Elakkan Muntah Darah Ketika Hamil Dari Morning Sickness

3 min bacaan

Impian setiap wanita ialah merasai sekurang-kurangnya sekali pengalaman kehamilan dan melahirkan zuriat yang dinanti-nantikan ke dunia. Walau bagaimanapun, muntah darah ketika hamil bukan suatu pengalaman yang selalu dilalui. kebanyakan wanita hamil berkongsi pandangan bahawa gejala-gejala kehamilan yang mereka lalui tidak diduga langsung. Pengalaman baharu ini hanya berlaku sepanjang tempoh kehamilan dan ada sesetengah wanita hamil bertuah tidak mengalaminya.

Muntah Darah Ketika Hamil

Sepanjang lapan bulan kehamilan, anda telah berjaya mengharungi pelbagai rasa tidak selesa, ‘morning sickness’ yang mungkin berlaku sepanjang hari serta beberapa simptom kehamilan yang lain. Ada di antara gejala-gejala ini tidak membahayakan anda dan bayi, namun ada sesetengahnya yang berisiko tinggi dan memerlukan perhatian perubatan.

Namun, kekuatan seseorang wanita yang hamil akan terserlah kerana kebanyakan mereka dapat melalui fasa kehamilan yang penuh dengan cabaran ini. Tahniah di atas ketabahan dan kesabaran anda, bakal-bakal ibu.

Mual atau muntah semasa awal kehamilan dikenali sebagai Heperemesis gravidarum. Menurut kajian, sekitar 75% wanita hamil terpaksa berhadapan dengan ‘morning sickness’ mungkin sepanjang hari. ‘Morning sickness’ akan dialami oleh kebanyakan wanita sekitar 4-6 minggu hingga 14 minggu kehamilan. Ada juga yang terpaksa bertahan hingga bersalin.

Keadaan ini disebabkan oleh perubahan fizikal yang dilalui badan anda. Hormon ‘gonadotropin kronik manusia’ atau hCG serta estrogen meningkat semasa kehamilan, ditambah pula rasa loya sebagai bonus. Deria bau wanita hamil akan meningkat seiring dengan perubahan badan mereka. Tahap kepekaan terhadap bau tertentu akan memberi kesan kepada perkembangan perut yang sangat sensitif ketika itu.

Punca muntah darah ketika hamil

Punca muntah darah ketika hamil

Perasaan mual pada umumnya membawa muntah pigmen empedu dan darah keluar. Penyebab utama ialah dehidrasi atau kelaparan. Wanita hamil akan cepat lapar sepanjang kehamilan mereka. Diet pemakanan yang seimbang dan berkhasiat diperlukan oleh setiap wanita hamil untuk membantu tumbesaran bayi dalam kandungan mereka.

Sekiranya anda tidak makan mengikut diet nutrien yang diperlukan, gejala muntah darah ketika hamil mungkin akan berlaku semasa kehamilan. Keadaan ini sangat serius dan memerlukan rawatan dengan segera kerana ia menunjukkan tahap kesihatan ibu yang rendah serta boleh menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan.

Salah satu sebab muntah darah ketika hamil ialah kekurangan air di dalam badan. Gejala ini akan mempengaruhi tubuh anda hingga anda tidak merasai gejala kehamilan yang lain. Sekiranya keadaan anda semakin teruk di mana anda mengalami dehidrasi yang teruk, anda mungkin perlu menerima cecair tambahan melalui IV drip.

Tips untuk dicuba

Tips untuk dicuba muntah darah ketika hamil

Selain itu, minum jus buahan serta air yang banyak dapat menambahkan elektrolit dalam badan. Sentiasa amalkan diet pemakanan yang penuh khasiat supaya anda mendapat tenaga yang diperlukan untuk sebarang aktiviti harian anda.

Adalah penting untuk anda maklumkan doktor anda tentang keadaan yang serius seperti muntah darah ketika hamil. Ada kemungkinan bahawa anda diserang hipertensi kehamilan yang menyebabkan muntah darah ketika hamil. Ini adalah faktor yang paling penting untuk segera ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera.

Rawatan yang boleh dilakukan di rumah tanpa menggunakan ubat antibiotik boleh dilakukan oleh anda dengan nasihat doktor. Ubat-ubatan tidak boleh diambil sesuka hati tanpa nasihat doktor, dan biasanya anda tidak akan diberikan ubat sekiranya didiagnos mengidap sebarang penyakit.

Mengamalkan regim pemakanan yang bernutrisi tinggi, dan mendapatkan rehat yang mencukupi sangat penting untuk seseorang wanita hamil. Kedua cara ini mungkin berkesan untuk melegakan sebarang gejala yang menyebabkan ketidakselesaan semasa hamil.
Jika tips di atas tidak berkesan tetapi anda dapat hilangkan rasa mual dengan cara lain, rujuklah doktor anda.

Anda boleh juga cuba ubat anti-mual dan makanan tambahan semulajadi untuk kurangkan ‘morning sickness’. Jangan lupa untuk rujuk doktor anda sekiranya loya atau mual anda masih tidak hilang atau bertambah teruk. Selamat mencuba!