suhu mengikut tahap kekejangan atau kesakitan yang anda alami.
  • Jangan gunakan suhu yang sama di semua bahagian badan anda kerana ia tidak akan melegakan kekejangan yang anda alami.
Yang Berkaitan:  Mandi Buih: 8 Perkara Yang Harus Diberi Perhatian

Bilakah pad pemanas boleh digunakan?

Ada yang berpendapat pad pemanas hanya sesuai digunakan untuk sesetengah keadaan sahaja. Jenis-jenis kesakitan seperti berikut adalah antara keadaan yang boleh dilakukan dengan penggunaan pad pemanas.

Sakit saraf

Sakit saraf yang berlaku semasa kehamilan boleh membuatkan mana-mana wanita hamil berasa risau dan tertekan. Saraf sciatic adalah saraf terpanjang di dalam badan manusia di mana ia memanjang dari bawah ke dasar tulang belakang, di bawah rahim hingga ke kaki.

Perkembangan janin memberikan tekanan kepada saraf ini yang menjadikan ia tegang dan membengkok sehingga menyebabkan kesakitan yang teruk. Salah satu cara mudah untuk melegakan rasa sakit saraf sciatic ialah meletakkan pad pemanas di bawah perut anda dan menyokongnya dengan bantal.

Sakit di pangkal paha

Pad pemanas juga boleh digunakan untuk melegakan kekejangan atau sakit di pangkal paha semasa kehamilan. Ia boleh diletakkan di bawah perut atau berhampiran pelvis yang berasa tidak selesa itu. Rasa tidak selesa ini disebabkan oleh perubahan struktur yang dialami oleh wanita semasa kehamilannya.

Peningkatan berat badan akibat pertumbuhan janin juga membuatkan ibu berasa sakit di pinggul semasa hamil. Ketidakselesaan pada otot pinggul dan tulang pangkal peha juga disebabkan oleh peningkatan tahap estrogen dan progesteron yang mendadak semasa kehamilan.

Kekejangan otot

Keadaan ini mungkin akan dialami apabila peningkatan berat badan serta gaya hidup sesetengah wanita hamil yang terlalu aktif. Pad pemanas sesuai digunakan untuk melegakan kesakitan otot dan membuatkan seseorang wanita hamil itu berasa lebih selesa. Apabila anda mengalami kekejangan otot, aktiviti harian serta pergerakan anda akan terbatas.

Mendapatkan rehat yang mencukupi dan melakukan senaman ringan adalah sangat penting untuk mengelakkan sebarang ketidakselesaan semasa hamil. Latihan pernafasan, melakukan regangan serta yoga boleh dicuba untuk mengurangkan gejala kekejangan otot. Selain itu posisi tidur yang salah juga boleh membuat seseorang wanita hamil menderita kekejangan otot.

Yang Berkaitan:  Virus CMV: Sebab Jangan Cium Anak Di Mulut Atau Di Pipi

Ubah posisi tidur anda iaitu tidur di bahagian sisi badan memberikan ruang kepada bayi anda untuk berehat dengan selesa. Apabila bayi anda berada dalam keadaan yang selesa, anda juga akan dapat tidur dengan tenang dan nyenyak.

Oleh itu dapat disimpulkan bahawa penggunaan pad pemanas semasa kehamilan memberikan banyak faedah. Ia juga membantu wanita hamil untuk melegakan beberapa gejala kehamilan membuatkan mereka berasa tidak selesa. Namun dapatkan nasihat doktor tentang penggunaan pek pemanas yang betul masa kehamilan. Selamat mencuba!